“ Bambam!!! "Kami berdua terkejut apabila melihat Bambam terbaring dan mulutnya berdarah.
Aku terus berlari ke arahnya.
Haewoon pula masih terkedu.
“ Bambam, bangunlah! Kau tak pengsan kan? Bangun, dude. Bangun!! " aku menggoncang-goncangkan badannya berkali-kali.
Namun masih tiada sebarang respon darinya.
“ Saya rasa dia pengsan... " kata Haewoon.“ Tak boleh jadi! " aku cuba memapahnya.
++++++
“ Macam mana dengan kawan saya? Dia baik-baik saja kan? " aku menyoal kepada doktor yang bertugas.
Tadi, aku terpaksa papah dia hingga ke klinik yang berdekatan. Apa? Kenapa kami tak ke bilik kesihatan sekolah?
Baru saja aku hendak membuka mulut, kesemua individu yang ada di bilik kesihatan tersebut mengabaikan permintaanku untuk merawat Bambam.
Aku dah agak. Mesti sebab Haewoon.
Dasar tak berhati perut!
Tak bolehkah mereka layan saja Haewoon seperti orang lain?
Benda yang sudah berlalu tak perlu dikenang.
“ Kawan kamu luka teruk di bahagian belakangnya. Mungkin dia dipukul dengan objek keras. Tapi jangan risau, dia baik-baik saja. Dia pengsan kerana terkejut. " doktor tersebut menepuk bahuku perlahan.
“ Terima kasih banyak, doktor. "
++++++
“ M-Minghao? " sedang aku dan Haewoon berbual, kedengaran suara memanggilku.
“ Bambam!! Bangun juga kau! Kau okay tak? Nak air? " soalku apabila melihat dia terkial-kial hendak bangun dari pembaringannya.
“ Errrghh..boleh juga. Aku haus sangat ni. " mendengar jawapannya, aku pun terus menuang air di dalam gelas kecil.
“ Nah, minum. Anyways, siapa yang pukul kau? Sampai macam ni sekali jadinya? " aku menunggunya menghabiskan segelas air tersebut.
“ Kau tahu tak budak lelaki yang duduk di belakang sekali tu? "
“ Yang mana? Yang sentiasa tidur dalam kelas tu ke? "
“ Yes, Hao. That one. "
“ Dia pukul kau sebab Haewoon? Wow, that's stupid. "
++++++
Setelah Bambam sedar, aku perasan bahawa Haewoon asyik menyorok saja di belakang aku.
Kenapa pula dengan dia ni?
Kerana terlalu ingin tahu, aku pun menyoal.
“ Kenapa awak asyik menyorok saja? Awak takut apa? "
“ Doktor tadi tu kenal mendiang ayah saya...saya malu. Dia mesti kenal saya punya. " jawabnya.
“ Tapi dia ada nampak awak, elok saja dia senyum pada awak? Sudahlah. Jangan fikir negatif. " aku mencubit pipinya dan kemudian memaksanya senyum.
“ Eish, awak ni kenapa? " dia ketawa.
“ Awak nak tahu sesuatu? Saya ada sebuah janji. Di antara saya dan awak. " aku memegang tangannya.
“ Janji? Janji apa? "
“ Saya akan jadi kawan awak. Untuk selamanya. " kataku.
++++++
hm hambar bethol.
YOU ARE READING
𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]
Fanfiction❝ Saya janji, saya akan jadi kawan baik awak. Selamanya. ❞ 🌸START : 10 Jun 2020 🌸END : 31 Ogos 2020