Bab (2) Berlaku lagi?

50 9 0
                                    

Di tempat kerja Lana (kafe)..

"Ngantuk betul semalam dahlah tidur lambat.." Lana masih berkata perlahan sambil meletakkan begnya di atas meja.

Kling,kling.pintu kafenya terbuka.

"Eh,Mia!" Lana menyapa Mia dengan gembira.

"Lana!"Mia berkata dengan wajah yang gembira.

"Nak tahu tak semalam aku..." Lana cerita semuanya pada kawannya itu.

"ooo..seramnya"Mia percaya dengan kata Lana itu kerana sangat seram baginya, takkanlah kawan baiknya ingin tipunya.

"Mia,tempat apa yang seram tu semalam kau kata?"Lana bertanya dan bersiap sedia untuk mendengar

"Ooo,tempat...Haha! Mana ada seram aku tipu jelah!, mana ada tempat seram.."Mia bergelak-gelak.

"kau ni! Aku takkan percaya lagi!"Lana membuat muka marah dan ambil keputusan untuk tidak bercakap lagi dengan kawannya selama sehari.

Lagipun,Lana jenis yang suka merajuk,penakut dan lemah.

"Ala,tak payah lah ambil _serios_ sangat Ouh ya, aku nak pergi dah ni bai!" Mia terus meninggalkan kafe itu.

Sebaik sahaja Mia pergi baru Lana terasa sunyi tiada siapa di kafenya.

"Aik?selama ni ramai sangat.
"Lana berkata perlahan.
Tiba²,kedengaan bunyi anjing menyalak seperti di depan kafenya.

"Janganlah jadi lagi macam semalam."Lana hanya boleh mengharap lalu dia keluar dari kafenya.Dia melihat tiada siapa disitu sunyi sepi lalu dia masuk ke kafenya dan mengambil begnya kerana dia membuat keputusan untuk pulang dan tutup kafenya buat beberapa hari.

Dia berlari-lari,tiba² kedengaran bunyi anjing sedang memakan sesuatu.Perasaannya mulai lain dan takut.Setelah beberapa saat kemudian, dia melihat seekor anjing sedang menggigit manusia yang terbaring.

Tanpa berfikir panjang Lana melintas perlahan-lahan dan berlari. Dia tinggalkan sahaja kereta lusuh dihadiahkan oleh ayahnya sewaktu dahulu kerana terlampau takut.

Lana cuba untuk menoleh kebelakang dan melihat anjing tadi mengejarnya.Tanpa berfikir panjang dan dia terus berlari dengan pantas.

Sampai sahaja di rumahnya, anjing tadi hilang dari pandangannya.

"Huh nasib baik..penatnya!" Lana berkata sambil memasuk ke dalam rumahnya.

Dia ingin beritahu kepada kawannya tetapi dia terfikir akan dia tidak ingin bercakap dengan kawannya lagi selama sehari.

Dia terus masuk ke dalam biliknya dan terus baring memikirkan tentang tadi.

"Aku mimpi ke ni?" Lana berkata sambil menampar pipinya.

Dog VirusWhere stories live. Discover now