Bab 7

181 20 2
                                    

Taehyung menutup kedua-dua belah mata Mina dengan ikatan kain di matanya dan membawa berjalan di suatu tempat.

"Taehyung.. Kita nak ke mana ni?" Soal Mina. Dia berasa sungguh bingung dengan perbuatan Taehyung itu.

"Nanti awak tau la.." Taehyung bersuara perlahan.

Tibanya di tempat yang telah dijanjikannya.

"Dah sampai.. Sekarang saya akan bukakan ikatan kain ni.." Taehyung pun melepaskan ikatan kain itu perlahan-lahan.

"Suprise.." Ucap Taehyung sebaik saja Mina membuka mata.

Mina terkejut dengan apa yang terbentang di hadapan matanya.
Dia mengukirkan senyuman.

Sebuah tempat yang lapang dan menenangkan. Terdapat sebuah meja makan yang dihiasi bunga-bungaan yang indah dan mekar. Seorang perempuan yang memegang biola bagi memainkan musik untuk mereka berdua.

"Taehyung.. Apa semua ni?" Mina berasa sungguh teruja namun dia pelik kenapa Taehyung melakukan itu.

"Untuk awak.." Kata Taehyung lalu tersenyum.

Mina tercengang. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Taehyung tadi. Taehyung melakukan itu semua untuknya.

"Awak suka?" Tanya Taehyung.

"Suka.. Tapi.." Tidak sempat menghabiskan bicaranya. Taehyung mengisyaratkan diam kepadanya.

"Shhh.. Let me take your hand.." Taehyung menghulurkan tangannya kepada Mina.

Mina menyambut tangan Taehyung. Mereka pun berjalan sambil diringi irama musik yang digesek biola oleh perempuan tersebut.

"Let's dance!" Ajak Taehyung.

Mina tidak menolak ajakan Taehyung. Dia tidak mahu menghampakan lelaki itu setelah apa yang lelaki itu telah lakukan untuknya tetapi penampilannya..

"But my dress don't fit this time.." Ujar Mina.

Taehyung tetap tersenyum dengan tenang.

"Never mind."

Mina membalas kembali. Mereka pun menari dengan gembira.

"Taehyung.. Awak tak perlu buat semua ni.. Saya taknak menyusahkan awak." Bukan Mina mahu menolak, tetapi dia rasa seperti sudah menyusahkan Taehyung.

"Don't say like that Mina.. Saya buat semua ni ikhlas untuk awak. Saya cuma nak tengok awak bahagia.. Saya nak awak hidupkan kisah fairytale yang awak ciptakan menjadi nyata. Saya ingin merealisasikan impian awak..."

Kata-kata Taehyung membuatkan hati Mina tersentuh. Selama ini dia tidak pernah merasakan begitu. Hatinya.. Merasakan sesuatu..

Tiba-tiba Mina memeluk tubuh Taehyung secara spontan. Taehyung terpana, namun setelah dia tersenyum kembali dan membalas pelukan Mina.

"Terima kasih Taehyung.. " Ucap Mina, dia masih tidak melepaskan Taehyung sehinggalah dia tersedar yang dia sudah keterlaluan. Matanya membuntang.

Ditolak pelukannya dengan Taehyung.

"Err.. Sorry." Mina tersipu-sipu malu. Tidak menyangka dia berani memeluk Taehyung.

"It's okay.." Taehyung cool. Tetapi dalam hatinya sudah berbunga-bunga riang apabila Mina memeluknya tadi.

Sedang asyik mereka melayan perasaan, hujan pun turun dengan lebatnya.

Taehyung segera memeluk bahu Mina dan membawa Mina ke kereta kembali. Mereka terpaksa meninggalkan tempat itu apabila hujan lebat.

"Hujan.. Hmm." Taehyung mengeluh. Sudah rosak plannya untuk bersama Mina di situ.

"Tak apa Taehyung.. Walaupun sekejap, ia dah cukup bermakna bagi saya.." Mina senyum.

Taehyung juga turut berasa gembira apabila Mina mengungkapkan begitu. Tetapi tiba-tiba dia perasankan sesuatu.

Wajah Mina. Mengapa dengan dia?

"Mina.. Kenapa muka awak nampak pucat? Awak tak sihat ke?" Soal Taehyung.

Teguran Taehyung membuatkan senyuman Mina mati seketika. Baru dia teringat akan sesuatu. Tentang keadaan dirinya.

Melihatkan wajah Mina yang mengelamun itu menambahkan kerisauan di hati Taehyung.

"Mina.. Awak okay ke ni?" Taehyung bertanya.

Mina tersedar dari mengelamun. Dia memandang wajah Taehyung dan senyum seperti biasa.

"Ohh tak adalah.. Saya sihat je. Saya okay.. Awak janganlah risau ye. Wajah saya pucat mungkin sebab terkena hujan tadi.. Sejuk." Jelas Mina. Tetapi itu bukanlah jawapan yang sebenar melainkan cuma alasan saja.

Taehyung menghembuskan nafas lega. Dia selalu berharap agar gadis itu tidak ada apa-apa.

Mina yang tadi gembira mulai berasa resah. Bagaimanakah jika penyakit yang dihadapinya menjadi semakin kronik di saat dia bersama Taehyung begini?!

Bersambung...

*Vote & Comment*
Tq❤


HeartWhere stories live. Discover now