3 | He's crazy

2.8K 78 5
                                    

SUDAH puas aku mengiring ke kiri dan kanan untuk mencari keinginan tidur. Tapi hampa!

Aku langsung tidak boleh lelapkan mataku. Jam sudah berganjak ke pukul 3 pagi dan ini bukanlah satu kebiasaan. Aku bukan jenis yang sering melewatkan tidur kerana aku selalu mendapatkan tidur yang cukup memandangkan aku sangat mementingkan kitaran hidup normal sebagai seorang pelajar.

Bagiku tidur yang cukup itu satu kepentingan agar rutin harianku berjalan dengan baik.

Tapi untuk masa sekarang, waktu tidurku seakan direnggut oleh Aiden. Kata-katanya menggangu fikiran dan aku langsung tidak boleh tidur kerana memikirkan tentangnya.

"Ergh!" Aku bangun dan meramas rambutku dengan kesal. Comforter aku alihkan dan bangun. Aku perlukan air sejuk untuk menenangkan hatiku yang sedang panas.

Tiba saja di dapur, aku dikejutkan dengan lembaga manusia yang tidak berbaju di depan peti ais. Terkejutku bukan kepalang, tapi dia hanya bersikap selamba saja meneguk minumannya.

Aku mengurut dada yang berasa lelah. "Tak boleh ke pakai baju bila duduk dalam rumah ni? Bukan awak sorang yang tinggal kat sini!'' Tungkasku mengerling sekilas ke arah tubuhnya agar dia mengerti apa yang aku maksudkan. Sedang aku mengisi air digelasku, Aiden mendekati. Bau maskulin tubuhnya, menggangu.

Those abs, Oh My God.

Aiden tersenyum nipis dan kemudian menunduk wajahnya sedikit untuk memandangku. Automatiknya, tubuhku juga mengundur ke belakang kerana jarak yang begitu dekat itu membuatkan aku lemas. Jantungku, sudah tidak keruan lagi seakan digoda bertalu-talu.

"Hmm, you know what sis.. Kau tak sepatutnya tegur apa yang kau nampak sekarang kalau tak tahu sebabnya." Kata-katanya membinggungkan aku.

"Sebab kenapa awak tak pakai baju?"

"Yes, exactly." Jawabnya dan meletakkan minumannya ke meja. Kembali memandang aku dengan wajah smirk, yang menakutkan.

"Nak main, tak syok kalau pakai baju." Ujarnya sambil memandangku sinis. "Tapi lagi tak syok kalau main sorang. Wanna join me sister?"

Terus berdiri tegak bulu romaku. Jadi inilah sebab dia tidak memakai bajunya dan tubuhnya berkeringat dengan peluh?

Dia sedang.. ergh!

Tak perlu fikir tentangnya, lebih baik aku cepat-cepat berambus dari sini sebelum hal gila itu terjadi. Terkocoh-kocoh aku lari ke bilik dan ketika melintasi biliknya, aku melihat dumbbell di atas karpetnya.

Tak guna! Aiden sengaja nak usik aku! Tapi, lelaki itu sedang gila ke apa di tengah malam buta melakukan senaman?

"Kenapa, dah ubah fikiran?" Teguran itu memeranjatkan aku kerana Aiden sudah pun berdiri di belakangku. Aku menggeleng tidak ingin namun tangan Aiden menahanku di pintunya sementara sebelah tangannya lagi, meraut wajahku.

"Kissing burn 6.4 calories in a minute. Wanna work out?" ajaknya selamba.

Aku terkelu, terkedu dan membisu. Pandangannya, terlihat sungguh serius seakan benar-benar satu permintaan.

Permintaan yang gila!

"Silence means yes, I guess.. "Dia merapatkan bibirnya dan aku terus menolaknya menjauh. "No way!" Tegasku tapi kenapa payahnya menolak tubuh Aiden ini?

Dumbbell tadi terus mencerna difikiran. Memang satu kegilaan jika aku sedang melawan tenaga dengan dia. "Aiden.. please," Pintaku dalam lelah. Entahlah, itu kedengaran seolah meminta dia menciumku atau melepaskanku? Keduanya sukar ditafsirkan bila bibirnya sedang mengusik batang hidungku. Membuatkan kaki tiba-tiba saja dah macam kena strok dan nafasku turun naik bila anak matanya tepat merenung ke dalam mataku.

DEALOVA Where stories live. Discover now