Entahlah. Aku tidak tahu apakah perasaan ini sebenarnya. Aku rasa aku dah mula sukakan dia sejak aku pertama kali bertemunya beberapa tahun yang lepas. Pertemuan pertama yang menemukan pandangan mata aku dan dia.
Tatapan mata dia berjaya menggoyahkan aku. Membuatkan aku menjadi serba tak kena. Duduk dirasakan salah. Berdiri dirasakan salah. Itu salah, ini juga salah. Jantung aku berdegup tak keruan. Rentaknya lari dari kebiasaannya.
Untung saja jantung itu tak keluar dari posisinya. Berpeluh aku masa mula-mula jumpa dia. Pertemuan biasa itulah yang membawa kepada permainan perasaan ni. Aduh mudahnya aku jatuh suka. Atau mungkin jatuh cinta?
Entah bagaimana aku boleh tertarik padanya dulu. Mungkin wajah kacaknya yang dihiasi dengan senyuman manis itu benar-benar menarik perhatian aku.
Ditambah lagi dengan lesung pipit yang comel membuat aku tertarik untuk memandang ke arahnya. Dia kelihatan paling manis wajahnya di kalangan sahabatnya ketika itu. Haih kenapalah dengan aku ni? Lesung pipit je pun.
Ramai je lelaki lain yang ada lesung pipit tapi entah kenapa dia yang seakan magnet yang menarik aku untuk memandangnya. Adakah ini dinamakan cinta pandang pertama? Argh semudah itukah aku jatuh cinta?
Aku berharap ini bukannya cinta.
Sejujurnya, aku tak bersedia untuk berikan cinta suci aku kepada yang belum benar-benar pasti. Tapi kenapa aku seolah-olah susah untuk menerima yang lain. Aku menolak lelaki lain kerana aku tahu aku masih teringatkan dia.
Walaupun dah beberapa tahun, setiap malam ku masih dihiasi dengan ingatan terhadapnya. Aku seolah-olah setia padanya. Aku setia pada cinta yang ku rasakan sebenarnya tidak pernah wujud pun antara kami.
Atau ini cuma permainan hati aku? Anganan dan harapan aku agar aku punya peluang menjadi yang bermakna dalam hidupnya. Argh serabutnya memikirkan ini.
Sincerely,
Nur Raisya Sophea Shahril Azhar*****************************************
Hai guys, Aku mungkin baru lah sebagai penulis tapi aku adalah penggemar bahan bacaan di wattpad ni. Beratus dah aku baca novel dalam wattpad ni. Biasanya aku save dulu cerita-cerita tu. Pastu aku baca bila aku ada waktu terluang. Ha time tu terbongkang lah aku baca banyak cerita sebab aku save sampai beratus tapi tak sempat nak baca.
Ni pulak buah hati pengarang jantung aku yang pertama tau. Takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada tu, mungkin kebetulan je. Do support me okay. Nanti vote and comment jugak okay. Sayang korang yang rajin baca cerita ridiculous aku ni.
Nota Kaki ini sila di skip ye hahaha
START : 15 JUNE 2020
STOP : APR 2022
CONTINUE : MARCH 2023
END : -
YOU ARE READING
The Q : Amzar Qhalif
RomanceTarikh mula : sept 2020 "Kita sebenarnya apa eh? Kawan ke ... couple?"tanya Raisya inginkan kepastian. "Tak boleh ke kalau kita berkawan sampai kahwin?"kata Amzar. "Kita sama-sama berusaha untuk halalkan hubungan ni. InsyaAllah suatu hari nanti, jod...