Soalan abah aku biarkan tergantung tak berbuaian. Lepas abah tanya tadi aku mampu senyum sahaja. Bukan taknak kerja aku cuma,
cuma,
cuma,
cuma malas.
Nak duit tapi aku taknak kerja boleh?
Dasar pemalas.Alang-alang dah nak sampai rumah ni aku 'get ready' nak angkat barang. Dari jauh aku dah nampak mama tercongok depan pintu. Mama ni instinct kuat betul kitorang tak masuk parking lagi dia dah berdiri tunggu depan pintu. Aku tersenyum sendiri. Mama adalah suri rumah sepenuh masa. Bukannya mama tak pernah kerja, mama pernah je bekerja dekat kedai jahit lepastu dekat secret recipe tapi abah suruh duduk je rumah sebab taknak mama penat. Ada satu masa tu mama terlepas cakap dia dah penat buat anak. Katanya cukuplah enam orang yang si bongsu tu pun tak plan, rezeki katanya. Nasib semua anak mama dah besar. Bolehlah mama suruh buat kerja itu ini.
Aku angkat barang masuk ke rumah. Dengan hasik kekuatan aku, barang-barang yang dibeli tadi one-way je takpayah nak kena patah balik.
Malam tu, habis je makan malam aku nampak abah main bisik-bisik dengan mama.
"Kau rasa nanti kita dapat adik ke?" angah selamba kata. Angah atau Arissa muda setahun dari aku. Aku tolak kepala dia. Aku tahu abah tengah complain dekat mama pasal aku. Jadi, ada baiknya kalau aku gerak bilik dulu sebelum apa-apa berlaku."Kakak" panggil mama lembut.
Ha aku tahu dah ni pasal apa. Mama masuk bilik aku dan mengambil tempat disisi katil aku. Sebelum mama cakap apa-apa baik aku bagitahu dulu.
"Ma, mama dengan abah tak payah risau okay? Akak janji nanti akak cari kerja untuk internship akak. Lagipun, ada lecturer yang suggest satu company ni. Nanti akak tanya lecturer tu balik. Tak perlu risau tau ma" aku kata.
Mama nampaknya memahami aku. Lepas menangguk mama keluar dari bilik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hello Boys
RomansaBALQIS HUMAIRAH Seorang pelajar Degree in Information Technology. Bakal intern di Sofline Malaysia company, salah satu syarikat IT di Malaysia. Little did she know, department yang dia akan bekerja majoriti adalah pekerja lelaki. Adakah Balqis akan...