Sekarang ni waktu rehat. Bambam membawa aku duduk di sebuah pondok kecil yang terletak jauh dari kantin.“ Hei, Bambam. Tak rasa jauh sangat ke tempat yang kita duduk ni? " soalku.
“ Don't worry Hao, tak ada apalah kat sini. Dan memang pondok ni tempat aku melepak pada waktu rehat. " jawabnya.
“ I see...oh ya, boleh aku tanya sesuatu? " aku mahu bertanya padanya tentang budak perempuan yang pelik itu.
“ Nak tanya apa? Jalan pintas untuk ke makmal? Senarai cikgu yang sporting? " soal Bambam sambil menggigit roti yang dibelinya tadi.
“ Bukan...aku nak tanya tentang seorang budak perempuan di kelas kita. " jawapan aku tadi membuatkan Bambam berhenti menikmati makanannya.
“ Kau biar betul Hao? Baru first day masuk sekolah ni, kau dah jatuh cinta? WOAH!!! " katanya sambil menggoncang-goncangkan badanku.
Aku menampar pipinya perlahan.
“ Bukanlah! Aku nak tanya tentang budak perempuan pelik yang duduk kat belakang kelas tu! " terangku kepadanya.
“ Budak perempuan pelik? Maksud kau, yang suka pandang ke luar kelas tu? " soal Bambam.
“ Yes! Yes! That girl! "
“ Nama dia Jung Haewoon. Aku tak tahulah kenapa dia berperangai macam tu. " terang Bambam.
“ Kau tak pernah tegur dia? Atau cuba berkawan dengan dia? " soalku.
“ Tak pernah, Hao. Masa aku mula-mula masuk kelas tu, semua suruh aku supaya jangan tegur Haewoon. Aku pun tak tahu kenapalah aku lurus sangat. " katanya sambil meneguk sebotol air mineral.
“ Bila kau masuk sekolah ni? " dari cara percakapan dia ni pun, aku tahu dia bukan murid kelas tersebut sejak awal tahun.
“ 5 bulan lepas. " jawabnya.
“ Its like...satu kelas abaikan Haewoon kan? Kenapa ya? " soalku lagi sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“ Abaikan? Eh...betul juga. Cikgu pun tak pernah sebut nama dia semasa tanda kehadiran kelas. " kata Bambam. Ketika itu barulah dia sedar bahawa gadis tersebut telah diabaikan oleh semua orang.
“ Kau biar betul Bambam? Tak akan sampai macam tu dia diabaikan? " aku seolah-olah tidak percaya.
Jika dia diabaikan rakan sekelas, aku tidak hairan sangat.
Tapi sampaikan guru-guru pun abaikan dia...
Macam ada sesuatu yang tak kena.
YOU ARE READING
𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]
Fanfiction❝ Saya janji, saya akan jadi kawan baik awak. Selamanya. ❞ 🌸START : 10 Jun 2020 🌸END : 31 Ogos 2020