Thanks God.
Lif hospital ini tidak rosak jadi aku berjaya tiba di tingkat 20 tanpa sebarang masalah.
Sekarang cuma perlu cari wadnya sahaja.
++++++
“ Makcik, mesti sekarang tiada siapa hendak pandang saya kan? Saya dah botak, dah hodoh. " kata Haewoon perlahan.
“ Jangan macam ni, sayang. Pada pandangan makcik, kamulah gadis paling cantik. " wanita itu memegang lembut tangan Haewoon.
“ Makcik saja yang anggap saya cantik... "
“ Sebab kamu memang cantik, Haewoon. "
Sedang mereka berbual, kedengaran pintu wad diketuk perlahan.
“ Sekejap ya nak, makcik pergi buka pintu tu. " dia hanya mengangguk kecil.
++++++
Akhirnya aku jumpa wad ini.
Sekarang aku hanya tunggu pintu ini dibuka.
Sempat juga aku mengelamun. Lamunan aku terhenti apabila pintu wad ini dibuka perlahan.
“ Kamu cari siapa? " soal seorang wanita yang boleh aku katakan sebaya dengan makcik yang aku jumpa di pangsapuri tadi.
“ Errmm. Saya cari Haewoon. Dia ada di sini ke? " soalku.
Wanita itu mengerutkan dahinya.
“ Kamu ni kawan dia ke? " soalnya pula.
“ Ya, saya baru kenal dengan dia. Saya baru saja pindah ke sini. " jawabku.
“ Budak baru, patut pun kamu boleh berkawan dengan dia. Haewoon ada cerita tentang kamu. Nama kamu mesti Minghao kan? " aku tersenyum mendengar soalan ini.
“ Ya, nama saya Minghao. "
“ Haewoon kata, kamu ada seorang lagi kawan. Namanya macam kelakar sikit bila makcik dengar. "
Aku tergelak kecil. Aku tahu siapa yang dikatakannya.
“ Ini mesti Bambam kan? "
“ Ah, ya! Itulah namanya. Dia pun kawan Haewoon juga. Tapi mana dia? Kenapa kamu seorang saja yang datang ke sini? "
“ Dia dah balik Thailand. Itu negara asalnya. "
“ Begitu rupanya. Kalau macam tu, masuklah. Tapi makcik harap kamu tak terkejut bila lihat keadaan Haewoon sekarang. "
Aku tak akan terkejut.
Kerana aku dah tahu apa yang jadi terhadapnya.
++++++
“ M-Minghao? " aku terkejut.
Macam mana dia boleh tahu aku ada di sini?
Jangan kata dia ada cari aku sebelum ni?
Malunya aku.
Tangan aku terus mencapai sehelai kain berwarna ungu untuk menutup kepalaku yang sudah botak ini.
Tapi, belum sempat aku hendak memakai kain tersebut, Minghao terlebih dahulu memegang tanganku.
“ Kenapa awak nak pakai kain tu? " soalnya.
“ Saya nak tutup kepala saya. Saya malu. " Minghao melepaskan pegangannya dan terus bertanya.
“ Buat apa nak malu? Awak ingat saya nak hina awak ke? Tak, tak. I'll not do that. " kata-katanya membuatkan aku berasa sedikit lega.
“ Kenapa awak sanggup cari saya sampai ke sini? " soalku.
“ Kawan yang baik akan sentiasa sanggup lakukan apa sahaja. Hehe. " dia tersengih.
Hm. Comel.
Tapi dia memang anggap aku sebagai seorang kawan sahaja.
Tak mengapalah.
Aku pun ada sukakan seseorang.
Tapi aku rasa ianya tak akan kesampaian.
Haha.
++++++
huhu sorry lambat. harini banyak tidur je.
(╥_╥)
YOU ARE READING
𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]
Fanfiction❝ Saya janji, saya akan jadi kawan baik awak. Selamanya. ❞ 🌸START : 10 Jun 2020 🌸END : 31 Ogos 2020