4 | Blood, sweet and tears

3.1K 82 11
                                    

Aku tidak tahu kalau Jane ini memang sehebat ini dalam menakluki lelaki. Setiap cara dan gayanya membuatkan aku rasa memang lelaki akan bertekuk lutut untuk memilikinya.

Siapa juga yang akan menolak Jane yang terang-terangan memiliki aset dambaan setiap wanita. Body goals, cantik rupa paras dan pintar berkata itu adalah pakej.

Tidak lengkap semua itu tanpa lelaki yang sempurna. Jadi, Jane sedang mengatur jalan untuk memiliki Aiden yang baginya sebuah permainan. Jika dia menang, maka itulah hakikat tentang dirinya seorang playgirl berjaya. Tapi jika sebaliknya, itu adalah satu kegagalan terbesar dalam hidupnya.

Sedang mata memerhatikan mereka, sambil itu jugalah minuman di meja itu diteguk berkali-kali. Aku merasa satu perasaan yang aneh saat ini. Otak hanya membayangkan tangan Aiden yang melingkari pinggang Jane, dan tangan Jane yang memeluknya erat. Semudah itu?

"Hei," Gelasku ditahan. Daniel melihatku dengan serius.

"You dah minum banyak ni." Tegur Daniel nampak risau. Aku melihat botol minuman yang hampir habis. Tindakbalas diriku terhadap alkohol itu lemah. Jadi, wajarlah sekarang ini aku berasa tidak stabil lagi. Tapi, semakin lama minuman ini membuatkan perasaaan aneh tadi mulai beransur pergi.

"Nampaknya, you kena bagi Jane date kat penthouse suite you malam ni.." Aku mengerling ke arah mereka sekejap dan menarik gelasku dari Daniel.

Daniel pandang sekejap, tapi renungannya kembali ke arahku. "Ya, nampaknya begitulah. Tapi bukan malam ni." balas Daniel dan aku terkekeh geli. Baru saja berjumpa di sini, sudah mahu mengadakan hubungan intim? Tidak sedarkah Aiden itu kalau Jane adalah gadis yang pernah ditemui di bilikku. Sahabat baikku?

"Kenapa bukan malam ni?" Aku cuba menegakkan tubuhku, tapi gagal bila rasa khayal mulai menguasai. Saat itu juga, aku merasakan tubuhku ditegakkan dengan tangan lain.

Daniel sedang memaut pinggangku agar merapat dengannya. Menjadikan jarak antara kami hanyalah sejengkal. Pandanganku terus mendongak ke arahnya. "Sebab malam ni, I nak bawa you ke sana." Jawabnya selamba.

Aku pandang dia dengan serius. Dia juga memberikan pandangan yang sama. "Huh?" Aku rasa pelik. Mungkin kerana Daniel tidak pernah bertingkah sebegitu denganku. "Kenapa, tak boleh ke?" Daniel soalku kembali bersama kerutan diwajahnya.

Dia sedang mempersoalkan akan status dirinya sebagai teman lelakiku. Pandangnya ketika ini membuatkan pipiku rasa membahang. Otakku sedang membayangkan hubungan intimku dengannya. Automatik, aku mengalihkan wajah. "Tak一Em, maksud I一" Aku kematian kata. Jujur, aku rasa sungguh malu bila membayangkannya.

Bila nampak mukaku yang merona merah, Daniel melepaskan ketawa kecil. Kepalanya digelengkan beberapa kali. "I'm just kidding, babe." Daniel menarik wajahku agar tetap memandangnya semula besama senyuman bahagia. Bahagia kerana boleh mengenakan aku agaknya. Entah kenapa, hatiku rasa berdebar dengan senyuman itu.

Dia nampak... kacak.

Tidak mahu membiarkan ia berterusan, aku turut tersenyum dan mengambil minumanku.

Tapi sekali lagi tanganku ditahan. Bukan dari Daniel tapi Aiden yang sudah berdiri disisiku. "Don't drink too much please," Dia ambil gelasku dan meletakkan.

Seraya itu juga, mengengam tanganku. "I'll take her home." Dia sedang memberitahu kepada Daniel. Daniel agak terkejut tapi aku lebih dari terkejut. Apa yang sedang Aiden katakan tadi?

"Erm, I rasa boyfriend dia boleh hantar Lova balik. Apakata you hantar I?" Jane memaut lengan Aiden dan memandang Daniel juga.

"Please don't cross the line Jane. I have fun with you but I don't date." Balas Aiden selamba membuatkan Jane terkedu. "I'll take care my sister instead of her boyfriend." Aiden memandang Daniel.

DEALOVA Where stories live. Discover now