UCAPAN NOOROO

548 78 50
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Banner by mochii_66

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Banner by mochii_66

𖣘-----❀-----𖣘

"Engkau ini. Benda remeh seperti itu pun kau nak stress!"

"Kau tidak kuat imanlah! Nabi - Nabi dulu kena ujian, tidak adalah mahu kelar tangan dan sebagainya seperti engkau!"

"Sikit - sikit depress. Kau ini seperti orang tiada masa hadapanlah pula!"

    Itulah ayat yang dilontarkan oleh seseorang yang di sekeliling kita yang mungkin tidak faham rasa depresi.

   Dengan situasi sekeliling yang huru - hara dan suara - suara keji orang yang tidak memahami kamu, buatkan kamu rasa mahu melarikan diri dari semua orang.

   Nooroo... Saya... Aku...

   Pergh. Mahu gelarkan diri sendiri apa ini?

   Kalau Nooroo, prefesional sangat...

   Kalau 'saya', rasa macam kekok pula.

   Akulah.

  Kau orang okay kan?

  (Jangan mari bakar rumah aku pula kalau tak okay.)

   Aku faham apa yang kau alami. Dengan suasana di sekitar yang membuatkan kita trauma. Dengan suara jiwa yang menghina dan cuba menjatuhkan kita bermain seperti kaset rosak di kepala.

   Membuatkan kita jatuh dan berfikir.

   Kenapa aku hidup?
   Semua orang tidak sayang aku.
   Mereka pura - pura bahagia depan aku tetapi di belakang aku, mereka menghina dengan mengutuk aku.
  Aku tidak layak hidup.
  Semua orang benci aku.
  Tiada orang faham aku.

   Aku dulu juga pernah kena ejek. Bukan setahun, tetapi malah enam tahun!

  Dari sekolah rendah lagi, aku diejek. Baru masuk pintu pagar sekolah, mereka melemparkan kata nista pada aku tanpa tujuan yang aku sendiri tidak mengerti.

   Dinding boleh kutuk, meja boleh kutuk, lantai boleh kutuk. Apa lagi? Kalau kau kutuk tong sampah pun tong sampah itu tidak kisah. Tetapi mahu juga ejek aku.

   Haih. Macam inilah rupanya orang popular. Berlagak lima minit.

   Bukan seorang yang ejek aku tapi lebih pada berpuluh - puluh. Bukan mahu menipu tapi inilah kebenaran masa silam gelap aku.

   Pada waktu jamuan sekolah, dinyanyikan satu lagu menghina wajah aku.
   Terserempak dengan mereka, mereka mertawakan aku.
   Membuat aku rasa.

   "Aku ini buruk sangat kah?"
   "Betulkah aku tidak layak disayangi?"
   "Muka korang itu hensem sangatkah? - Nooroo, 2020"
 
   Dan seterusnya.
   Menangis seorang diri.
   Hati aku terasa terhiris ketika itu.
   Rasa seperti semua orang yang berada dekat dengan aku, mahu membunuh aku.

   Kesan traumanya bukan sehari.
   Tapi hingga hari ini.

   Tapi sakitnya, Tuhan sahaja yang tahu.

   Tetapi nasib baik dan alhamdulillah! Allah beri sedikit jalan untuk aku kawal rasa murung ini.

   Dan aku mahu kongsikan pada korang.

   Supaya korang tidak senasib dengan aku. Jangan salahkan diri kau lagi.

   Nangislah sepuas hatimu kemudian bangkitlah.

  Yakinlah!

   Semua ini bukan salah kamu!

  Semua ini akan membuatkan kamu menjadi orang yang lebih dari kau sangkakan!

𖣘-----❀-----𖣘

Dr. Nooroo : Depresi  Where stories live. Discover now