“ Minghao. " Haewoon menegurku.Ah, jangan risau. Kami berdua dah berada di luar kawasan sekolah.
Bambam? Dah lama balik. Mengantuk sangat katanya.
Sekarang kami berdua berada di dalam sebuah kafe yang kecil namun kelihatan amat cantik. Orang putih kata, ‘aesthetic'.
“ Ya? Ada apa? " soalku.
“ Semalam saya pergi hospital. Makcik saya yang bawa saya ke sana. " perkataan ‘hospital' itu membuatkan aku berhenti menghirup coffee latte hangat yang dipesan tadi.
“ Awak pergi hospital? Awak ok tak ni? " aku mula jadi risau tentang keadaan gadis ini.
“ Saya tak sampai hati nak bagitahu awak... " nada suaranya mula menjadi perlahan.
“ Haewoon, bagitahu sajalah. Saya pandai simpan rahsia! " aku menghalakan jari kelingkingku ke arahnya.
Aku mengharapkan dia memautkan juga jarinya di jariku.
Dia memandang wajahku.
“ Baik. Saya bagitahu. " dia memautkan jarinya. Dia terjeda sebentar sebelum berkata kembali. “ Semalam saya pergi hospital untuk buat ‘check-up'. Dan doktor kata... " air matanya mula mengalir.
Haewoon, janganlah macam ni...
“ Doktor kata apa? Kenapa awak menangis? " aku menyoalnya bertubi-tubi.
“ Awak tahu kan saya ada kanser? " jawapannya itu membuatkan aku terkedu. Ah, ya. Aku baru teringat tentang hal ini.
“ Saya tahu...tapi kenapa? "
Haewoon tersenyum. Tapi aku tahu senyuman itu tidak ikhlas.
“ Doktor kata, kanser saya dah sampai ke tahap empat. Awak tahu kan apa maksudnya? Saya dah tak lama di dunia ni. " katanya dengan air mata yang masih mengalir tanpa henti.
“ Haewoon... "
“ Diam. Minghao, saya rasa awak dah boleh tinggalkan saya. Sebab awak perlu berlatih untuk hidup seperti biasa bila saya dah mati nanti. Awak anggaplah saya ni setakat kawan sementara. " dia menangis.
Aku mula rasa bersalah.
Aku mengenggam.
“ No, Haewoon. Awak akan jadi kawan baik saya, selamanya. "
“ But how? Kalau saya dah mati, macam mana awak nak berkawan dengan saya? "
“ Jung Haewoon, walaupun kita baru saja berkawan, tapi awak akan sentiasa ada di hati saya. Sampai bila-bila. Sekarang, senyumlah. Jangan menangis, please? " aku menyeka air matanya menggunakan sapu tangan kecil milikku.
“ Saya tak sangka masih ada orang luar yang sebaik awak. " akhirnya dia tersenyum.
“ Dah, dah. Don't be sad. Tak perlulah fikir benda-benda tu semua. Sekarang awak kena sentiasa gembira okay? "
“ Saya akan cuba. Bukan senang nak gembira setelah sekian lama bersedih. "
Tak apa, Haewoon.
Ambillah masa untuk hilangkan semua rasa sedih yang dipendam.
I'll waiting for you.
++++++
last update. lepas ni aku hiatus sampailah aku habis exam.
bye bye ❤
YOU ARE READING
𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]
Fanfiction❝ Saya janji, saya akan jadi kawan baik awak. Selamanya. ❞ 🌸START : 10 Jun 2020 🌸END : 31 Ogos 2020