You look like an Angel
talk like Devil.××××××
Monica terbatuk-batuk dengan kuat. Sapu tangan diambil lalu dibasahkan sedikit dan ditekup pada mulutnya. Asap hitam kereta yang memotong kereta mereka membuatkan dia sesak nafas.
"Cik Monica ok?" tegur pemandunya.
"Ok."
Telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk. Ia merupakan assitant datuknya.
"Monica bercakap." kemudian dia terbatuk semula.
"Tak saya tak apa-apa. Apa perkembangan rumah datuk saya?"
Tangan Monica lincah membuka balutan coklat bar pemberian Enric hanya menggunakan satu tangan.
"Kami akan sampai dalam...." Monica memandang jam tangannya. Kemudian dia memandang pemandunya.
"Berapa lama lagi untuk kita sampai di sana?" soal Monica.
"Lagi satu setengah jam Cik Monica." jawab pemandunya tanpa memandang Monica. Mata fokus pada pemanduannya.
"Lebih kurang satu setengah jam." lalu digigit coklat barnya dengan gigitan besar.
"Ya. Ya. Saya faham. Tak payah tunggu kami sampai." ujarnya dingin. Mulut masih mengunyah coklatnya.
"Saya akan maklumkan nanti kalau kami dah sampai." seraya panggilan itu dimatikan. Dia mengeluh perlahan dengan mata tertutup. Tangan memeluk tubuhnya.
"Kamu bercakap dengan siapa Monica." tegur Puan Belinda.
"Dengan assitant datuk." Monica masih kekal dengan posisinya.
"Tentang apa?"
"Kenapa Belinda tak bagitau Monica yang rumah agam datuk diubah suai?" ujar Monica dingin.
Puan Belinda sudah tidak keruan. "Mama cuma perbaiki apa yang sudah lama rosak."
"Lain kali bagitau saya awal-awal. Walaupun Belinda cuma ubah sedikit tapi perlu juga maklumkan dengan saya. Saya tak nak saya orang terakhir yang tahu."
Cukup benci dirinya tidak dimaklumkan terlebih awal. Nasib sahaja dia dapat mengawal kemarahannya. Perkara kecil jangan dibesar-besarkan. Itulah nasihat ibunya.
"Mama minta maaf."
Monica hanya diam membisu seraya menutup matanya. Bukan tidur cuma tenangkan fikiran.
*****
Kaki berlari dengan pantas meredah hutan. Burung-burung yang hinggap di atas pokok terbang melarikan diri. Hutan yang dilaluinya sangat menyeramkan. Tetapi di sebalik hutan yang menyeramkan itu terdapat sebuah kampung yang indah dan sesak dengan orang-orang yang sedang melakukan rutin harian.
"Gray! Apasal kamu lari-lari ni! Nanti jatuh baru tahu!" seorang nenek menegur dirinya yang berlari seperti dikejar hantu. Dia hanya tersengih memandang nenek itu.
Dia meneruskan lariannya sehingga tiba sebuah rumah yang sederhana besarnya. Tanpa mengetuk pintu, dia terus membuka pintu rumah itu.
Seorang gadis yang secara kebetulan berada dekat dengan pintu terkejut dengan kehadiran Gray
"Abang Gray!! Ketuk lah pintu tu dulu!" pipi dikembungkan memandang Gray tidak puas hati.
YOU ARE READING
The Bloody Deal
WerewolfMonica Bellamy Mengisahkan seorang gadis rambut merah gelap telah mewarisi sebuah rumah agam. Rumah agam yang pernah dimiliki oleh datuknya. Sejak kematian ibu bapanya, Monica dan adiknya terpaksa tinggal bersama Puan Belinda dan anak-anaknya. Sete...