➳ 5

287 54 23
                                    


Seperti yang dirancang, selepas waktu sekolah, kami berdua ke perpustakaan.

Namun kami terserempak dengan seorang guru. Aku mula cuak. Tapi, Bambam tampak tenang. Dia menjawab, “ Saya ada tertinggal sesuatu di perpustakaan. Jangan risau. Lepas ni kami akan terus balik. "

Guru tersebut hanya mengangguk.

Wah, sungguh mudah ditipu.

“ Pandai sungguh kau menipu ya? " aku menyindirnya.

“ Aku ni penipu handalan nombor satu di Thailand. Kau tahu apa? " kata Bambam dengan bangga sambil mendabik dada.

“ Tak payah nak melebih sangatlah. Cepatlah tunjuk tempat menyorok kau tu! " aku mendesaknya agar berjalan dengan cepat.

Bukan apa, aku cuma takut terserempak dengan guru seperti tadi.

“ Kalau kau nak tahu, tempat menyorok kita cumalah dalam perpustakaan. Sebab tu aku ajak kau ke perpustakaan. " kata Bambam sambil tersengih.

Aku ternganga kecil.

“ Kau biar betul Bam? Selamat ke kalau kita menyorok di dalam perpustakaan? Mana tahu kalau ada pengawal keselamatan masuk ke sini and then... " disebabkan aku terlalu banyak tanya, Bambam meletakkan jarinya di bibirku.

“ Yang kau takut sangat kenapa? Kau yang nak stalk Haewoon kan? Nak stalk bagai ni kena berani bro. Lagipun, pengawal keselamatan tak akan masuk ke sini. Mengarut saja. Dan lagi satu, semua guru akan terus pulang selepas tamat waktu sekolah. Faham? " bebelnya.

Tapi kenapa dia letakkan jari kat bibir aku?

Gelilah. Aku mengalihkan jarinya dan berkata,

“ Ok, ok. Aku faham. Sekarang bawa aku ke perpustakaan. "

Kami berdua akhirnya masuk ke dalam perpustakaan.

“ Budak-budak junior yang uruskan perpustakaan ini tak tutup aircond. Bijak sungguh heh. Tapi bagus juga, tak perlulah kita tunggu aircond untuk sejuk sepenuhnya haha. " kata Bambam.

“ Alang-alang kita ada kat sini, boleh aku tanya sesuatu? " soalku sambil duduk di sebelah rak buku.

“ Kau ni banyak tanya sungguh. Tanyalah. " Bambam turut duduk di sebelahku.

“ Kau tak pernah berniat ke nak berkawan dengan Haewoon? Bukan apa, kau ni jenis peramah. Semua orang dalam kelas kau kawan. Tapi kenapa dengan Haewoon, kau tak buat begitu? " soalku dengan wajah yang agak serius.

Bambam menghela nafas sebelum berkata,

“ Kalau mereka tak ugut aku, mesti aku akan tegur Haewoon setiap hari. " kata-katanya itu membuatkan aku terkejut.

Ugut?

Murid-murid kelas ni ugut Bambam supaya jangan bertegur sapa dengan Haewoon?

Begitu?

“ Maaf, aku kurang faham. Apa maksud kau dengan UGUT? " sengaja aku tekankan perkataan ‘ugut' itu.

“ Kau pun tahu kan, aku ni pun macam kau. Budak baru. Sebaik saja aku masuk dalam kelas tu, awal-awal mereka dah ugut aku supaya jangan LANGSUNG tegur Haewoon. " terangnya kepadaku.

“ Nanti. Kalau kau abaikan ugutan tu, apa akan jadi? "

“ Kalau aku cuba bercakap dengan Haewoon walaupun satu patah perkataan sekalipun, mereka akan buatkan aku jadi seperti Haewoon. Tiada kawan. Aku tak mahu keseorangan. Aku bukannya lama di sini. Lagi 5 bulan aku akan balik semula ke Thailand. "

Segala penerangan dari Bambam tadi membuatkan aku lebih ‘curious'.

Jadi semua orang dalam kelas itu ugut Bambam?

Kenapa pula jika dia tegur Haewoon, mereka akan buat dia senasib dengan Haewoon?

Adakah Haewoon terlalu jijik dan hina di mata mereka?

Mereka tak sedar, mereka pun manusia biasa. Pernah lakukan kesalahan. Tak kiralah kesalahan kecil atau besar.

Apa hak mereka untuk menghukumnya?







++++++

Bapak hambar sia.

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Where stories live. Discover now