"Akak"
aku dongak melihat abah berdiri dibelakangku. Aku mengangkat kening menunjukkan isyarat kenapa. Troli Tesco aku tolak perlahan sambil menunggu kata-kata abah. Kalau pergi shopping mana-mana memang tugas menolak troli adalah tugas aku. Kalau timbang sayur ke timbang ayam ikan ke semua adik-adik aku punya kerja."Kenapa bah?" pandangan aku kepada susunan kotak susu Dutch Lady terpaksa aku alihkan ke muka abah. Aku terpaksa dongak disebabkan ketinggian abah, kalau nak diikutkan ketinggian aku hanyalah pada paras dada abah sahaja. Sejujurnya, aku sudah lama tidak meluangkan masa dengan abah dek kerana pekerjaannya. Abah polis. Disebabkan itu abah sukar untuk berada dirumah. Nyawa abah terancam setiap kali abah keluar bekerja. Pekerjaan abah mendatangkan kerisauan kepada aku dan keluargaku yang lain. Bukan apa, sekarang ni jenayah bukan yang simple-simple bukannya macam curi selipar masjid lagi. Scale jenayah sekarang besar sampai kadang-kadang melibatkan keselamatan negara. Semua jenayah tahap yang FBI,CIA SWAT turun padang. Pekerjaannya bukan senang sehinggakan abah sendiri melarang anak-anaknya menjadi polis.
Abah penepuk belakang kepala aku.
"Uih, awat ni pak?" Nah kan dah terkeluar bahasa nenek aku Penang mai nasi kandaq beghatuq!
"Rindu nenek ka?" abah bergurau. Nenek dah meninggal sudahpun hampir 5 tahun.
"Heee sorry abah" aku tersengih.
"Abah nak tanya ni, bila intern kakak? Haritu kakak cakap kakak dah final year kan?"
Mak aih terciduk soalan.
"Haa betullah tu. Betul betul" aku jawab acuh tak acuh.
" Jadi? Dah tahu nak kerja mana? Jangan jadi macam dulu. Abah tak mahu kakak delay benda macam ni. Lama-lama tak pun kerjanya. Menembam je tahu" abah membebel.Halamak! Setepek kena. Apa aku nak jawab ni. Kalau tipu sunat takpe kan?
YOU ARE READING
Hello Boys
RomanceBALQIS HUMAIRAH Seorang pelajar Degree in Information Technology. Bakal intern di Sofline Malaysia company, salah satu syarikat IT di Malaysia. Little did she know, department yang dia akan bekerja majoriti adalah pekerja lelaki. Adakah Balqis akan...