Bab 7 - Gosip

14 0 0
                                        

Hari-hari seterusnya dihiasi dengan kesibukan keduanya dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan akhir sem 2 yang bakal menjelang tak lama lagi.

Seperti biasa, yang menjadi jambatan hubungan mereka adalah WhatsApp, Instagram dan Twitter kerana itu adalah keselesaan mereka. Mungkin sebab dua-dua masih segan dengan satu sama lain agaknya.

Mereka ingin mengurangkan pertemuan kerana ingin merasai manisnya perasaan rindu bila lama dah tak menatap satu sama lain. Sabar je okay. Huhu

Lagipun mereka kena biasakan diri dengan situasi ini sebab lepas tamat belajar nanti sudah susah nak bertemu dengan satu sama lain. Jadi kenalah belajar dari sekarang kan.

Pagi esoknya, semua rakan sekelasnya hanya berbual sesama sendiri. Ada yang bercerita tentang masalah, ada yang bercerita tentang shopping semasa outing semalam. Raisya tersenyum je memandang kerenah rakan sekelasnya itu.

Raisya pula sedang mengulang kaji pelajaran sementara menunggu pensyarah masuk. Rakan sekelasnya mengambil kesempatan untuk menanyakan soalan yang agak mengejutkan kepada Raisya.

"Sya, semalam kau outing kan. Aku nampak kau dengan Zara"kata Shasha memulakan cerita. Mukadimah sebelum bertanyakan soalan sebenar yang ingin ditanya.

"Haah, aku berdua dengan Zara. Nak beli barang sikit. Barang peribadi, barang makan apa semua dah nak habis. So sebelum habis tu kenalah beli kan"ulas Raisya tanpa mengesyaki apa-apa.

"Yeke berdua je? Pastu betul ke cuma beli barang je?"soal Shasha, meragui kata-kata Raisya. Raisya mengerutkan dahinya. 'Eh betul lah apa yang tak betulnya? Eh jap... Jangan cakap dia nampak kiteorang dengan Amzar semalam. Argh sudah'bisik hati Raisya.

Dia memandang Zara di sebelah. Zara pon berkerut, mungkin juga terfikir perkara yang sama. "Betul lah. Aku be...beli barang je"kata Raisya gugup. Takut wei kalau kantoi. Mati lah nak.

"Yeke berdua? Tapi aku nampak korang ngan 2 orang budak laki. Baru keluar dari panggung wayang. Dating eh?"soal Shasha yang duduk di depannya. Shasha sempat menjongketkan keningnya.

Entah kenapa ramai pulak yang memandangnya tiba-tiba. Tertarik dengan gosip tersebut mungkin. Zara pon dah pandang Raisya sambil memikirkan jawapan selamat.

"Kau ni sibuk jelah"balas Zara. "Aku tak tanya kau lah. Aku tanya Raisya"balas Shasha. Haih sebab dia tau Raisya ni lembut hati, kalau dia tanya Zara memang dah kena maki agaknya dengan si Zara ni.

"Mana ada. Kiteorang tengok wayang je"kata Raisya menafikan dakwaan berkenaan. "Jadi betul lah kau keluar ngan laki kan outing semalam? Sape dorang? Pakwe korang eh?"kata Anis, yang duduk di sebelah Shasha tadi.

"Taklah, kiteorang kawan je"balas Raisya akhirnya. Dia malas nak bertengkar sebenarnya. "So betul lah kau keluar dengan laki? Owh dah pandai eh sekarang?"kata rakan sekelasnya.

Tapi entah kenapa Raisya terasa diperli pula. Ni yang malas ni kalau dah kantoi. Kalau tak kena usik, mesti kena perli. Dia sembunyikan perasaannya dengan senyuman manisnya.

"Huh, dulu nasihat orang. Beriya cakap tak baik couple lah apa lah. Diri sendiri pon buat. Itulah lain kali ukur baju di badan sendiri. Takyahlah sibuk tepi kain orang pulak"kata Farisya.

Farisya ni masih berdendam dengan kes beberapa minggu lepas. Kejadian di mana Raisya menegurnya ketika dia sibuk berdating dengan teman lelakinya. Raisya terkulat-kulat taktau nak menjawab apa.

Pasal kes tu pulak, dah kalau duduk di tempat sunyi, gelap dan Raisya nampak yang mereka berpelukkan. Takkan nak dibiarkan. Wajiblah ditegur. Kalau jadi pape nanti, jangan nak salahkan orang pulak.

"Kalau kau masih berdendam pasal kes tu, itu memang salah kau pon. Dah kalau duduk tempat camtu, memang lah orang syak bukan-bukan"balas Zara,membela Raisya. Geram jugak dia dengan Raisya yang diam je dari tadi.

The Q : Amzar QhalifWhere stories live. Discover now