Malam yang dinantikan dah pon tiba. Semua dah mula bersiap dari petang lagi. Ada yang sibuk bermekap, ada yang sibuk bersiap. Ada jugak yang terjerit-jerit, taktau lah apa yang dijeritkan tu. Kelam kabut betul berlari sini sana.
Raisya dan roomatenya yang lain juga bersiap seawal jam 6 petang kerana majlis bermula pukul 9:00 malam. Mereka kena berada di tempat duduk mereka sebelum jam 8:45 untuk memastikan semua pelajar dah ada di kawasan majlis sebelum majlis bermula.
Raisya yang mula bermekap jam 6:30 terpaksa menahan wudhu dari terbatal untuk membolehkan dia solat maghrib. Begitu juga dengan roomates yang lain. Sebelum keluar, mereka memastikan pakaian mereka dalam keadaan yang paling cantik.
Raisya dan roomatenya keluar pada jam 8:30 malam. Semasa perjalanan ke dewan, mereka nampak pelbagai ragam pelajar lain. Dengan pakaian kemas dan cantik, mereka kelihatan sangat lain dari kebiasaan.
Semua pelajar kelihatan sangat cantik! Ada yang memakai dress dan gaun sesuai dengan tema Princess nya. Yang lelaki pon segak dengan pakaian mereka yang bertemakan Prince.
Ada jugak yang lebih selesa berpakaian biasa-biasa je. Tak berminat nak kelihatan cantik dan kacak atau pun tidak mengambil kisah langsung dengan tema yang agak sukar nak dilaksanakan.
Bila bertemakan Princess dan Prince Charming ni, amatlah payah nak cari baju biasa tapi elegant. Lainlah yang vogue dan menarik perhatian, ha yang tu sangat sesuai untuk tema ini.
Oleh kerana meja yang akan bakal diduduki oleh Raisya dan roomatenya adalah yang dihujung, jadi mereka perlu menapak dengan agak jauh dari mereka yang lain.
Kelihatan pelbagai ragam manusia yang masih nak membetulkan pakaian lah, mekap mereka lah. Ada juga yang sedang berbual sesama mereka. Ada juga yang senang mengambil gambar, untuk dibuat kenang-kenangan.
Raisya memberikan senyuman kepada kesemua yang bersimpangan dengannya semasa dalam perjalanan tadi. Dia ada nampak jugak Zara tadi. 'Cantiknya Zara harini'katanya dalam hati memuji Zara.
Zara yang sedang berbual dengan roomatenya memakai gaun berwarna cream putih,warna kegemarannya. Manis je gadis kenit comel ni memakai gaun yang agak besar untuk dia sebenarnya.
Zara sempat menoleh ke arahnya tadi. Dia melambaikan tangan kepada Raisya. Raisya pon membalas lambaian tu. Zara ada memanggilnya tapi Raisya menolak kerana dia perlu segera ke mejanya kerana majlis sudah hendak bermula.
Setibanya Raisya di mejanya, dia nampak roomatenya sedang mengambil gambar. Ada yang berselfie, ada juga yang berwefie. Pelbagai gaya yang dilakukan oleh mereka.
Kejap membuat tanda peace, kejap membuat mini love, kejap hanya tersenyum simpul. Haih macam-macam gaya anak muda sekarang. Ada-ada saja mereka ni.
Tak lama kemudian, dia terdengar pengumuman yang mengatakan majlis annual dinner ini akan bermula sebentar lagi. Semua pelajar bergegas dan segera duduk di tempat duduk masing-masing.
Selepas pengetua memberikan ucapan, semua pelajar dibenarkan untuk makan. Di atas meja, makanan dah disediakan sebelum majlis bermula lagi. Hendak memudahkan perjalanan majlis.
Raisya pon menikmati makanan yang disediakan. Ada nasi bariyani, kambing golek, ayam masak merah dan pelbagai side dishes yang lain. Fuh semua mengancam diet ni. Naiklah kalori semua orang lepas malam ni.
Sambil makan, terdapat juga persembahan oleh pelajar dan pensyarah sendiri. Ada yang menyanyi, bersajak dan berlakon! Ada juga yang buat drama komedi. Tak kering gusi dibuatnya semua pelajar yang berada di majlis itu.
Tiba-tiba suasana jadi semakin meriah bila ada sekumpulan pelajar lelaki yang naik ke atas pentas. Mereka sangat kacak dengan gaya mereka. Ramai pelajar perempuan yang memuji kekacakkan mereka.
YOU ARE READING
The Q : Amzar Qhalif
RomanceTarikh mula : sept 2020 "Kita sebenarnya apa eh? Kawan ke ... couple?"tanya Raisya inginkan kepastian. "Tak boleh ke kalau kita berkawan sampai kahwin?"kata Amzar. "Kita sama-sama berusaha untuk halalkan hubungan ni. InsyaAllah suatu hari nanti, jod...