Waktu berlalu dengan begitu pantas.
Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan Haewoon ditahan di wad.
Dan sudah sebulan juga aku temankan dia.
Hari-hari aku hiburkan dia, buatkan dia ketawa. Walaupun aku ini hambar orangnya.
Sampailah pada suatu hari...
++++++
" Makcik? Makcik kenapa? " aku menjadi risau apabila melihat makcik kepada Haewoon duduk di luar wad sambil menangis teresak-esak.
" H-Haewoon... " jawabnya.
" Haewoon? Kenapa dengan dia? Apa yang jadi sampai makcik menangis macam ni? "
" Dia tiba-tiba saja tak sedarkan diri. Dan apabila makcik beritahu tentang hal ini pada jururawat dan doktor, mereka terus suruh makcik tunggu di sini...makcik takut sesuatu terjadi pada dia... "
Aku terkedu.
" ...Makcik tak mahu kehilangan dia. Dialah satu-satunya anak saudara yang makcik ada. " aku pula yang risau sekarang ni.
" Makcik, dalam waktu sekarang ni, kita hanya mampu berdoa saja. Makcik doalah yang dia akan sedar lepas ni okey? " aku cuba untuk memujuk wanita ini.
++++++
Doktor yang bertugas untuk merawat telah keluar dari wad.
Kami berdua terus meluru ke arah doktor tersebut.
" Doktor, macam mana dengan anak saudara saya? Dia baik-baik saja kan? "
Aku merenung wajah doktor tersebut.
Riak wajahnya terlihat kesal.Mesti ini bukan sesuatu yang baik.
Doktor itu pun membuka bicara.
" Maaf, tapi berdasarkan keadaan dia sekarang. Jujur saya katakan, jangka hayatnya hanya tinggal tiga minggu saja. Mungkin kurang atau lebih dari tempoh itu. Sekali lagi, saya minta maaf. " kata doktor itu sebelum dia menunduk hormat dan terus pergi ke wad yang lain.
" M-Minghao...kamu dengar tadi? Ya Tuhan, makcik tak bersedia lagi... " dia mula menangis seperti tadi.
" Makcik, belum tentu apa yang doktor cakap tadi itu benar. Sabarlah... " aku memujuknya lagi.
" Tapi inilah yang jadi masa mendiang suami makcik sakit dulu. Dan dia betul-betul pergi tinggalkan makcik... "
Sesungguhnya aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Aku sendiri hanya mampu berdoa dan berharap agar keajaiban berlaku.
Haewoon, tolonglah jangan tinggalkan makcik kau.
Dia betul-betul sayangkan kau...
++++++
Dahlah lambat update lepas tu chapter pun pendek.
Pukul jelah aku :')
YOU ARE READING
𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]
Fanfiction❝ Saya janji, saya akan jadi kawan baik awak. Selamanya. ❞ 🌸START : 10 Jun 2020 🌸END : 31 Ogos 2020