Nayeon banyak kali menghubungi Taehyung tetapi tidak berjawab. Apakah yang dah berlaku kemarin?
Nayeon pergi lagi ke rumah Taehyung. Diketuk pintu rumah Taehyung sehingga Taehyung membukanya.
"Taehyung! Taehyung.. Kau ada kat dalam tak? Bukak la pintu ni.." Panggil Nayeon sambil tidak henti-henti mengetuk pintu.
Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Kelihatan wajah Taehyung yang sugul dan sedih.
"Taehyung.. Kau kenapa ni?" Tanya Nayeon. Dia masih lagi berdiri di hadapan Taehyung.
"Mina.. Dia tak terima aku!" Taehyung berterus-terang.
Nayeon terkedu. Dia tidak menyangka Mina tidak menerima Taehyung.
"Mungkin dia ada sebab lain kenapa dia tak terima kau.. Kau kena cuba lagi!" Kata Nayeon.
"Nak cuba apa lagi.. Dah jelas-jelas dia tak sukakan aku! Dia terus reject aku tanpa sempat aku nak jelaskan macam mana aku boleh jatuh cinta dengannya.." Suara Taehyung agak meninggi. Mukanya kelihatan frust sekali. Nayeon tahu Taehyung terlalu berharap kepada Mina.
"Tapi Taehyung.."
"Sudahlah Nayeon.. Kau tak perlulah nak meyakinkan aku apa-apa lagi.. Cinta tak boleh dipaksa. Aku harus menerima hakikatnya bahawa Mina bukanlah jodoh aku!" Taehyung mula mengendurkan suaranya. Kedengaran lirih sekalu nadanya.
Nayeon terdiam mendengar kata-kata Taehyung. Melihatkan wajah Taehyung yang bersedih. Nayeon juga turut merasakannya.
"Kau baliklah dulu.. Aku nak bersendirian buat masa ini. Maafkan aku!" Ujar Taehyung lalu menutup pintunya.
Nayeon terpana dengan tindakan Taehyung. Namun dia cuba untuk memahami lelaki itu yang tengah bersedih.
Betul kata kau Taehyung! Cinta memang tak boleh dipaksa. Tapi aku tak boleh tengok kau bersedih. Aku akan jumpa Mina. Aku nak tahu kenapa dia tak terima cinta kau! Aku nak kau bahagia Taehyung.. Sebab hanya bila kau bahagia, aku akan bahagia.. Walaupun kau bukan bersama aku! Tekad Nayeon di dalam hati.
Bersambung...
*Vote & Comment*
Tq❤
YOU ARE READING
Heart
Fanfiction• COMPLETE • Nayeon seorang gadis perwatakan tomboy dan tabah manakala Taehyung lelaki tampan dan prihatin. Mereka berdua bersahabat baik sejak kecil dan sering meluangkan waktu bersama bermain 'basketball'. Mina pula seorang gadis yang mempunyai ka...