Aku tak boleh pendam tentang ini.
Jadi aku ambil keputusan membuat panggilan video.
“ Masih connecting? Hei, aku bayar tahu tak untuk dapatkan internet ni! Kenapa lembap sangat? " aku yang kegeraman hampir saja hendak menghempas komputer riba milikku.
Tapi aku kalau buat betul-betul, memang sah-sah nanti ibu akan hantar aku balik ke China dan tak boleh ke negara lain lagi. Haih.
“ Yang Bambam ni pun satu, mana dia? Mencekik lagi ke sampai taknak jawab panggilan aku? Geramnya! "
Aku melentokkan kepala di meja. Pasrah dengan semua ini.
Baik aku lelapkan mata sekejap. Tapi,
“ Yo Minghao! Kenapa call? Bosan ke? " suara Bambam telah membatalkan niatku untuk melelapkan mata.
“ Ingatkan taknak angkat tadi. Stres aku tahu tak? Dahlah internet lembap mengalahkan siput! Geram betul. " aku mengeluh.
“ Maaflah, aku baru saja habis mandi. Sebab tu aku tak perasan. Hehe. "
“ Patut rambut kau basah. Tak apa, tak apa. "
“ Kenapa kau call aku? Ada sesuatu ke kau nak cerita? " soalnya sambil mengesat rambutnya yang basah itu menggunakan tuala kecil.
“ Yes. Tentang Haewoon. Kau tahu kan dia dah ditahan di wad? "
“ Mestilah tahu. Kau juga yang bagitahu aku haritu kan? "
“ Haih...susah betul aku nak cakap benda ni. Tapi kau nak tahu? Sekarang ni dia sedang koma. Dah tiga hari. " kata-kataku itu tadi membuatkan Bambam berhenti mengesat rambutnya.
“ KOMA?! Hei, hei. Janganlah main-main dengan benda serius macam ni... " dia memandang kamera dengan penuh serius.
“ Kau pernah nampak aku main-main ke sebelum ini? Tak ada kan? Aku serius! " entah kenapa aku jadi emo sampai aku menepuk meja belajar dengan kuat.
“ Hei rilek. Aku cuma terkejut saja. And then, what happen? "
“ Doktor kata, dia cuma tinggal beberapa minggu saja untuk hidup. Makciknya dah menangis dengan teruk sebab mendiang suaminya pun pergi setelah doktor beritahu perkara sebegitu. " aku memeluk tubuh, tak tahu hendak memberi reaksi apa.
Dari skrin telefon bimbitku, aku boleh nampak dengan jelas yang mulut Bambam ternganga dengan luas.
“ Hoi, kalau ya pun terkejut, tak perlulah ternganga besar macam tu. Takut kumbang terbang masuk dalam mulut kau saja haha. " kataku, cuba untuk membuat lawak dalam keadaan sebegini.
“ Haha, good job, Minghao. So funny haha... " Bambam ketawa dengan penuh rasa tidak ikhlas sambil menepuk tangan perlahan.
“ Aku tahu aku hambar. Tak perlulah perli. "
“ Haih. By the way, aku harap Haewoon baik-baik saja. Aku takut nanti aku tak sempat– " belum sempat Bambam menghabiskan ayatnya, dia tiba-tiba menekup mulutnya.
Dah kenapa?
“ Tak sempat apa? " soalku, pelik pula aku melihat dia tiba-tiba bertindak sedemikian.
“ Errr...eh! Aku baru teringat, aku kena tolong ibu aku di restoran haha bye bye Hao! " dia memutuskan panggilan dengan kelam-kabut.
Aku mengerutkan dahiku.
Tak sempat? Apa yang tak sempat?
Aku hanya menjongketkan bahuku tanda tidak tahu dan terus bergerak ke katil untuk tidur sebentar.
++++++
Tak sempat apa tu gais?
Hurm.
YOU ARE READING
𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]
Fanfiction❝ Saya janji, saya akan jadi kawan baik awak. Selamanya. ❞ 🌸START : 10 Jun 2020 🌸END : 31 Ogos 2020