"Syafiq"
Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Hati aku cair bak glacier terkena haba cahaya matahari, berdegup selaju roller coaster menuruni rail-nya yang setinggi Burj Khalifa. Suara yang sedikit garau basah itu cukup membuat aku lemah gemalai bak puteri menari. Kalah beb Henry Cavill!
Aku mematikan lamunanku apabila si dia terus beredar dari bilik printer itu.
Hah!Sakitnya tu disini didalam hatiku. Aku terpaksa memaksa mengeluarkan senyuman terpaksa. Hm. Azri menunjukkan meja aku. Aku hanya sekadar mengangguk.
"Okay memandangkan you baru, so kerja you untuk sementara waktu ni senang sangat." katanya.
"Ini file-file yang ni you need to sort all the problem statements. Then, I need a copy for each set" tambahnya lagi sambil menepuk file yang di depan muka aku itu. To be very honest, aku bersyukur sebab file tu tak banyak sangat. Aku mengangguk faham dan Azri beredar.
Entah kenapa ingatan pahit tadi diputar semula. Aku tak sempat nak kenalkan diri sendiri kot! Syafiq syafiq. Ah! Aku kena fokus nanati boleh balik awal. Aku mengangkat sedikit kain kurungku membiarkan kaki aku terkangkang sedikit. Nasib baik meja ni tertutup.Sedang aku tekun membelek file, aku nampak seseorang berjalan kearahku daripada sudut mata. Cepat-cepat aku membetulkan kakiku.
"Hai!" aku ditegur. Aku mengalihkan pandanganku ke arahnya. Lelaki berkulit hitam manis dan sedikit kurus itu memberikan senyuman kepadaku. Jujur lelaki ini mengingatkan aku dengan pelakon Niezam Zaidi. Yang tak tahu boleh pergi google. Gayanya yang tersendiri menyerlahkan lagi sifat mat moto. Pelik makin lama makin sedap dipandang. Mungkin sebab dia kemas. Lelaki yang berpakaian kemas ni automatic akan jadi helok.
"Hi! Fikri kan?" aku tegur.
"Haah betul betul" dia senyum. Uyo makin manis ek.
"Ada apa-apa yang Fik boleh tolong?" soalnya. Aku senyum dan menggelengkan kepalaku. Kerja senang gila kot gila nak suruh dia tolong.
"Okaylah kalau ada apa-apa bagitahu je tau. Meja Fik kat belakang sana" katanya sambil menunjukkan arah mejanya.
"Baik bos! Pape Balqis tanya" aku jawab. Setelah beberapa bunyi gagak terbang, Fikri kembali ke tempatnya. Dan aku, aku bergerak ke bilik printer sebab nak photostat file ni."Alamak, mesin ni lain dengan tempat aku belajar dulu" kataku sendiri. Lepas 10 minit menggodek mesin printer bersaiz washing machine itu aku sudah faham. Lepas menekan button start aku kaku.
"Kenapa bunyi je lebih ni tapi haprak. Satu apa pun tak keluar" ngomelku sendiri. Kebetulan Azri lalu dihadapan bilik printer, aku terus memanggilnya.
"Oh ni dah habis kertas. You pergi isi yang baru" katanya sambil terkedek-kedek keluar. Busy mungkin. Tapi, ada ke patut menyuruh je, ee tolonglah sekali memang aku dah lama kerja sini. Ish.Aku intai keluar bilik mencari pertolongan.
Pap!
Aku bertentang mata dengan Syafiq.
AAAAAAAAAAASAL AKU PANDANG DIAAAA!"Kertas?" mulut aku bergerak tanpa mengeluarkan suara. Syafiq bangun dari kerusinya dan bergerak kearahku.
*Put your head on my shooooulder~*
Dup dap dup dap

ANDA SEDANG MEMBACA
Hello Boys
RomansaBALQIS HUMAIRAH Seorang pelajar Degree in Information Technology. Bakal intern di Sofline Malaysia company, salah satu syarikat IT di Malaysia. Little did she know, department yang dia akan bekerja majoriti adalah pekerja lelaki. Adakah Balqis akan...