Bab 3

242 22 0
                                    

Nayeon menunggu kedatangan Taehyung di dalam restoran yang telah mereka janji untuk bertemu.

"Ishh mana mamat ni.. Lambat betul la. Janji pukul berapa! Tak sampai-sampai lagi.." Keluh Nayeon sambil melihat jam di tangannya.

Taehyung pun sampai setelah disebut Taehyung. Lelaki itu masuk ke dalam restoran.

"Hah panjang umur. Baru sebut je dah sampai.."

Nayeon mendekati Taehyung.

"Wei.. Kau pergi mana? Apasal lambat sangat. Dari tadi lagi aku tunggu tau." Nayeon merungut.

"Ala sorry la Nayeon.. Jalan jem tadi." Taehyung memberikan alasan.

"Banyak la kau punya jalan jem. Aku boleh je sampai. Saja bagi alasan." Kata Nayeon lalu menjeling ke arah Taehyung. Dia kenal benar dengan perangai kawannya itu.

"Hehe.." Taehyung tersengih lalu mengajak Nayeon duduk di situ. Dalam diam dia melihat penampilan Nayeon.

Nayeon hanya mengenakan penampilan yang ringkas. Bertshirt lengan pendek dan berseluar jeans. Wajahnya pula langsung tidak bersolek. Natural.. Dia tidak suka berdandan seperti gadis-gadis lain. Tapi Taehyung akui kecantikan semulajadi Nayeon walaupun tidak pakai makeup.

"Mana komik yang aku suruh beli tu? Kau beli tak?" Tanya Nayeon tentang komik heart.

"Sabar la jap. Dont worry, aku beli punya lah!" Ujar Taehyung lalu mengeluarkan komik Nayeon di dalam begnya.

Nayeon mengambil komik yang yang diserahkan oleh Taehyung kepadanya.

"Thanks!" Ucap Nayeon.

"No problem." Balas Taehyung.

"Nayeon.. Kau nak tau something tak?" Kata Taehyung lagi, dia ingin menceritakan peristiwa dia bertemu Mina di kedai buku tempoh hari.

"Tau apa?" Soal Nayeon. Dia mula berasa cuak.

Ketika itu jugalah, pelayan sampai membawakan minuman yang telah mereka order tadi.

Setelah mengucapkan terima kasih, Nayeon terus meneguk ice lemon tea ke dalam tekaknya. Dia berasa sangat haus.

"Aku dah jumpa calon isteri aku.." Kata Taehyung sambil tersenyum.

Pantas tersembur air yang diminum Nayeon sebaik saja mendengar Taehyung berkata begitu.

Air yang disembur Nayeon terkena separuh wajah Taehyung.

"Eiyy.. Apa kau ni. Tak senonoh la. Minum la elok-elok sikit." Kata Taehyung lalu mengelap mukanya dengan hujung lengan bajunya.

"Sorry sorry.. Aku tak sengaja. Apa kau cakap tadi?" Soal Nayeon kembali.

"Minum elok-elok!"

"Ishh bukanlah! Yang mula-mula kau cakap tadi tu." Kata Nayeon dengan geram.

"Ohh.. Aku cakap aku dah jumpa calon isteri aku." Ujar Taehyung dengan muka selamba.

"Wait.. Sejak bila kau ada calon isteri pulak ni? Aku tak tau pun!" Kata Nayeon lalu ketawa. Rasa seperti lucu pula apabila Taehyung memberitahunya yang dia berjumpa dengan calon isteri. Berangan ke apa lelaki itu.

"Betullah. Kau ingat aku main-main eh.." Taehyung mula membuat muka serius.

Nayeon terkedu. Hilang terus ketawanya. Biar betul temannya ini.

"So kau dah serious dengan dia arr?" Tanya Nayeon. Dia tidak main-main lagi. Dia inginkan kepastiannya.

"Serious tu tak lagi la.. Aku baru je jumpa dia. Kemarin.. Dekat kedai buku!" Taehyung sengih menayangkan giginya.

"Ek eleh.. Mati-mati aku ingat kekasih kau.. Rupa-rupanya baru je jumpa kemarin. Siap cakap calon isteri konon!" Marah Nayeon. Ceh! Mangkuk ayun betul.

"Iyalah.. Sebab tu la aku nak mintak kau tolong aku supaya dapat pikat dia sampai dia jadi kekasih aku!" Taehyung beriya-iya meminta tolong Nayeon.

Nayeon terkejut dengan permintaan Taehyung itu. Apasal nak libatkan dia pulak dalam hal ni.

"Taknaklah aku.. Kalau kau nak, kau pikat la dia sendiri." Nayeon mencebik.

"Sampai hati kau kan.. Taknak tolong kawan baik sendiri. Takpe arr.." Taehyung seperti merajuk. Dah macam perempuan pulak. Terpaksalah Nayeon mengalah.

"Hmm yelah.. Yelah. Aku tolong kau!" Kata Nayeon.

"Serious la ni kau nak pikat dia?"

"Serius la.. Aku dah jatuh cinta dah dengan dia sejak pertama kali aku nampak dia."

Mendengar Taehyung meluahkan isi hatinya membuatkan Nayeon sedikit tersentak. Tiba-tiba saja hatinya bagai direntap. Entah dia tak tahu perasaan itu.

"Yes. Thank you Nayeon! Kau memang sahabat aku yang sejati! Aku sayang kau." Taehyung meluahkan rasa gembiranya. Setelah itu, dia pun menceritakan apa yang berlaku kepada Nayeon.

Nayeon tersenyum tipis. Dia tidak tahu akan perasaannya ketika itu. Dia mahu gembira untuk sahabatnya tetapi hatinya sedih mendengarnya.

*Vote & Comment*
Tq❤

HeartWhere stories live. Discover now