Bab 8 - Surprise

22 0 0
                                    

Selepas dinasihatkan oleh Faridz, Amzar bercadang nak memujuk Raisya. Yelah, dah dia tuduh macam-macam tadi kan. Ni pon dah seminggu tak contact langsung. Lagipun dia bukan berhak nak beria cemburu pon.

Raisya bukan sesiapa dengan dia. Mereka kan berjanji nak berkawan sampai kawin. Tak ada hubungan rasmi pon. Tunang bukan, suami isteri apatah lagi. Jadi dia tak seharusnya membiarkan cemburunya berlebihan.

Ye, dia memang sayangkan Raisya tapi dia perlu sedar diri. Dia yang inginkan hubungan begini. Jadi dia kenalah melaluinya. Ni pun buntu dah otaknya mahu memikirkan idea nak memujuk Raisya.

Dia ada juga selidik tentang kondisi Raisya melalui Zara. Dia kenal Zara je sebagai kawan Raisya. Menurut Zara, roomate Raisya kata, Raisya sekarang benar-benar sibuk. Taktau lah benar-benar sibuk ataupun hanya berpura-pura sibuk.

Itu yang makin membuatkan Amzar serba salah. 'Kenapalah aku tuduh dia macam-macam? Kenapalah aku tak siasat dulu? Kalau pikir logik, dia berjalan berdua je. Bukan buat benda tak senonoh' bisik hati Amzar, menyesali perbuatannya.

Amzar meraup kasar mukanya kerana masih kekeringan idea untuk memujuk Raisya ni. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Raisya pernah cakap yang dia sangat sukakan coklat.

Otaknya ligat memikirkan idea untuk memujuk Raisya menggunakan coklat. Dia nak buat surprise. Surprise yang maybe cliche tetapi bermakna. Agak-agak menjadi tak ye. Dia mula merangka rancangan surprise nya itu.

*****************************************

Raisya sebenarnya hanya berpura-pura menyibukkan dirinya. Bila tiada urusan berkaitan program ataupun bila tiada homework yang diberi oleh pensyarah, dia akan mengulang kaji pelajaran.

Seminggu tanpa berhubung dengan Amzar benar-benar membuatkan hidupnya serba tak kena. Terasa hidupnya sunyi tanpa kehadiran Amzar seperti selalunya. Raisya mengeluh berat.

Jujur, dia masih marahkan Amzar yang menuduhnya begitu. Tidakkah Amzar terfikir perkara itu akan menyakitkan hati dia? Dia seakan tak percaya Amzar akan menuduhnya begitu.

Sedangkan dia beri kepercayaan kepada Amzar sepenuhnya. Tapi apakan daya, perkara ini sudah berlaku. Segalanya sudah terlambat. Biarlah Allah tentukan apa yang aka terjadi kepada hubungan ni nanti.

Dia kembali menumpukan perhatian kepada apa yang dia sedang ulang kaji saat ini. Walaupun hakikatnya, tidak ada satu pon berjaya masuk ke otaknya. Dia serabut dengan masalah lain sebenarnya.

*****************************************

Petang tu, ketika Raisya sedang mengemas bajunya, dia mendapat satu panggilan. Dia sempat berkerut‌ kerana nombor berknaan bukan nombor yang berada dia kenalannya. Dia segera menjawab.

"Hello, Assalamualaikum"kata Raisya memulakan bicara. Raisya menarik kerusi lalu duduk di atasnya. Dia mahu menumpukan perhatian kepada panggilan telefon berkenaan.

"Waalaikumussalam. Saya bercakap dengan cik Raisya Sophea ke?"kata seorang lelaki di sebelah sana. "Ye saya bercakap"jawab Raisya tanpa ragu, walaupun dah pelik je dengan panggilan aneh ni.

"Kami ada sesuatu untuk awak. Kami akan melakukan penghantaran dalam jam 5 petang ini. Oleh kerana di kolej yang diduduki oleh cik ini tak membenarkan kami masuk, jadi boleh cik keluar sebentar? Ke pintu pagar depan"terang lelaki berkenaan.

Dia mengerling jam tangan di atas meja. 4:52. "Boleh saya tahu penghantaran apa ye? Sebab seingat saya, saya takde order barang yang memerlukan penghantaran"jelas Raisya pula. Dia cuba mengingat, mana tau ada yang dia lupa ke.

"Penghantaran memang bukan dibuat oleh cik tapi atas nama cik. Jadi cik yang akan menerima barang ini. Jangan risau, barang ni tak membahayakan ataupun mencurigakan"balas lelaki berkenaan.

The Q : Amzar QhalifWhere stories live. Discover now