Cahaya lampu yang menerangi bilik itu membuatkan Aileen tersedar dari tidurnya. Sampai sahaja hospital semalam dia tiba-tiba tidak menyedarkan diri.
Aileen memandang sekeliling wadnya, tak ada orang pun hanya dia seorang sahaja. Tiba-tiba dia teringat bahawa Darren kena tembak. Bagaimana keadaan Darren sekarang ni???
Klak!!
Pintu wad itu terbuka
Aileen memandang ke arah gerangan yang membuka pintu wadnya.
"Okay tak??? Ke ada sakit mana-mana???" Soal gerangan yang memasuki wad Aileen
"Saya okay.. ermm, abang Dani.. macam mana dengan Darren??? Dia tak apa-apa kan??" Soal Aileen
Dani memandang Edward di sebelahnya. Tidak tahu mahu menjawab apa.
"Dia dah takde.. doktor tak dapat selamatkan dia sebab peluru tu dah masuk ke dalam sangat" terang Dani
Aileen bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Dani. Dia taknak kehilangan Darren, cukuplah ibunya yang tinggalkan dia.
"Korang tipu kan??? Jangan main-main lah pasal ni"
"Betul apa yang kitorang cakap.. lepas keluar dari operate room jantung dia dah berhenti berdenyut" terang Dani lagi
Air mata mula membasahi pipinya. Dia tidak kuat mahu hadapi dugaan ini. Lepas satu-satu orang yang dia sayang tinggalkan dia.
Dani dengan Edward saling berpandangan.
"Kitorang keluar dulu.. rehatlah nanti kitorang bawak bilik mayat" kata Dani lalu keluar dari wad Aileen bersama dengan Edward
"Bodo lah kau Dani.." kata Edward sebaik sahaja mereka keluar dari wad Aileen
Dani membuat muka selamba badak sahaja sambil mengunyah gula-gula getah. Mereka berdua berjalan masuk ke wad seseorang yang terletak di sebelah wad Aileen.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. kami datang nak melawat hero yang mati tuh tapi hidup balik" kata Dani sebaik sahaja masuk ke dalam wad tersebut
"Kau cakap apa dekat Aileen???" Soal lelaki itu
"Aku cakap lah laki dia dah mati.. jantung berhenti berdenyut dan berada di bilik mayat sekarang nih" terang Dani sambil tersengih
"Bab*!!!!! Kau kata aku mati??? Kau ni memang nak kena dengan aku kan!!!" Darren bangun dari katilnya lalu menyepak kaki Dani.
"Aduhhh mayat hidup ni sakit-sakit pun boleh sepak orang.. kaki ke besi tu???" Dani memegang kakinya
Edward hanya menggeleng kepalanya melihat Darren dengan Dani bergaduh. Pandai buat pandai tanggung lah Dani oi.
"Deyyy kau menyamar jadi mayat boleh??? Alah kejap je.. ambik masa 5 minit je" kata Dani
"Banyak cantik muka kau"
"Cepatlah.. aku nak ambik Aileen datang sini.. kita tengok reaction dia" Dani sengih
Darren hanya pasrah sahaja
"Tunggu jap aku pergi ambik Aileen tau.. kau Edward tutup muka Darren dgn selimut.. alah macam mayat tu"
Lepas sahaja berkata begitu, Dani keluar dari wad Darren. Dia pergi wad sebelah iaitu wad Aileen.
Sebaik sahaja pintu wad itu terbuka, Aileen cepat-cepat menyapu air matanya. Dia memandang Dani berdiri di depan pintu.
"Kenapa???" Soal Aileen
"Nak jumpa Darren kan.. jom lah aku bawakan"
Aileen mengangguk, dia bangun dari katilnya. Actually dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Dani, dia perlu tengok terlebih dahulu baru dia percaya.
Mereka berdua jalan keluar dari wad. Aileen mengikuti Dani dari belakang yang dia pelik, mereka bukan pergi bilik mayat tapi wad. Dahlah sebelah wad dia je.
