you better not putting so much high hopes so you'll never get hurt
******
Tangan dipukul perlahan tidak menyarankan makan menggunakan tangan.
"Riana. Macam mana aku nak makan kalau kau halang aku." lalu tangan mengambil mangkuk itu lagi. Sekali lagi tangannya ditampar oleh Riana yang memandang Monica dengan mata helang.
"Tak boleh! Nanti tangan kau makin teruk kalau kau banyak gerak!"
Monica memutar bebola mata. "Bukannya teruk sangat pun." nak tak nak terpaksa juga Monica membuka mulutnya.
"Aku curious dengan kau ni. Apasal badan kau cepat sembuh eh? Semalam luka kau masih basah dan sekarang luka kau dah kering macam tinggal parut jek. Dan lagi satu-"
Tangan pantas mengambil sudu lalu disumbatkan oatmeal dalam mulut Riana.
"Membebel je kerja." wajah Riana sudah bertukar masam.
Walaupun baru dua hari Monica berada di rumah Riana. Riana sudah menganggap Monica sebagai kakaknya.
"Mana abang kau?"
"Tengah tidur kat atas. Penat sangat dia tu sebab terpaksa ganti orang jaga sempadan semalam."
"Sempadan?" dahinya mulai berkerut.
"Ya. Sempadan."
"Kenapa kena jaga sempadan?"
"Takut penceroboh masuk buat onar." ujar Riana tanpa memandang Monica. Dia sibuk menghabiskan oatmeal itu memandangkan Monica tidak mahu makan lagi.
Kata orang tak bagus bazir makanan. Konon!
"Pernah ke terjadi sebelum ni?"
Licin je mangkuk tu dimakan oleh Riana. Riana meletakkan mangkuk di tepi lalu memandang tepat pada mata Monica.
"Kau nak tau ke?"
"Kalau kau tak keberatan nak ceritakan kat aku lah."
Riana mengeluh perlahan. "30 tahun yang lalu tepat pada bulan merah mengembang terjadi pembunuhan besar-besaran di sempadan yang sekarang ni kami jaga. Pada hari itu, puak kami banyak yang terkorban."
"Kenapa boleh jadi macam tu?"
"Ini semua disebabkan perjanjian tu. Kerana perjanjian itu lah menyebabkan ramai yang terkorban. Kerana perjanjian itu lah kami yang tinggal di kawasan ini tak akan aman selagi salah satu korban terpaksa dikorbankan."
"Kenapa perlu ada korban?"
"Hapuskan perjanjian tu."
"Jadi kalau korban sudah dikorban, maksudnya automatik perjanjian itu terhapus? Kenapa lama sangat nak hapuskan perjanjian tu? Nak tunggu semua orang yang tinggal di kawasan ni mati dulu baru perjanjian tu terhapus? Macam tu?" Riana tertawa lucu dengan soalan Monica yang panjang lebar itu.
Dia pulak yang emosi lebih.
"Bukan puak kami lah Monica. Orang yang perlu dikorbankan sepatutnya-"
"Riana! Ohhhh Rianaaaa! Mana kau pendek!!"
Terpekik pekik suara Gray memanggil Riana.
"Kau tunggu sini diam-diam. Nanti aku bawakan kau air." lalu mengambil mangkuk kosong itu dan keluar dari bilik.
Monica membaringkan tubuhnya sebaik sahaja Riana menutup pintu bilik.
"Abang Gray ni takde benda nak buat ke!? Asyik-asyik muka abang Gray jek yang Riana kena hadap tiap-tiap hari! Muak lah!" tangan cepat sahaja mencuci mangkuk itu.
YOU ARE READING
The Bloody Deal
WerewolfMonica Bellamy Mengisahkan seorang gadis rambut merah gelap telah mewarisi sebuah rumah agam. Rumah agam yang pernah dimiliki oleh datuknya. Sejak kematian ibu bapanya, Monica dan adiknya terpaksa tinggal bersama Puan Belinda dan anak-anaknya. Sete...