Mina baru sahaja selesai makan. Tiba-tiba terdengar bunyi loceng ditekan di luar rumah. Siapa yang datang, Taehyung ke?
Mina menjenguk di luar jendela rumahnya. Ternyata benar tekaannya. Taehyung yang datang ke rumahnya waktu begini.
Adakah lelaki itu mencarinya setelah dia menyepikan diri dalam dua hari. Ada sebab kenapa dia berbuat begitu.
Dia berkira-kira sama ada hendak membuka pintu atau tak. Tapi kasihan pula pada Taehyung. Mina pun mengambil keputusan untuk membuka pintu rumahnya.
Sebaik saja membuka pintu, kelihatan wajah Taehyung tersenyum manis sambil memegang sejambak bunga mawar merah.
"For you.." Taehyung menghulurkan bunga itu.
"Ohh thank you.." Mina mengambil bunga daripada Taehyung.
"Tapi kenapa tiba-tiba awak bagi bunga ni.." Pelik dengan sikap Taehyung itu. Ingatkan Taehyung marah padanya tetapi ternyata dia silap. Lelaki itu siap datang membawa bunga lagi kepadanya.
"Come.." Taehyung tiba-tiba saja memegang sebelah tangannya dan menarik mengikutinya ke halaman rumah.
Mina terkesima dengan tindakan Taehyung secara mengejut.
"Taehyung.." Mina tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
"Mina.. Listen to me now!" Kata Taehyung sambil merenung wajah Mina.
Mina terdiam. Dia berasa gementar secara tiba-tiba. Apakah yang ingin dikatakan oleh Taehyung kepadanya.
Taehyung pula melutut dan menghulurkan sebelah tangannya kepada Mina lalu melafazkan sesuatu.
"Mina.. Saya cintakan awak! Sudikah awak terima cinta saya.."
Mina menekup mulutnya. Terlepas sudah jambangan bunga yang dipegangnya. Dia sungguh terkejut. Tidak menjangkakan lelaki itu akan meluahkan perasaan terhadapnya.
"Taehyung.. Apa awak cakap ni. Awak sedar tak.." Tanya Mina. Dia betul-betul bingung apabila mendengar luahan Taehyung.
Taehyung segera bangun kembali apabila Mina berkata begitu.
"Mina, saya serius.. Saya betul-betul cintakan awak. Izinkan saya untuk menjaga awak buat selama-lamanya.." Taehyung berkata sambil menatap mata Mina sedalam-dalamnya. Dia betul-betul berharap gadis itu menerima cintanya.
Mata Mina mulai berkaca. Dia dapat rasakan keikhlasan Taehyung, saya pun cintakan awak Taehyung! Kata-katanya itu hanya terluah di dalam hati. Hakikatnya dia tidak boleh mengatakan itu. Jika dia mengatakannya, lelaki itu akan lebih tersiksa nanti.
Tiba-tiba Mina memalingkan wajahnya daripada ditatap oleh Taehyung. Dia mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dikatakan ketika ini.
Taehyung berasa hampa melihat reaksi Mina. Apakah Mina tidak boleh menerima cintanya.
Taehyung memegang bahu Mina dan memaksanya berpaling melihatnya semula.
"Mina.. Please, answer me." Taehyung nakkan jawapan. Dia ingin kepastian.
Sebenarnya, Mina juga mempunyai perasaan yang sama seperti Taehyung. Tetapi dia tidak boleh menerima lelaki itu kerana penyakitnya. Dia tidak mahu lelaki itu bersedih kerananya. Lebih baik mereka tidak menjalinkan hubungan lebih daripada teman sahaja.
"Taehyung.. I'm sorry.." Ucap Mina lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Setelah itu, dia pantas berlari masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu.
Taehyung tergamam. Ternyata benar dugaannya, gadis itu menolak cintanya. Hancur hatinya waktu itu. Air mata lelakinya jatuh kerana cinta. Cintanya begitu tulus kepada Mina. Namun apakan daya cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
Di sebalik pintu, Mina menangis teresak-esak. Pedih hatinya menolak cinta Taehyung namun sakit lagi hatinya apabila terpaksa merahsiakan penyakitnya dari Taehyung. Biarlah lelaki itu terluka sekarang daripada jika dia menerima Taehyung tetapi kelak lelaki itu akan lebih merana. Entah berapa lama lagi Mina boleh hidup kerana penyakitnya itu.
Bersambung...
*Vote & Comment*
Tq❤
YOU ARE READING
Heart
Fanfiction• COMPLETE • Nayeon seorang gadis perwatakan tomboy dan tabah manakala Taehyung lelaki tampan dan prihatin. Mereka berdua bersahabat baik sejak kecil dan sering meluangkan waktu bersama bermain 'basketball'. Mina pula seorang gadis yang mempunyai ka...