Bab 9 - Janji

3 0 0
                                        

"Tipu kalau saya cakap saya dah tak marahkan awak langsung. Tapi saya jugak tahu, semua orang buat salah. Semua orang layak dapat peluang kedua"balas Raisya.

"Takpelah kita lupakan je semua ni. Anggap ni pengajaran untuk kita berdua. Lepas ni, harap awak tak ulang lagi benda ni. Kalau awak buat lagi, mungkin peluang tu dah tak ada dah"sambung Raisya lagi.

Amzar terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Raisya itu. Dia cuba memandang ke mata Raisya tapi Raisya asyik melarikan matanya. Dia tak mahu menatap mata Amzar. Dia takut dia menjadi goyah. Sudahlah mereka hanya berdua di sini. Walaupun di kawasan yang dilalui ramai orang dan tidak mencurigakan, dia masih perlu mengambil langkah keselamatan.

"Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. InsyaAllah saya berusaha untuk tidak lakukan lagi. So sebelum segalanya berlaku, saya nak mintak maaf dulu kalau saya ada salah sebelum dan mungkin selepas ni"kata Amzar.

"Saya nak awak tahu yang saya benar-benar tak sengaja nak buat awak marah. Mungkin saya terlalu mengikut perasaan sebenarnya. Maafkan saya ye Raisya"sambung Amzar lagi.

"Sokay lah. Cuma hopefully awak tak ulang lagi silap awak yang ni. Boleh?"ujar Raisya pula. Dia sebenarnya malas nak memanjangkan cerita lagi. Biarlah yang dah berlaku itu. Cuma kalau dah buat silap tu, janganlah ulang lagi silap yang sama.

"Terima kasih Raisya. Awak baik sangat. Saya pulak rasa berdosa je dengan awak sebab buat camtu haritu. Tapi awak boleh naik angin jugak eh. Awak tengking saya balik hari tu"kata Amzar sambil tergelak kecil.

Raisya juga turut tergelak. Teringat saat dia menengking Amzar haritu. Dia pon tak sangka yang dia akan menengking begitu. Biasanya dia sabar je. Mungkin sebab dah terlalu marah dan geram agaknya. Itu yang meletus tu.

"Hahaha saya pon tak sangka saya boleh berasap sampai camtu sekali. Selalu elok je saya coolkan balik diri saya sebelum nak marah. Mungkin sebab geram sangat dengan awak kot time tu. Dahlah penat, dapat call, kena marah pulak hish"kata Raisya.

"Ala sorry lah sebab tengking awak haritu. Saya tak sengaja. Saya marah sangat time tu. Faridz cakap saya sebenarnya cemburu tapi entahlah. Kita bukan ada apa pon saya nak cemburu beria camtu"kata Amzar sambil matanya cuba memandang mata Raisya.

Raisya juga menoleh, mencari mata Amzar. Mata mereka bertembung. Kedua jantung mereka benar berdegup kencang saat ini. Berdebar yang dirasakan ketika ini bukan biasa. Ini sangat luar biasa.

Beberapa saat kemudian, Raisya melarikan matanya ke arah tasik. Sudah tidak mampu menahan gelojak hati dan debaran di dadanya. Situasi menjadi kekok sebentar.

"Awak cemburu ke?"tanya Raisya selepas beberapa ketika mendiamkan diri. Dia tak menoleh ke arah Amzar di sebelahnya. Dia malu sebenarnya sebab bertanya soalan sebegitu.

"Mungkin.."kata Amzar, perlahan. Teragak-agak. Dia gusar sebenarnya. Yelah mereka bukannya ada ikatan nak memberikan dia hak untuk cemburu.

Mereka cuma sama-sama berjanji untuk jaga hubungan persahabatan ni sampai ke tahap seterusnya, itu pun kalau mereka berjodoh. Kalau tidak, mereka akan kekal bersahabat.

Raisya yang mendengar jawapan itu keluar dari mulut Amzar, mengeluh. Agak kecewa dengan jawapan dari Amzar tu. Mungkin dia yang terlalu berharap dengan hubungan ini.

Sedangkan Amzar dirasakan hanya menganggapnya seorang sahabat sahaja. Dia mengeluh lagi. Tulah sibuk lagi berangan sampai kawin dengan Amzar ni sape suruh.

Dari awal lagi Amzar dah jelaskan yang mereka hanya bersahabat. Lagipun mereka muda lagi, baru 19 tahun. Masih panjang lagi kehidupan mereka. Jadi taknaklah bazirkan masa muda ni dengan perkara sia-sia.

The Q : Amzar QhalifWhere stories live. Discover now