Aileen memandang kubur ibunya. Puan Mariam selamat dikebumikan pada jam 5 tadi tetapi Aileen masih berada di tanah perkuburan itu. Darren sudah mengajak Aileen balik tapi Aileen tidak mahu.
Dia menyeka air matanya. Sekarang ni dia sudah tiada siapa-siapa. Dia sudah kehilangan orang yang dia paling sayang.
"Jom balik.. dah lewat nih" kata Darren
Aileen angguk kepala. Hari semakin gelap tidak elok berlama-lama di tanah perkuburan pada waktu senja. Sebelum dia balik ke KL dia mahu singgah ke rumah sewanya yang didiaminya dan ibunya.
"Tak ada orang ke kau nak singgah sana??? Mana tahu kot-kot dah ada orang tinggal dkt rumah tu ke"
Ada betul jugak kata Darren tuh, Aileen diam seketika.
"Saya nak jumpa pakcik yang tolong saya dgn ibu saya selama saya tinggal dkt kampung ni" kata Aileen sambil masuk dlm kereta
Darren hanya ikutkan sahaja kata-kata Aileen, kena lah dengar kan bakal bini tu kan ehek. Darren pandu kereta pergi ke rumah yang Aileen cakapkan itu.
"Mana satu rumah dia???" Soal Darren, kat kawasan ada banyak rumah jadi dia tidak tahu yang mana satu.
"Tu.. rumah yang warna kuning tuh tapi ramai orang lah rumah dia tuh" Aileen takut terserempak dgn makcik Aini tuan rumah yang ibunya sewa dulu.
Darren parking kereta di depan rumah tersebut. Orang-orang yang berada di situ terus memandang, siapa je tak pandang kalau naik kereta Audi. Tak lupa juga si Dani dgn Edward, diorang pun ada jugak tapi naik kereta lain-lain.
"Dah jom.. kau cakap nak jumpa pakcik tu kan"
Aileen mengangguk, dia keluar dari kereta. Mesti orang-orang kampung akan mengata pasal dia nanti. Dia dah faham sangat dgn perangai orang kampung dkt sini.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.. lah kamu rupanya Aileen.. meh masuk" ajak makcik Leha iaitu isteri kepada pakcik Wahab
Aileen senyum "pakcik Wahab ada tak makcik?? Aileen nak jumpa pakcik" kata Aileen
"Ada je.. kejap makcik pergi panggil kan ye.. kamu duduk lah dulu ye" makcik Leha berlalu pergi
Aileen duduk di kerusi sambil memandang orang kampung. Ada yang menjeling dan ada yang berbisik-bisik.
"Tak payah layan diorang.. kalau kau layan buat sakit hati je.. orang tak cukup kasih sayang macam tu lah.. mengumpat sama mengumpat sini" Darren sengaja berkata begitu biar diorang semua dengar. Puas hati dia!!
Aileen senyum bila ternampak pakcik Wahab. Dia mahu mengucapkan terima kasih sebab menolongnya selama ini.
"Kamu dari mana ni Aileen???" Soal pakcik Wahab, dia duduk di depan Aileen.
"Dari tanah perkuburan pakcik" Aileen tersenyum kelat
"Kenapa??? Siapa yang meninggal?? Ke kamu pergi melawat kubur arwah ayah kamu??"
"Ibu saya pakcik.. ibu saya baru meninggal kelmarin dulu" Aileen menundukkan kepala
"Sekarang ni kamu tinggal dgn siapa???" Kesian dia melihat Aileen, lepas satu-satu yang terjadi pada budak tu
"Saya tinggal dgn Darren"
"Darren mana pulak??? Pakwe kamu ke apa ni?? Ke suami kamu??"
"Boss saya pakcik.."
Darren berdecit, ingatkan nak cakap bakal suami ke apa. Tak apa ii malam nanti aku tunggu jawapan kau. Aku bagi masa sehari je.
"Lah.. ingatkan suami kamu ke atau bakal suami kamu ke"
Aileen tersenyum tawar.
"Makan lah dulu sebelum balik KL.. pakcik dgn makcik buat makan-makan sikit nih"
Aileen memandang Darren.. mana tahu kot-kot Darren tak biasa makan makanan kampung ke. Kan sakit nanti dia jugak yang kena.
"Kamu ni nama siapa ye??" Soal pakcik Wahab pada Darren
"Darren Zavier boleh panggil Darren je"
"Meh Aileen Darren makan ye.. makan kenyang-kenyang.. kat bandar tak ada lauk macam ni.." kata pakcik Wahab lagi
Darren memandang lauk di atas meja. Dia tidak pernah makan makanan kampung sebelum ni. Inilah pertama kalinya dia makan.
"Awak makan tak???"
"Hah?? Aku makan je.. first time aku makan makanan kampung" kata Darren perlahan takut terdengar dgn tuan rumah mampus dia.
Aileen senyum sahaja. Dia ambik lauk lalu letak dalam pinggannya dgn dalam pinggan Darren.
Aileen perasan perempuan yang berada disitu semua memandang Darren. Geram pulak dia, macam tak pernah tengok lelaki pun ada. Aku cemburu??? Memang tak lah.
Darren dgn Aileen terus makan. "Sedap weh lauk nih.." kata Darren. Maklumlah First time makan kan.
Aileen pandang Darren makan. Jakun betul mamat nih. Aileen menggeleng kepala.
Skip [ sampai KL ]
Masuk sahaja dalam rumah, Darren terus baring atas sofa. Seharian memandu sakit badan dia. Hampir sahaja dia terlupa tentang Aileen.
"Weh sini kejap.. aku nak cakap something nih"
Aileen yang baru sahaja ingin menaiki tangga terus terhenti. Dia pergi ke arah Darren yang terbaring atas sofa.
"Kenapa??? Saya nak masuk dlm bilik nih" soal Aileen
"Aku nak jawapan kau.. aku bagi sehari je kan bukan 2 hari.. terima atau tidak???" Kali ini Darren serius
"Ermm.. kalau saya cakap taknak???"
"Kalau kau taknak.. aku dgn kau dah tak ada apa-apa.. kau boleh pergi"
Terdiam Aileen mendengar kata-kata Darren. Sekarang ni aku dah tak ada siapa-siapa. Dia hanya ada Darren sahaja, Darren banyak membantu dia.
"So accept or not???" Darren setia menunggu jawapan Aileen
"Okay.. saya terima tapi jangan halau saya.. saya dah tak ada siapa-siapa kecuali awak"
"Aku tak akan halau kau kalau kau terima. Dah pergilah rehat"
Aileen mengangguk dia terus pergi ke biliknya. Apakah keputusan yang dibuatnya salah??? Terima Darren.. nak menyesal pun tak ada guna dah.
"now, you are mine" Darren tersenyum sinis
Sorry lah ye lambat update 😂😂
Kalau ada typo sorry ye.. saya dah check satu-satu tapi mungkin ada yang tak perasan ke 😂
Bye ii guys.. next time aye update lagi 😊

ANDA SEDANG MEMBACA
DARREN ZAVIER [ C ]
Action⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan mempunyai syarikat tersendiri, dia jugak mempunyai dua pekerjaan iaitu sebagai CEO dan ketua Mafia. P...