5 tahun kemudian,
Mina dan Taehyung duduk bersebelahan sambil memandang anak mereka yang ralit bermain di halaman rumah mereka.
"Nayeon.. Come here!" Panggil Taehyung kepada anak perempuannya.
Si kecil Nayeon itu berlari menuju ke arah Taehyung. Taehyung lantas mengambil Nayeon dan diangkat dan didukungnya.
Mina dan Taehyung mencium pipi anak mereka serentak.
Setahun selepas mereka berkahwin, Mina dan Taehyung dikurniakan cahaya mata. Sekarang usia perkahwinan mereka sudah memasuki 5 tahun. Bererti anak perempuan mereka sudah berusia 4 tahun.
Taehyung ingin menamakan anak mereka dengan nama Nayeon. Mina menurut saja. Lagipula, dia berasa begitu terhutang budi dengan Nayeon yang telah berkorban segalanya.
Taehyung melepaskan anaknya turun. Si kecil itu berlari semula untuk bermain.
"Nayeon.. Lari elok-elok. Nanti jatuh." Mina berpesan kepada anaknya.
"Okay mama!!" Suara Nayeon kecil itu berkata. Comel sekali.
Taehyung pula mendekati isterinya, Mina. Dilingkarkan tangannya ke pinggang Mina.
"Sayang.. Awak semakin cantik sekarang!" Puji Taehyung.
Mina menjeling ke arah Taehyung.
"Awak ni dari dulu memang bermulut manis kan.." Kata Mina. Kenal benar dengan perangai Taehyung.
"Hahaha.. Well, tengok la siapa yang terpikat." Taehyung berkata selamba.
Mina mencubit lengan Taehyung. Geram pula dia dengan suaminya itu.
"Aduh.. Jangan la cubit saya. Sakit.." Ujar Taehyung sambil membuat muka comel.
"Mengada tau.." Mina mencebik, kemudian dia tertawa apabila Taehyung membuat muka kelakar pula.
Mina dan Taehyung saling bergurau senda. Hal itulah yang lebih mengukuhkan hubungan mereka.
Tiba-tiba Mina mengatakan sesuatu.
"Taehyung.. Bila teringatkan Nayeon, saya rasa sedih.. Terlalu besar pengorbanan dia. Kalau tak disebabkan dia berikan hatinya pada saya. Tentu saya dah mati sekarang." Mina melihat Taehyung dengan wajah sayu.
"Shh.. Jangan cakap macam tu."
Taehyung senyum tawar. Apabila Mina mengingatkan hal itu. Hatinya juga sedih. Dia tidak berkata apa-apa, bimbang mengecilkan hati Mina. Taehyung lantas memeluk Mina bagi menenangkannya. Mina membalas pelukan Taehyung.
Kata hati Mina, Nayeon.. Aku begitu terhutang budi dengan kau. Andai masa boleh diundur, biarlah aku yang pergi dan kau yang bersama Taehyung. Terima kasih kerana telah memberikan hati ini kepada aku.
Kata hati Taehyung pula, Nayeon.. Biarpun kau telah pergi, aku tetap akan mengenang kau sampai bila-bila. Mina milikku! Tapi kerana hati kau yang berada di dalam tubuh Mina sekarang menjadikan kau milikku juga.
Tamat
Hai readers.. Thank you for all votes and comment! ❤
YOU ARE READING
Heart
Fanfiction• COMPLETE • Nayeon seorang gadis perwatakan tomboy dan tabah manakala Taehyung lelaki tampan dan prihatin. Mereka berdua bersahabat baik sejak kecil dan sering meluangkan waktu bersama bermain 'basketball'. Mina pula seorang gadis yang mempunyai ka...