To be beautiful means to be yourself
You don’t need to be accepted by others
You need to accept yourself*****
Pada keesokan malamnya, Monica sekali lagi keluar rumah ingin berada di bawah pohon itu semula.
Entah kenapa tempat itu dapat membuatkan dia merasa lebih tenang. Angin malam yang perlahan menyentuh kulit putihnya membuatkan ingin tertidur.
"Kau memang suka duduk sini ke?"
Monica membuka mata birunya memandang Ryan. Ryan sudah selamat duduk di sebelah Monica.
"Kau tak pergi bertugas lagi ke malam ni?"
"Tak. Gray yang gantikan tempat aku."
"Kenapa?"
Ryan tertawa kecil. "Dia nak ngorat awek lah tu."
Lalu mereka berdua membisu. Hanya duduk diam di bawah pohon.
Monica memandang langit gelap. "Apa jadi kalau tak jaga sempadan."
"Orang luar akan masuk dalam kawasan kami."
"Pernah ke?"
"Baru-baru ini, dua orang lelaki masuk dalam kampung kami dan bakar 3 buah rumah. Riuh sekampung nak padamkan api tu. Nasib baik dapat dipadamkan."
"Apa jadi dengan dua orang lelaki tu."
"Selepas kami dengar ada penceroboh masuk buat onar. Kami langsung berpecah nak tangkap mereka."
"Apa jadi dengan mereka?"
"Dikenakan hukuman."
Entah kenapa angin pada malam ini secara mendadak menjadi sejuk. Monica semakin membulatkan diri ingin mengekalkan suhu badannya.
Monica melirik memandang Ryan yang ketika itu memandang langit. Monica meneliti setiap bahagian tubuhnya. Ryan hanya mengenakan pakaian nipis dan seluar pendek seolah-olah tidak terkesan dengan kesejukan.
"Kenapa?"
Mata ungu nya bertembung dengan mata biru milik Monica.
"Kenapa apa?"
Ryan tertawa lucu. "Kenapa kau pandang aku macam tu?"
"Aku cuma hairan."
"Kenapa pulak nak hairan?"
"Kau tak rasa sejuk ke?"
"Kenapa? Kau nak minta aku peluk kau ke?"
"Aku serius."
Ryan mengetap bibir menahan ketawa.
Monica menjeling Ryan tajam. "Lucu ke."
"Tak! Cuma muka kau nampak comel bila serius."
"Tch! Kau tak rasa sejuk ke?"
"Tak." ujar Ryan selamba.
Monica dengan perlahan menyentuh kulit lengan tangannya.
Mata Monica membulat. "Kau demam?"
"Hah?"
Monica segara menyentuh dahi Ryan. Sangkaannya betul apabila dahinya juga terasa panas.
"Monica, aku okaylah." ujar Ryan lembut lalu menurunkan tangan Monica.
"Kau demam ni! Panas sangat lah!"
"Aku rasa kau yang tak okay. Tangan kau sejuk macam ais batu."
"Itu sebab aku kesejukan!"
"Dah tau sejuk, kenapa tak masuk."
YOU ARE READING
The Bloody Deal
WerewolfMonica Bellamy Mengisahkan seorang gadis rambut merah gelap telah mewarisi sebuah rumah agam. Rumah agam yang pernah dimiliki oleh datuknya. Sejak kematian ibu bapanya, Monica dan adiknya terpaksa tinggal bersama Puan Belinda dan anak-anaknya. Sete...