You can copy me
But you never be me.×××××××
"Enric! Dah kemas baju kamu ke belum!? Mama tarik telinga kamu sekejap lagi kalau mama nampak baju kamu masih bertempiaran dalam bilik!!" terjerit-jerit seorang wanita yang sibuk memasak di dapur.
Dia wanita cantik dengan kulit yang putih mulus. Rambutnya yang berwarna biru cair mencantikkan lagi wajahnya. Sesekali dia mengelap peluhnya yang hampir menitik.
"Dah ma!" dia memutarkan bebola matanya. Walaupun rumah mereka mempunyai 2 tingkat tetapi suara teriakan ibunya seakan-akan dekat dengan biliknya yang berada di tingkat tiga. Telan speaker ke apa!?
Seorang jejaka kacak merapikan rambutnya yang berwarna biru gelap. Dia meneliti baju putihnya yang tanpa lengan menampakkan otot pada kedua-dua lengannya dengan jelas. Perfume diambil lalu disembur pada leher. Mata ditutup ingin menghirup bauan perfume nya. Dahi berkerut seribu apabila bau perfume dipakainya lain daripada yang lain. Pantas mata dibuka lalu dihentak perfume itu kuat.
"KURANG AJAR KAU MELISA!!"
Di dalam bilik, seorang gadis sedang menahan ketawa dari meletus. Dia telah menukarkan perfume berbau vanila dengan strawberi. Enric terlalu gila dengan perfume berbau vanila sehingga dia tidak sedar bahawa perfume digunanya sekarang adalah berbau strawberi.
Gadis berwajah cantik dan polos mengeluarkan perfume milik Enric. Memiliki rambut warna merah cair ditocang dua. Dia tersenyum manis ketika menilik baju dihadapan cermin. Dua beg besar dipandangnya sebelum dia mengeluh perlahan.
"Haih. Aku ke yang kena angkat turun bawah ni?" bibir merah bak delima dimungilkan.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu memecahkan lamunannya.
"Cik Melisa? Saya nak angkat beg Cik." seorang lelaki yang sudah berusia tetapi masih kuat membuat kerja berdiri di hadapan pintu Melisa.
Melisa mulai tersenyum lebar apabila Uncle Yudo datang ingin membantunya. Segera pintu dibuka dengan senyuman penuh makna.
"Uncle nak angkat beg Cik Melisa."
Melisa segera membuka pintu biliknya dengan luas membolehkan Uncle Yudo masuk. Mata Uncle Yudo melirik pada dua beg besar di atas katil itu.
Uncle Yudo tertawa kecil. "Tak sangka beg kamu lebih besar daripada adik beradik kamu yang lain."
"Uncle pun tahu kan saya macam mana orangnya?" lalu Melisa mengerdipkan mata sambil tersenyum lebar. Seketika itu, mereka berdua tertawa bersama.
Pelbagai jenis makanan dibungkus dengan kemas. Rambut birunya diikat tinggi. Terlalu rimas apabila membuat kerja ketika rambut dilepaskan. Kemudian dia menepuk tangannya setelah menyiapkan semua kerjanya. Sekarang tiba masanya untuk panggil semua anak-anak!
Belum sempat dia ingin menjerit memanggil semua anaknya, Erddie anak sulungnya segera memotong.
"Mom. Please don't do that!" intonasinya keras memberi amaran kepada ibunya.
Puan Belinda tersenyum lucu memandang Erddie. "Okay fine! Panggil semua adik kamu tu sebelum mama yang panggil." Puan Belinda sudah tersenyum makna.
Erddie memutarkan bebola matanya. Dia seorang jejaka yang kacak mempunyai warna rambut hitam berkilat. Kaki laju menjauhi ibunya lalu memanggil maidnya, Ibu Rita.
"Ibu Rita!" Ibu Rita segera menghampiri Erddie dengan cepat.
"Ya tuan muda. Ada apa boleh saya bantu?"
YOU ARE READING
The Bloody Deal
WerewolfMonica Bellamy Mengisahkan seorang gadis rambut merah gelap telah mewarisi sebuah rumah agam. Rumah agam yang pernah dimiliki oleh datuknya. Sejak kematian ibu bapanya, Monica dan adiknya terpaksa tinggal bersama Puan Belinda dan anak-anaknya. Sete...