Him

15 1 0
                                    

My eyes met many eyes,
but only got lost in yours.

******

Tangan menghalang cahaya yang menerobos masuk dalam bilik. Mata perlahan dibuka membiasakan cahaya masuk ke dalam retina. Dia menutup mata semula apabila terasa perit pada bahagian bahu kanannya apabila digerakkan.

"Apa yang dah berlaku?" ujar Monica perlahan. Dia mengerang kesakitan lalu bahu dipegang perlahan.

Terasa bahunya dibalut dengan kemas . Dia terbeliak luas kerana terlalu terkejut. Dirinya bingung dengan keberadaannya sekarang. Topi hitam di atas meja sebelah katil diambil lalu dipakainya.

"Kau dah sedar?"

Suara lembut kedengaran menegur dirinya. Seorang gadis berambut coklat keperangan dengan matanya yang bundar berwarna ungu.

Monica baru sahaja nak buka mulut tetapi gadis itu sudah menyentuh bibirnya menyuruh Monica diam. Kemudian gadis itu meliar memandang sekeliling.

Mulut didekatkan pada telinga Monica. "Jangan takut. Kau selamat di sini." lalu menghadiahkan senyuman manis.

"Maaflah. Sebenarnya aku fikir kau lelaki disebabkan topi tu buatkan kau nampak macam lelaki." Riana tergaru garu pipinya.

"Kau bawa aku balik sini?"

"Tak. Bukan aku tapi abang aku."

Berkerut seribu Monica memandang gadis itu. Melihat wajah Monica yang tidak memahami dengan apa yang dikatakan terus wajahnya berubah menjadi serius.

"Betul lah!" lalu selamba dia menampar lengannya. Terasa perit pada lengannya.

"Sorry. Abang aku bawa kau balik and then dia terus lari tinggalkan kau seorang dengan aku."

"Btw.. Nama kau siapa." gadis itu menyenget kan kepala memandang Monica. Terasa comel pun ada.

"Monica Bellamy."

"Aku Riana Evalia!" jawab Riana dengan teruja sambil tersenyum lebar memandang Monica.

"Aku dah balik." suara kasar kedengaran di gegendang telinganya. Riana segera berlari keluar dari bilik itu. Setelah kelibat Riana hilang, dia merebahkan tubuhnya di atas katil yang empuk itu. Mata birunya ditutup dengan perlahan.

Rumah pokok yang dibina oleh datuknya masih lagi kukuh dan cantik walaupun warnanya semakin pudar dan akar pokok mula mengelilingi rumah pokok itu. Terdapat sebuah tasik dihadapan rumah pokok itu. Sungguh jernih air tasik itu sehingga ikan-ikan yang sedang berenang dapat dilihat dengan jelas.

Monica berdiri di hadapan rumah pokok itu. "Banyak yang berubah." seraya kaki memijak tangga menuju ke atas.

Matahari mulai terbenam tanpa dia sedari bahawa hari semakin gelap. Minyak tanah diambil lalu diletakkan ke dalam lampu pelita. Batang mancis digores sehingga menghasilkan api lalu menyalakan lampu pelita. Lampu pelita digantung pada disekitar rumah menerangi setiap pelusuk rumah dan juga bahagian atas.

Kaki melangkah perlahan menuju ke tasik. Kaki direndam dalam air merasai air tasik yang sejuk mencengkam tulangnya. Ikan di dalam tasik berenang di sekitar kaki putihnya. Inilah tempat kesukaannya. Hutan yang penuh dengan misteri dan unik. Kunang kunang yang berkelipan cahaya biru, kuning dan hijau. Hanya kunang-kunang biru yang jarang dan sukur ditemui. Hanya sekali dia pernah melihat kunang-kunang biru. Air tasik bercahaya apabila airnya dikocak . Pokok-pokok seakan-akan bergerak bila malam hari menjelang. Terlalu banyak yang ingin dia terokai.

Krak!

Lamunan terhenti serta merta. Lampu pelita diambil lalu menyuluh hutan tebal itu. Mata meliar tajam memerhati sekeliling.

The Bloody DealTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang