---------------------------
"Aku nak ulang tayang, macam mana aku boleh jatuh suka dekat kau."
---------------------------------------------------------
"Jeon Jungkook!" Sekumpulan pelajar berlari laju menuju ke pagar sekolah, dengan niat ingin ponteng sekolah.
Pengawas yang mengejar mereka itu berhenti mengejar kerana mereka sudah pun terjun lompat dari pagar.
"Hahahaha! Bodoh! Tak dapat kejar aku! Lembap!" Jeon Jungkook selaku ketua kumpulan itu gelak mengejek pengawas yang mengejar mereka itu.
Kelibat Jungkook dan kumpulannya hilang begitu sahaja.
"Hish! Apa kita nak jawab dengan Saem nanti!" Yunho selaku ketua pelajar mengeluh.
"Saem faham lah. Diaorang tu kan dah tak boleh nak kawal dah." Eunbi yang sentiasa menolong Yunho mengejar mereka sangat faham dengan perangai kumpulan itu.
Sedang mereka menjalankan tugas, ada tiga orang gadis berjalan menuju ke pagar.
"Hey, Park Yura! Kau nak pergi mana ha?! Kelas dah nak mula tahu!" Lengan gadis yang bernama Park Yura itu ditarik.
"Kau kenapa?! Kau nampak aku macam nak belajar ke hari ni? Tak kan? Chaw." Tanpa sempat Eunbi dan Yunho menahan, Yura dan dua orang rakannya keluar dengan selambanya.
"Hish! Apa nak jadi lah dengan dua kumpulan tu! Sorang bad boy, sorang bad girl. Benci aku!" Yunho menjeling Eunbi. Geram!
"Kau macam tak kenal je AngDev dengan BadQ tu macam mana. Nasib baik diaorang tak jadi kawan je tahu."
+++
"Yura betul ke kau nampak Jungkook keluar sekolah tadi?" Taera menyoal sambil memakan ais krim nya.
"Sebab aku nampak lah aku ajak korang keluar." Yura pula memasukkan tangan ke dalam poket depan bajunya.
"Yura tu!" Haejin menunjuk ke arah satu kumpulan yang sedang makan ramyeon di seberang jalan.
Yura sudah tersenyum sinis.
"I found you my bad boy." Dan mereka pun berjalan ke arah mereka. Tetapi tidak menegur, hanya masuk ke dalam kedai serbeneka itu.
Jungkook dan rakan-rakannya memandang ke arah Yura dan rakan-rakannya.
"Tu bukan budak sekolah kita ke?" Jungkook bertanya.
"Haah. Itu lah kumpulan yang aku cakap tu. BadQ. Diaorang macam kita juga. Ketua dia yang tu lah tadi. Yang rambut pendek tu. Orang cakap dia comel tapi ganas nak mati." EunSang memakan makanannya.
Jungkook pula tersenyum sinis. "Interesting."
-----------------------------
-Hanileeya's present for BTS anniversary-
Jeon Jungkook
19 y/oPark Yura
19 y/oBae Ha In
19 y/o
YOU ARE READING
Flashback [A Jeon Jungkook Fanfic]✔️
Romance"Aku nak ulang tayang, macam mana aku boleh jatuh suka dekat kau."-Jeon Jungkook