"Bal!!"
"Aaaaa Balqis Humairah!" Ameera jerit. Perempuan ni kalau boleh biar satu jabatan ni dengar. Aku cepat-cepat tutup mulut minah kepoh tu.
"Diam gila. Kau asal tak guna microphone je bagi semua dengat nama aku" aku perli. Ameera senyum kambing. Hodoh sungguh.
"Aku ni jerit sebab kau dah jumpa tempat nak intern! Aaaaa! Kau tu pemalas sebab tu aku terlebih excited plus terkejut yang kau dapat dulu daripada akuuuu" Katanya sambil menolak aku dengan phonenya. Aku tersengih. Aku dengan Ameera berjalan ke kelas. Tapi itu bukan pengakhirannya
"kau tu bal dah lah tak habis-habis dengan volleyball. Itu ini lah volleyball. Menyam-pah" Ameera sambung.
Baiklah semua reader. Aku adalah seorang bekas player volleyball wakil UKM. Tapi dah dua bulan aku tarik diri dari volleyball sebab nak fokus final year. Tapi tapi tapi sekarang aku tolong coach pantau player-player baru. Hakikatnya, walaupun aku dah stop, aku still pergi court petang-petang.Lepas kelas, aku jumpa lecturer yang suggest tempat intern untuk aku. Puas dah aku cakap terima kasih sampai kering tekak ni ha.
"Awak bagus je Balqis. Saya suka je awak ni sebabnya awak tak pernah buat masalah. Jadi saya harap awak buat yang terbaik interna nanti. Kalau bos suka awak nanti senang boleh terus kerja sana. Lepastu, jangan lupa jasa semua yang tolong awak yang ajar awak"Ayat terakhir lecturer tu aku terbawak-bawak sampai rumah. Entahlah.
Kalau lecturer yang menyakitkan hati nak kena kenang juga ke?
Bukannya apa cuma ada lah segelintir pensyarah yang kadang-kadang mulut lancang. Kita sebagai student takkan nak melawan. Kalau balas nanti cakapnya kita kurang ajar lepastu bagitahu semua lecturer lain. Alah jenis lecturer yang bawak mulut semua orang nak dihebohnya.
Aku pernah lambat hantar assignment. Masatu tinggal aku sorang je. Dah kalau printer aku rosak lambat lah hantarnya. Bila lecturer tu tanya aku jujur lah lepastu dia tak puas hati. Aku cakap lah balik yang printer aku rosak sebabtu lambat sampai aku berkali-kali mintak maaf. Lepastu aku cakaplah kalau puan taknak terima takpelah then boleh pulak dia kata kita ni kurang ajarlah tak bersyukur lah hm.
YOU ARE READING
Hello Boys
RomanceBALQIS HUMAIRAH Seorang pelajar Degree in Information Technology. Bakal intern di Sofline Malaysia company, salah satu syarikat IT di Malaysia. Little did she know, department yang dia akan bekerja majoriti adalah pekerja lelaki. Adakah Balqis akan...