Dani membuka pintu wad Darren. Sempat dia membuat muka sedih sebelum berpaling ke arah Aileen. Edward yang melihat mimik muka Dani pun terasa nak ketawa tapi dia tahan sahaja nanti rosak rancangan mereka.
Aileen memandang sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Mulutnya seakan terkunci dan tidak percaya apa yang dia lihat.
Aileen mendekati katil itu. Selimut yang menutup muka Darren dia membuka perlahan-lahan. Air mata yang mengalir dia tidak hiraukan.
Edward memberi isyarat kepada Dani supaya keluar dari wad Darren. Selepas sahaja keluar dari wad Darren, mereka ketawa terbahak-bahak. Orang yang lalu-lalang pula memandang mereka dengan pandangan yang pelik. Mungkin mereka ingat Dani dengan Edward gila.
Aileen memegang tangan Darren lalu meletakkan tangan Darren di perutnya.
"Awak.. ni anak kita tau tapi awak tak sempat nak tengok dia membesar" kata Aileen sambil senyum tawar
Darren tersentak, Aileen mengandung???
"Maafkan Aileen tau kalau Aileen ada buat salah dengan awak.. Aileen akan jaga baby ni elok-elok"
"Selagi aku hidup aku akan jaga kau"
Aileen terkejut, tangan Darren yang dia pegang dia lepaskan. Dani kata Darren sudah tiada tapi apa ni.. apa yang jadi nih??? Allahu, kalau dia ada sakit jantung memang dah lama mati dkt sini.
"Awak masih hidup????"
"Yang kau pergi percaya bulat-bulat tu kenapa??? Dah tahu Dani otak dia tak berhubung kau still percaya dkt dia.. dengan aku-aku sekali kena berlakon"
Aileen terus memeluk Darren
"Hey.. are you crying???"
"Jangan tinggalkan Aileen sorang-sorang dan janganlah buat macam ni lagi" kata Aileen
"Aku seorang mangsa and apa yang kau cakap tu betul ke??? Kau mengandung???"
Aileen menganggukkan kepalanya
"Dah berapa bulan???" Soal Darren, dia pun tak tahu nak gembira ke apa. Dia pun tak sangka yang Aileen mengandung.
"Baru 2 bulan"
"Thanks"
"Kenapa???" Soal Aileen pelik tiba-tiba Darren berterima kasih kepadanya
"Cuz sanggup mengandung anak aku.. walaupun malam tu aku tak berapa sedar" terang Darren
"Tak apa" Aileen senyum
"I just want to say Ti Amo" kata Darren sambil matanya tidak lepas memandang Aileen
"Apa maksud dia???"
"Google kan ada.. kau search je lah Google.. kau tanya aku, memang aku tak akan bagitahu"
"Kedekut ilmu"
Darren ketawa kecil. Inilah pertama kali Darren ketawa. Dia memang dah lama sayangkan Aileen cuma belum masanya lagi untuk memberikan and now baru tadi sahaja dia melafazkan i love you kepada Aileen.
"Wahhh ni first time awak ketawa tau.. selama ni muka tu masam je, tak senyum pun"
"Suka hati aku lah mulut aku kan"
"Cehhh btw ulang balik yang Ti mende tah"
"Ti Amo"
Aileen senyum, entah mengapa dia gembira bila Darren menyebutkan ayat itu. Padahal dia pun tidak tahu apa maksudnya.
Sekarang tiada siapa-siapa yang akan kacau kau lagi.. selagi aku hidup aku akan jaga kau. That's my promise. Aku akan pegang janji-janji tu. I love you Nur Aileen Sophia.
Anda rasa sudah completed????
Not yet okay🤣🤣🤣🤣
Nah saya sudah update 😁
Jemput-jemput lah baca ye 😊Dah baca jangan lupa vote tau
Part yang atas tu sorry lah hehehehe sekali sekala jadi kejam takpe an😆😆😆Nantikan next chapter 😉

ANDA SEDANG MEMBACA
DARREN ZAVIER [ C ]
Action⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan mempunyai syarikat tersendiri, dia jugak mempunyai dua pekerjaan iaitu sebagai CEO dan ketua Mafia. P...