1 | Coming Home

3.6K 96 7
                                    

BUNYI bising dari tingkat bawah menyedarkan aku dari tidur. Aku membuka mataku sedikit dan melihat cahaya yang sudah menembusi kain langsir itu menandakan hari sudah begitu cerah. Biasanya, pada jam sebegini aku sudah berada di dapur menyiapkan sarapan dengan mama dan bersiap ke kampus. Tapi hari ini, dapur tidak akan digunakan lagi dan aku juga tidak akan ke kampus.

Aku akan berpindah.

Setelah hampir 20 tahun menetap di sini, ini adalah keputusan yang paling berat untukku terima. Aku tidak tahu kenapa, tapi segenap dari jiwaku meronta tidak mahu meninggalkan tempat ini. Sejak kecil aku dibesarkan di sini dan rumah ini telah jadi sebahagian dari hidupku.

Aku tahu hidupku akan berubah setelah kematian ayahku. Aku seharusnya menyiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan ini bila mama mengenali Arthur.

Dan mama memutuskan untuk berkahwin dengannya. Aku tidak mahu menghalangi kebahagiannya. Aku sudah matang untuk bersikap tidak suka dan merengek seperti budak-budak. Lagipula, Arthur adalah lelaki yang baik. Dia juga sudah lama hidup sendiri sejak penceraian dengan isteri pertamanya.

Seorang yang bersikap kebapaan memandangkan dia juga memiliki seorang anak, yang tinggal dengannya. Mama pernah menunjukkan gambar Aiden Kim kepadaku, atau lebih tepatnya, gambar adik tiriku.

Gambar yang diambil ketika di sekolah rendah. Arthur memberitahunya jika Aiden tidak suka bergambar dan mereka langsung tidak memiliki gambar bersama semenjak anak lelakinya itu meningkat dewasa.

Dari gambar waktu kecil Aiden, sudah membuatkan aku merasa tidak sabar untuk menemuinya. Dia sangat manis dan comel. Terutama pada lengkuk bibirnya. Aku diberitahu, Aiden mengikut persis wajah ibunya. Seorang wanita berbangsa korea selatan.

Aku dan Aiden berjarak usia tiga tahun.

Jadi menurutku, itu tidak akan menjadi masalah. Sebagai kakak, aku akan berusaha menjadi lebih matang dan mengasihinya. Aku tidak mahu dia merasakan aku dan mama ini adalah orang asing.

Hari ini adalah hari pertama aku menjejakkan kakiku di rumah itu. Hari pertama aku melihat Aiden di depan mataku. Dia sudah sangat berbeza dari gambar yang ku lihat. Membesar dengan tampan dengan tubuh badan tegap sempurna. Tapi kenapa aku merasakan ada sesuatu yang aneh dengan pertemuan ini? Ada sesuatu yang tidak kena dengan perasaanku. Hatiku berdebar melihatnya dan dia seakan tidak asing.

"Ergh.'' Kepalaku terasa sakit jika dipaksakan.

"Hey, Lova.. are you okey?'' mama terus menyentuh wajahku dan aku mengganguk perlahan. "Mungkin penat sikit.'' Aku memberikan alasan dan perkenalan awal itu disingkatkan agar aku boleh berehat di bilik.

Aku merasakan semuanya akan baik-baik saja kerana kisahku bukanlah tipikal kisah cinderella yang akan menderita kerana mempunyai adik beradik tiri yang jahat. Tapi sangkaanku meleset.

"Aku tak ada masalah dengan penyatuan keluarga kita. Tapi jangan harap, aku akan mengangap kau seperti keluarga一atau kakak. Jangan pernah bersikap seperti seorang kakak dengan aku. Anggap saja, kita berdua ni hanyalah orang asing."

Itulah kata-kata yang Aiden hemburkan kepadaku ketika kami bersua di tangga. Kemanisannya hilang sekelip mata. Kisahku, tidak ada bezanya. Adik beradik tiri? Tiada apa yang baik boleh diharapkan.

Sejak itulah, hubungan aku dan Aiden menjauh. Hanya bersikap baik bila di depan keluarga semata-mata. Selebihnya, lebih memilih untuk membuat hal masing-masing.

Selama tiga tahun belajar di universiti, aku memilih untuk tinggal di kolej kediaman. Aku memberi alasan untuk fokus belajar. Padahal, aku hanya tidak mahu bersua dengan Aiden.

Lelaki itu, membuatkan aku merasa sesak dengan lakonan bila tinggal bersamanya. Jadi, lebih baik menjauh dari terus berpura-pura.

"Lova, your phone is ringing." Jane mencuit bahuku dan mengerling ke arah telefon.

DEALOVA Where stories live. Discover now