BAB 3

213 34 0
                                        

WHAT ?!!

Dia lagi.

Aku hanya melihatnya dengan perasaan yang geram apabila melihat dia membawa kawan-kawannya . Haih, busybody je diorang bertiga ni. Nak apa lagi? Tak puas ke gaduh roti dengan dalam koperasi tadi.

"Kau nak apa datang sini? Kalau nak cari pasal, sorry aku tak ada masa nak layan. Berambus!" kata aku dengan berani. Sempat Pea menampar lengan aku nasib perlahan.

"Berani. Aku suka keyakinan kau." Katanya dengan perlahan. Mata aku melihat gerak gerinya yang ingin duduk kerusi batu di sebelah aku. Eh, tak faham bahasa lagi ke mamat ni.

 "Kau nak apa, Syed Iskandar Zulkarnain? Aku dah cakap berambus kan. Orang nak makan dengan tenang bukan nak gaduh dengan kau."

"Kau kenal aku? Wow, interesting." Sinisnya.

"Tersangat. Budak terpaling gangster dalam sekolah ni. Kau ingat aku takut dengan kau ke?" Mata aku mengerling seorang ahlinya tapi lelaki itu terus memandang tempat lain. Ni gangster? Gangster taik ayam dia.

"Sekarang ni boleh tak korang bertiga berambus. Kau dah kacau waktu aku dan kawan aku makan sini. Kitorang cop dulu tempat ni." Sambung aku. Tapi rasanya orang macam ni cakap banyak kali takkan dengar. Bazir air mulut aku ja.

"Aku datang sini memang nak kacau kau sebab kau ambil makanan aku tadi. Sekarang ni aku nak ambil roti ni dari kau. Haih, kau tak kenal lagi aku ni macam mana orangnya." katanya dengan sinis .

Dia memang suka sinis ke? Benci aku!

Jap, dia nak ambil makanan aku. OH NO !

"No way, ni makana aku. Aku dah beli guna duit aku sendiri so kau jangan berani nak ambil dari aku. Kalau kau nak, pergi beli duit sendiri!" kata aku yang tak nak Iskandar 'merampas' roti pizza yang aku baru makan suku sahaja.

"Hek eleh setakat seringgit berapa sen ja roti ni aku boleh bayar dekat kau. Dah aku nak makan juga. " katanya lalumerampas plastik roti itu di tangan aku lalu menyuap roti ke dalam mulutnya.

What?! Dia makan roti aku ?? Masalahnya aku beli guna duit aku sendiri. Angah aku pun tak berani ambil makanan aku tapi gangster taik ayam ni selamba badak dia ja ambil. Ni aku dah marah ni.

"Arin, jom la kita masuk kelas. Waktu rehat nak habis dah ni kejap lagi cikgu nak masuk kelas. Jom, ye?" tegur Pea yang melihat wajah aku sudah berwarna merah padam kerana marah dengan mamat ni!

Sumpah, nak mengamuk.

Pea terus menarik lengan aku untuk bangun dari situ untuk mengelak pergaduhan aku dan Iskandar yang tengah rilek makan roti yang aku beli guna duit aku. Aku ulang, duit aku.

AKU BENCI KAU, SYED ISKANDAR ZULKARNAIN!

****

"Ish yang kau tarik aku dari situ dah kenapa? Kau tahu tak aku belum puas lagi dengan dia kan lepas tu kau tarik aku dari situ. Eee belum habis lagi tau aku nak 'ajar' dia tu cukup-cukup." bebel aku pada Pea yang sedang berjalan di sebelah aku. Sekarang ni waktu balik sekolah!

"Aku tarik kau supaya jangan perbesarkan hal tu kalau tak kau dalam bahaya faham tak? Iskandar tu nampak je macam cool macam tu tapi dalam akal dia tengah plan dia untuk ganggu hidup kau lepas ni. Aku tak nak kau keruhkan keadaan ni lagi cukup la kau lawan mulut dengan dia tadi. Weh, setahu aku tak ada siapa nak lawan mulut dengan budak Is tu tapi kau selamba badak je kan lawan dia." terang Pea .

Aku membuat muka . Then , nak cakap aku orang pertama berani lawan mulut dengan dia? Aku nak kena buat apa?

Haih, Pea ni tak tahu ke yang aku ni pun gangster juga dekat sekolah lama aku dulu tapi dia tak tahu hm better aku simpan rahsia aku. Aib aku.

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang