"Terima kasih Jungkook, jemput saya, susah kan awak je." Ha In dan Jungkook sama-sama melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.
"Perlu ke aku ulang benda yang sama hari-hari wahai Ha In ku sayang?" Jungkook meletakkan lengannya di atas bahu Ha In.
Ha In hanya tersenyum. Lupa pula.
3 minggu Ha In sekolah di situ, 3 minggu juga lah Jungkook tak buat perangai. Dah tak ponteng sekolah, dah tak buli orang. Senang cerita Ha In berjaya mengubah seorang bad boy kepada seorang good boy.
Yura yang berada di loker itu memandang dua pasangan itu.
'Bodoh! Dia tak faham lagi ke apa yang aku warning hari tu?! Kenapa mesti Jeon Jungkook perempuan?!'
Yura menutup pintu lokernya kuat setelah Jungkook meninggalkan Ha In berseorangan. Langkah kaki Yura laju menuju ke arah Ha In.
Pintu loker Ha In yang terbuka itu disepak menyebabkan badan Ha In terkena pintu itu. Bunyinya agak kuat dan sakit.
"Ah.." Ha In menggosok lengannya. Semua pelajar kini tertumpu ke arah mereka.
"Auw sakit ke? Mian. Kaki aku terasa macam nak sepak pintu loker pula." Sekali lagi Yura menyepak pintu loker itu kuat.
Dan sekali lagi terkena lengan Ha In. Yura memasukkan kedua tangannya ke dalam poket hoodie yang dipakainya.
Kali ini, Yura sepak untuk kali yang ketiga, tapi lagi kuat. Ha In hanya berdiam diri dan menahan sakit. Baru sahaja Yura nak sepak buat kali yang keempat, dia ternampak kelibat Jungkook.
"Oh tu, hero kau dah sampai. Mengadu lah dekat dia. Bagitau dia aku buli kau. Chaw." Dan Yura pergi begitu sahaja.
Stay tuned!🍒
YOU ARE READING
Flashback [A Jeon Jungkook Fanfic]✔️
Romance"Aku nak ulang tayang, macam mana aku boleh jatuh suka dekat kau."-Jeon Jungkook