"kau tak sabar ke nak kerja esok?" Ameera yang berada dihujung telefon bertanya. Selalunya minah ni akan datang rumah kalau ada upcoming event. Alah event macam 'kau dah break ke dengan dia' 'kau tahu tak laki ni contact aku' ataupun 'weh kau ingat tak lelaki yang aku cerita haritu'. Haaa event event hangat.
Tapi malangnya Ameera dah dekat Johor sana. Gatai nak jumpa boyfriend sangat sampai intern pun dekat ngan boyfriend."Line tak clear gila. Tulah aku suruh tukar line. Takpayah guna Umobile" aku tempelak. Fed up aku kalau call sangkut-sangkut ni macam call dengan dinding.
"Eee kau saja tukar topik!!" ditengkingnya aku. Nasib baik tak pakai earphone kalau tak pecah gegendang telinga.Ya. Final year dah habis dan sebenarnya esok adalah hari pertama aku mula intern dekat satu company tu. Aku sendiri tak tahu nak rasa macam mana. Nervous? Takut? Ke malas?
Masa aku temu duga haritu ada lah sikit gelabah sebab ramai yang ada dalam bilik tu, nasib baik ada seorang akak yang interview aku tu lembut je orangnya. Lega sikit aku."Ee entahlah! Aku tak tahu nak rasa apa. Rasa nak sambung belajar balik mungkin hahahahhahaha" aku jawab berseloroh. Sebenarnya aku dipesan untuk tidur awal oleh mama dengan abah. Aku terpaksa akur. Perbualan aku dengan Ameera pun tak boleh lama sebab dua-dua kebetulan esok start intern cumanya kalau kebiasaan borak dengan minah ni jaranglah tak sampai 2-3 jam. Sembang pasal lelaki dah 2 jam lagi sejam membawang pasal budak uni. Biasalah perempuan.
Mengenangkan Ameera dah kerja jauh ni makin sunyi hidup aku. Dengan buah hati takde, bff jauh.
"AHH AKU SUNYI" aku jerit.
"SENYAPLAH BODOH!" Ikram jerit. Ikram adik lelaki aku. Dia ada kembar, Aimin. Ikram dengan Aimin ni kembar tak seiras. Nak kata Aimin ni lagi elok perangai hm entahlah dua-dua menyusahkan.
"APA CAKAP KAKAK MACAM TU" mama pulak bersuara dari dalam biliknya.
"IKRAM MA! DIA TENGAH VC NGAN MAKWE!" Aimin pulak menjawab.
"SEMUA TIDUR! KALAU TAKNAK KENA TEMBAK" abah jerit. Nah kau kan senyap semua. Aku dapat dengar bunyi mama pukul ayah. Gurau pun agak-agaklah pak.
YOU ARE READING
Hello Boys
RomanceBALQIS HUMAIRAH Seorang pelajar Degree in Information Technology. Bakal intern di Sofline Malaysia company, salah satu syarikat IT di Malaysia. Little did she know, department yang dia akan bekerja majoriti adalah pekerja lelaki. Adakah Balqis akan...