7 | Stuck with you

4K 103 8
                                    

Aku terisak, menekap kedua telapak tanganku ke wajah. Ketika itu jualah tangan tegap itu memeluk tubuhku dan menggosok lembut bahuku bersama pujukkan. Aku angkat wajahku yang basah dengan tangisan.

"Tolonglah menjauh dari saya Aiden. Apa yang kita buat ni salah." Aku tolak tangannya, dan tersedu menangis. Aiden tidak menjauh sedikit pun, malah menyeka air mataku. "Ya, aku tahu." hanya itu saja jawapannya dan masih berusaha memujuk.

"Shhh. dah, jangan menangis." sentuhan ibu jarinya diwajah, menghangatkan perasaan bila pandangan kami menyatu.

"Lupakan apa yang dah berlaku tadi, anggap saja itu kesalahan terbesar saya." ucapku dalam sendu. Aiden senyum sedikit, dan menggeleng.

"Susah untuk aku lupakan kesalahan yang paling indah ni." Aiden berbisik lembut dan mengucup lembut deraian air mataku. "Jika semua ingatan ini diragut sekalipun, aku harap kesalahan kita sekarang ni tak akan pernah hilang." ucapnya lagi. Mematikan segala tangisanku ketika bibirnya mengucup kedua belah mataku. Sekarang, hangat nafasnya menyentuh wajah disaat dahinya dilekatkan didahiku.

"I love you." bergetarnya ucapan itu membuatkan tubuhku mengigil. Rasa sungguh membingungkan bila jantungku mendengup kencang.

"Aiden一

"Shh." Aiden pantas meletakkan jarinya ke bibirku. Kembali merenung ke dalam mataku. "Jangan minta aku menjauh, sebab itu tak akan pernah berlaku dan jangan pernah lupakan kesalahan ni.." Aiden mengucup bibirku sekali lagi. Kali ini dia membiarkan lidahnya di dalam dan menekan seakan memaksa aku membalas ciumannya. Jadi, aku turutkan saja kesalahan indah ini. Sehingga puas, dia melepaskan bibirku.
Mata yang ku pejam rapat, aku buka perlahan kerana mendengar tawanya. Dia sedang tersenyum, memandangku di dalam posisi yang sungguh dekat. Aku langsung tidak sedar bagaimana aku berada di dalam dakapannya.

"Aiden一

"Tidurlah. Nanti bila sihat, baru kita bahas." Aiden mematikan lagi perucapanku bersama tangannya yang sedang meraup rambutku. Aku lupa, akan keadaan diriku. Kenapa aku boleh lupa segalanya bila dengan Aiden?!

"Dah, jangan fikir banyak. Rest." Aiden seakan membaca fikiranku. Meskipun perucapannya jelas dipendengaranku, aku masih juga tidak menurut. Sehinggalah, kucupan lembut itu melekat di mataku. Automatik mataku terus terpejam sekejap. Kucupan lembut itu beralih ke segenap wajah dan dileherku juga. Aku mengekek kegelian bila dia sengaja mengigit leherku.

"Aiden, no.. saya geli." Aku tolak wajahnya.

"Tak. Kau suka."  dia senyum nakal. "Sebab sekarang ni kau tengah senyum." Dia rapatkan wajahnya semula dan mencuit bibirku yang sedang tersengih kerana usikkannya. Pelukkannya ditubuhku, dirapatkan semula. Aku biarkan saja, dan memejamkan mata. Tanpa aku sedar, aku lena di dalam dakapannya.

Bila aku buka mataku, hari sudah cerah. Badanku, terasa sedikit membaik dari semalam. Langsung tidak aku sangka, Aiden yang membuatkan aku terlantar sakit, namun Aiden jugalah yang merawatku sehingga membaik.
Pintu bilikku diketuk dari luar. Hatiku rasa berdebar, jika orang itu adalah Aiden. Tapi mujurlah, suara mama yang kedengaran. Jadi aku terus menyahutnya.

"Macamana, dah okey?" Tanya mama ketika menyentuh dahiku. Aku mengganguk lembut. "Thank you ma, for taking care of me." ucapku.

"You're welcome sayang. But next time, bila mama cakap tu tolong dengar. Mama tak nak tengok you sakit-sakit macam ni lagi. Promise me," desak mama dan aku harus mengganguk berjanji.

"Nasib baik ada Aiden yang sanggup tengok-tengokkan. Mama rasa dia lambat ke kampus sebab jaga you malam tadi." tambah mama lagi. Aku tersenyum saja bila nama Aiden disebutnya. Malam tadi Aiden bersama denganku dibilik. Jadi, kami tidur bersama ke malam tadi?

DEALOVA Where stories live. Discover now