Aileen hanya mampu memandang kota Itali itu dari tingkap sahaja, nak jalan-jalan tapi Darren tak bagi. Murung dia macam ni berkurung dlm hotel ni je.
"Nak keluar ke???" Soal Darren, kesian dia tengok Aileen dari tadi lagi termenung pandang tingkap tu.
"Hmm.. nanti awak tak bagi jugak, baik saya duduk dlm bilik ni je" kata Aileen
"Cepat bersiap.. aku bawak kau pergi jalan-jalan"
"Betul ke??? Tak tipu??? Bukankah awak tak bagi saya keluar ke???"
"Jangan banyak soal.. pergi bersiap, kalau lambat aku tinggal kau sorang-sorang dkt sini"
Aileen tersenyum gembira, akhirnya dapat jugak dia melihat sekitar bandar ni. Dah 2 hari berkurung dlm bilik ni. Si Dani dgn Edward dah keluar jalan-jalan.
Darren menunggu Aileen bersiap, dia hanya memakai t-shirt polo dgn jeans sahaja. Simple sahaja pemakaian dia harini. Kalau girl ii kat sini tengok confirm cair hahahaha.
"I give you 2 minute" kata Darren
"Sabar lah.. kita ni perlu sabar tau sebab sabar itu separuh daripada iman"
Darren diam
Dia tak tahu nak cakap apa. Mampu mendiamkan diri sahaja.
"Okay.. jom saya dah siap" Aileen berdiri depan Darren
"Ajak keluar laju je siap.. harini jalan lah kau puas-puas lusa dah nak balik"
"Awalnya dah nak balik.. sekarang baru ajak keluar" Aileen menjeling Darren
"Dah kira untung aku ajak kau jalan-jalan ni.. dah jom"
Aileen memuncungkan bibirnya. Dia mengikuti Darren dari belakang, lebih baik dia senyap nanti tak pasal-pasal tak jadi keluar.
"Tak payah buat mulut macam tu.. aku cium kau dkt sini nanti baru tahu"
"Nanti saya tendang awak sampai jatuh tergolek macam nangka busuk" kata Aileen
"Berani ke nak buat aku macam tu???" Soal Darren
Aileen diam, dia terus masuk ke dlm kereta. Dia dah tak sabar nak jalan-jalan ni. Lagipun dia malas mahu berlawan mulut dgn Darren tuh.
Suasana di dalam kereta itu hanya kedengaran radio sahaja. Darren macam biasa dia tekun memandu dan dia tidak beberapa suka kalau orang bercakap dgn dia masa dia memandu.
Aileen tidak tahu mahu berbual apa. Jadi dia diamkan diri sahaja.
"Kau nak pergi mana???" Soal Darren
"Makan dulu boleh??? Saya lapar lah" Aileen memegang perutnya
"Okay.. aku lupa yang kau ada gastrik, jap lagi aku berhenti dkt kedai makan yang halal"
Aileen mengangguk kepala
Patutlah perut dia sakit je rupanya dia tak makan dari pagi lagi. Aileen.. Aileen.. macam mana lah kau boleh lupa. Arwah ibu dah cakap jangan skip makan nanti sakit. Tiba-tiba teringat dkt ibu pulak.
Darren sudah memberhentikan keretanya di sebuah restoran halal. Walaupun di public sekarang ni dia juga perlu berhati-hati dgn sekeliling musuh boleh berada di mana-mana sahaja.
Darren terpandang Aileen yang termenung. Dia memetik jarinya depan muka Aileen tapi mata Aileen tak berkelip pun.
"Wehhh.. kau termenung apa???" Soal Darren
Tak ada respon
Darren menjentik dahi Aileen. Padan muka!! Termenung lagi masa dia bercakap kan dah mendapat.
"Apa awak ni main jentik dahi orang!!! Tangan tu bukan kecik tapi besar macam gajah!!"
"Kau cakap tangan aku macam gajah??? Tak apa ii aku tak akan keluar dari kereta ni.. biar kau kebuluran"
Terus muka Aileen berubah, dia terlepas cakap lagi!! Adoi!! Aku dah lah lapar.. kenapa mulut aku ni suka cakap lepas je!! Huarghhhhh
Darren pandang Aileen. Dia taklah kejam sangat eh kejam lah jugak tapi dia tidak kejam dgn orang yang dia sayang. Sayang Aileen??? Of course not ye. Mulut yang berkata lain.. hati???
"Dah jom pergi makan.." Darren keluar dari kereta
Aileen yang muram tadi terus kembali ceria. Dia nak makan banyak-banyak lah nanti balik Malaysia dah tak boleh makan dah.
"Saya nak makan banyak-banyak lah" kata Aileen ceria
"Siapa bayar???" Soal Darren
"Awak lah" Aileen tersengih
Darren pun pasrah sahaja. Dia order semua makanan.. jangan risau ye restoran dkt situ makanannya semua halal.
"Awak taknak call abang Rafael dgn abang Dani ke???" Soal Aileen
"Kau panggil Edward tu Rafael???"
Aileen mengangguk kepala, lagipun Edward sendiri yang menyuruh Aileen memanggilnya dgn panggilan itu.
"Ouhh.. call?? Pandai-pandai lah diorang cari makan sendiri.. diorang bukan tak biasa"
"Hmm.. iyalah"
Skip makanan sampai
"Sedapnya" bersinar-sinar mata Aileen memandang pelbagai juadah di hadapannya.
"Makan lah kau kenyang-kenyang lepastu kita pergi jalan-jalan"
Aileen mengangguk, sebelum dia makan dia minum air dulu. Air pun sedap!! Jakunnya.. hehehehe
Darren menggeleng kepala melihat Aileen makan. Kenapa lah aku ada bini kuat makan. Tak pasal-pasal pokai aku nanti.
Hai..
Harini sempat saya update
Silalah baca , vote and komen ye guys
Next time saya update lagi.. setakat ini dulu saya update ye nanti kalau ada idea saya update 😊

ANDA SEDANG MEMBACA
DARREN ZAVIER [ C ]
Ação⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan mempunyai syarikat tersendiri, dia jugak mempunyai dua pekerjaan iaitu sebagai CEO dan ketua Mafia. P...