10 |You are mine [preview]

2.7K 96 3
                                    

.
.
.
.
.
.

"You know what? You ni dah macam perlarian tau tak?" Bebel Jane ketika kami sedang berkemas. Aku diam saja kerana memang itu kenyataannya.

"Tapi ada baiknya you balik rumah sendiri. At least Aiden tu ambil berat pasal you. Susah tau nak jumpa adik tiri yang caring macam Aiden. Dahlah hot, caring at the same time." Jane masih memuji Aiden.

"You tak payah nak—

Telefon Jane berdering ketika aku membahas tentangnya. Seketika dia memberitahuku kalau Daniel berada di luar. "You bagitahu Niel?" Aku terkejut bagaimana Daniel boleh tahu kalau aku akan berpindah ke rumah semula. Jane hanya mengganguk dalam sergihan. Dia memberi alasan kalau bimbang untuk aku pulang dengan grab car memandangkan dia tidak boleh menghantarku. Jadi dia minta tolong tanggungjawab kekasihku.

Aku hanya tidak mahu menyusahkan Daniel. Aku tahu dia sibuk sejak kebelakangan ini tapi dia bukan jenis yang akan mengabaikan aku dalam apa jua situasi. Seperti sekarang, dia hanya bersetuju saja dengan permintaan Jane tanpa memberitahuku sama sekali.

"Thank you, Niel." Ucapku ketika kami sudah tiba di halaman rumah. Daniel hanya senyum dan mengusap wajahku. Dalam erti, aku tidak perlu mengucapkan semua itu kerana itu memang kewajipannya.

Kereta Aiden terlihat tiada di parkiran, bererti lelaki itu tiada. Daniel membawa begku masuk ke bilik. Ini lah kali pertamanya, aku membawanya masuk ke bilikku.

"You have a nice room." Puji Daniel dan memerhati ke ruangan itu dengan senyuman. "Ianya tak semewah bilik you." Ujarku sengaja. Daniel tertawa kecil. Dia duduk di atas katilku sementara aku hanya menunggu apakah reaksinya. Tilam aku juga tidaklah sebaldu tilam yang ada di penthousenya.

"But still, rumah ni tempat paling selesa untuk you tinggal. You have someone to take care of you." Daniel menarik tanganku mendekat dan membawa tubuhku untuk duduk di atas pangkuannya. Gayanya bercakap seakan dia sudah mempercayai Aiden sepenuhnya.

Haruskah aku jelaskan pada semua orang yang Aiden itu tidaklah sebaik yang disangka?

Seketika, wajahku dipenyek tiba-tiba. "Jangan buat muka macam ni," Daniel tahu aku buat muka bila dia bercakap tadi dan aku terus menepisnya. "Eish, suka hati I lah nak buat muka macamana sekalipun!" Omelku sebal.

"Wow girlfriend I ni suka betul menjawab," dia mengeletek pinggangku. "No Niel! Okey, I dengar cakap! Stop it! Hahahahaha" aku mengekek kegelian dan menolak tangannya dari pinggangku. Situasi yang membuatkan aku terjatuh ke atas tubuhnya. Nasib baik saja, kami jatuh di atas katil.

Nafas kelelahan masih beradu dan pandangan yang menyatu saat itu membuatkan jiwa teransang. Daniel memiliki mata yang indah. Sedangkan perempuan lain akan berebut untuk memilikinya, kenapa aku tidak pernah cuba untuk menghargai?

"Aa—uhmm, sorry." Aku rasa tubuhku berat menindihnya dan perasaanku sekarang sedang keliru. Namun tanganku ditahan.

"Sorry for?" Daniel bertanya membuatkan mataku kembali memandangnya.

"Sorry kalau I selalu tak dengar cakap you." Hanya itu saja yang terpancul di mulutku dan Daniel tersenyum.

Senyuman yang membuatkan hatiku terusik.

"I love you," bisikan itu mematikan segala permikiran dan ianya disatukan dengan kucupan lembut di bibirku. Mataku automatiknya terpejam dan aku mengikut rentak ciumannya. Entah kenapa, tapi ciumanku seakan agresif. Aku tidak pernah membalas ciumannya sebegini.

Situasi yang membuatkan Daniel juga bertindak lebih berani meneruskan dengan tangannya mengurut dadaku dan sebelahnya lagi menekan pinggulku. Lidahnya yang sedang meneroka di dalam mulutku terasa nikmat saat aku merasakan ereksinya menegang dibawah perutku.

Entah kenapa ketika itu juga telefonku berdering bising. Pada mulanya aku biarkan saja, namun semakin lama ianya cukup menganggu. Jadi, kami berhenti di situ. Wajah Daniel terlihat sedikit kecewa.

Ketika aku melihat nama pemanggilnya, raut wajahku terkejut. Aku lupa kalau sekarang ini aku berada di rumah. Entah kenapa aku merasakan tidak sedap hati dan merasakan Aiden mungkin sudah pulang. Jika ya, pasti dia melihat semua ini kerana pintu bilikku terbuka.

Panggilan itu berdering lagi dan kali ini aku angkat.

"Jangan uji kesabaran aku sister. Tolong hentikannya atau aku yang akan buat sendiri." Tegasnya sebelum mematikan talian.

Aku menganga dalam perasaan marah yang membuak. Bila Daniel tanya kenapa, aku hanya memberitahunya kalau aku pening kepala. Alasan yang membuatkan Daniel memilih untuk pulang agar aku boleh berehat.

Sebaik saja Daniel pulang, aku terus menuju ke bilik Aiden dan mengetuknya dengan kasar. Kali ini aku mahu melepaskan amarahku tanpa memperdulikannya lagi.

Tidak menunggu lama Aiden terus membukakan pintunya.

Automatik tanganku terus memukul tubuhnya.

"Tak guna!! He is my boyfriend Aiden! Kita dah setuju untuk tidak masuk campur urusan peribadi masing-masing!Apa hak awak nak melarang?!" Ujarku dengan nafas termengah. Segalanya sedang membara dalam hati dan aku akan ledakkannya sekarang ini juga.

"Apa hak aku? Okey aku beritahu kau sekarang!" Dia tarik aku ke dalam dan menutup pintunya. Tubuhku didorong ke atas katilnya dengan kasar. Dia mendekat dan mengunci pergerakkanku dengan kedua tangannya.

"Kau hak aku! Aku akan ikut semua syarat bodoh kau tu asalkan kau tak cabar aku macam tadi! Cara kau naik atas tubuh dia, cara kau cium dia, semua tu macam kau bunuh aku perlahan-lahan! Kau faham tak aku sayang kau?!"

Air mataku mengalir. Tubuhku mengigil mendengarkan amukkannya yang bahkan lagi hebat dariku. Aku tidak pernah melihatnya sebengang ini dan ianya mengingatkan aku tentang kejadian di dalam keretanya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DEALOVA Where stories live. Discover now