Bab 16

194 19 4
                                    

Mina terjaga dari lenanya. Dia membuka mata perlahan-lahan lalu dia melihat di sekelilingnya. Dia berada di hospital? Mina melihat di sisinya pula, kelihatan Taehyung tertidur di atas kerusi.

Mina berasa simpati kepada Taehyung. Tangannya diangkat sedikit dan mengusap kepala Taehyung.

Taehyung terjaga sebaik merasakan kepalanya diusap seseorang. Wajahnya yang mamai melihat Mina. Mina tersenyum.

"Mina.. Awak dah sedar?" Taehyung lantas bangun dan memegang tangannya.

Mina mengangguk.

"Taehyung.. Awak baliklah dulu. Dah lewat ni.. Awak mesti mengantuk kan." Kata Mina. Tidak apa dia bersendirian di situ kerana dia melihat Taehyung begitu penat. Kasihan!

"Taknaklah.. Saya nak teman awak dekat sini." Ujar Taehyung.

"Tapi awak nampak penat." Balas Mina.

"Saya tak kisah.. Yang penting awak sentiasa ada di sisi saya." Taehyung tersenyum nipis.

Mina terharu. Dia tidak menyangka lelaki itu sanggup menemaninya. Tetapi dia rasa bersalah kepada Taehyung apabila mengingatkan tentang penyakitnya. Mesti Taehyung sudah tahu.

"Taehyung.. Saya mintak maaf sebab merahsiakan tentang penyakit saya dari awak.." Ucap Mina.

"Its'okay.. Sekarang saya dah tau. Mina.. Saya cuma nak cakap yang saya ikhlas cintakan awak.. Biarpun awak ada sirosis hati. Saya tetap mahu bersama awak.." Taehyung berkata begitu.

Mina tersentuh lagi dengan kata-kata Taehyung. Sesungguhnya dia bersyukur dikurniakan lelaki sebaik Taehyung.

"Terima kasih Taehyung.." Mina bersuara perlahan. Tubuh badannya masih lemah.

Taehyung senyum.

"Sekarang awak rehatlah dulu. Biar ada tenaga.. Nanti bila awak dah sembuh, awak boleh lukiskan lukisan fairytale.. Lepastu kita boleh duduk di tepi kolam, main basikal sama-sama lagi.. Makan aiskrim sampai comot!" Taehyung bergurau.

Mina ketawa kecil. Taehyung pandai menghiburkan hatinya. Itulah salah satu ciri yang dia suka pada Taehyung.

"Baiklah.." Mina berkata.

"That's my girl! Saya keluar kejap.. Nanti saya datang balik okay?"

"Okay." Mina mengangguk dan melepaskan tangan Taehyung.

Taehyung keluar dari bilik yang diduduki Mina di hospital. Ketika dia keluar, kelibat seseorang yang dia kenali. Eh itu seperti ibu Nayeon!

Taehyung berjalan mendekati wanita itu.

"Aunty.." Tegur Taehyung.

Wanita yang dikatakan ibu Nayeon itu berpaling memandang Taehyung.

"Aunty.. Buat apa kat sini?" Tanya Taehyung. Wajah ibu Nayeon kelihatan cemas sekali.

"Taehyung! Nayeon.. Dia accident!" Kata ibunya.

Taehyung terkesima. Apa? Nayeon accident. Tubuhnya bergetar, tangannya menggigil. Sebentar tadi dia mendapat tahu tentang penyakit kekasihnya. Sekarang dia mendapat tahu bahawa sahabat baiknya pula kemalangan. Ujian apakah lagi yang dia harus hadapi ini?!

Bersambung...

*Vote & Comment*
Tq❤

HeartWhere stories live. Discover now