Pagi-pagi lagi Aileen dah bangun untuk siapkan sarapan untuk Darren. Harini dia hanya memasak nasi lemak sahaja. Dia harap Darren makan lah nasi lemak ni. Mana tahu kot-kot tekak Darren tu tak boleh makan ke.
Tanpa membuang masa Aileen jalan pergi ke tingkat atas untuk kejutkan Darren.
Sampai sahaja di depan bilik Darren. Aileen mengetuk pintu bilik itu perlahan-lahan.
"Awak.. sarapan dah siap"
"Kejap lagi aku turun.. aku nak bersiap kejap ni btw mana baju aku yang kau gosok semalam tu???" Soal Darren sambil membuka pintu biliknya
"Erkk.. ada dalam almari tu" Aileen mengalihkan pandangannya bila Darren membuka pintu
Darren menahan senyum bila melihat muka Aileen sedikit merah.
"Asal dengan pipi kau tu??? Tiba-tiba merah.. ke kau pakai blusher???" Darren mengusik Aileen lagi
"Mana ada pakai blusher.. dah lah cepat pakai baju tu nanti makanan dkt dapur tu sejuk pula" Aileen berlalu pergi meninggalkan Darren
Lepas sahaja Aileen pergi, Darren mengukirkan senyuman. Bini siapa lah tu malu-malu kucing. Darren pun menutup pintu biliknya, dia mahu bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Lagipun dia sudah lewat tapi tidak mengapa sebab dia bos kan hahahaha.
Aileen menunggu Darren di dapur. Dia memegang pipinya. Merah ke??? Malunya dia!! Mana nak letak muka ni!! Huarghhhhh.
Nampak sahaja kelibat Darren yang menuruni tangga, Aileen terus membuat macam tiada apa-apa yang berlaku.
"Kau masak apa???" Soal Darren sebaik sahaja tiba di dapur
"Nasi lemak je.. makan ke???" Aileen memandang Darren
"Nasi lemak???" Darren memandang nasi lemak di atas meja
Dia tak pernah makan nasi lemak sebelum ni. Sedap ke nasi lemak ni??? Ni kiranya pertama kali dia akan makan nasi lemak.
Darren hanya memerhati sahaja Aileen yang sedang hidangkan nasi lemak untuknya. Nampak macam sedap, bau dia pun dah sedap.
"Makanlah" Aileen senyum
Darren rasa sedikit. Sedap jugak nasi lemak ni ye. Walaupun dah beberapa bulan duduk Malaysia tapi dia tidak pernah makan nasi lemak.
Aileen menahan ketawa melihat muka Darren
"Not bad.. btw ni pertama kali aku makan nasi lemak and aku ingat nasi lemak ni tak sedap sebab ada perkataan lemak tu" kata Darren sambil mengunyah makanan
"Makanlah.. kalau nak tambah bagitahu" kata Aileen
"Aku nak bawa bekal.. kau letak lah nasi lemak ni banyak-banyak dalam bekal tu" kata Darren
Aileen senyum. Selalunya Darren tidak suka membawa bekal, dia lebih rela makan di luar daripada membawa bekal tapi hari ini lain pula.
Skip siap makan
Aileen memberikan bekal kepada Darren. Sebelum Darren pergi, dia sempat menyalami tangan Darren."Bye" kata Aileen
Darren hanya mengangguk sahaja sebelum keretanya membelahi jalan.
Sebaik sahaja kereta Darren hilang dari pandangannya, Aileen terus menutup pintu rumah. Darren sudah memberitahunya, kalau ada apa-apa terus hubungi dia.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Darren yang tengah memandu tiba-tiba telefonnya berdering. Dia mengambil telefonnya lalu menjawab panggilan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/222509932-288-k563266.jpg)
YOU ARE READING
DARREN ZAVIER [ C ]
Acción⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan mempunyai syarikat tersendiri, dia jugak mempunyai dua pekerjaan iaitu sebagai CEO dan ketua Mafia. P...