BAB 17

16.3K 683 122
                                    

"wehh.. aku nak bawak kau pergi Itali jumpa uncle dgn aunty aku" kata Darren

Aileen yang tengah tengok tv terus pandang Darren. Pergi Itali??? Jumpa dgn uncle dgn aunty Darren??? Diorang boleh terima ke aku???

"Ermm.. tapi diorang tak tahu pasal saya"

"Tu yang aku ajak kau pergi sana.. duduk sana seminggu biasakan diri dgn diorang lepastu baliklah" kata Darren

"Okay.. bila nak pergi???" Soal Aileen

"Pagi esok.. kau kemas semua barang-barang kau.. barang aku, aku boleh kemas sendiri" Darren bangun, dia pergi ke biliknya.

Aileen pandang kepergian Darren. Esok pagi nak pergi tapi baru cakap, dahlah nak kemas barang-barang tu lambat. Suka sangat bagitahu last minute.

"Malasnya nak kemas.. kenapa lah bagitahu last minute" bebel Aileen sorang-sorang

Aileen masuk dlm biliknya. Diorang tak tidur sebilik. Bilik diorang bersebelahan je, bak kata Darren kalau ada apa-apa jerit je mesti dia dengar hahahaha.

Aileen mengemas barang-barangnya untuk dibawa esok. First time dia pergi Itali, tak pernah lagi dia pergi ke luar negara sebelum ni. Untung jugak dapat laki kaya eh untung ke???

Aileen kemas lagi sambil menyanyi

"Woii!! Hujan turun woi.." kata Darren yang terdengar Aileen menyanyi

Aileen memuncungkan bibirnya, jealous lah tu suara kita sedap tapi suara dia macam katak panggil hujan. Aileen tidak layan kata-kata Darren tadi, dia sambung menyanyi.

Aileen terdengar bunyi guruh, dia berhenti menyanyi. Betullah hujan, tak sedap ke suara aku??? Mesti Darren ketawakan dia nanti tapi Darren mana pernah ketawa.. senyum pun tak.. biar lah dia harap-harap esok dia tak ungkit pasal ni.

Siap sahaja kemas barang-barangnya, Aileen terus baring atas katil. Lebih baik dia tidur, esok pagi-pagi dah kena bangun. Tak sabar nak pergi Itali.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Skip pagi

Pagi-pagi lagi Aileen dah bangun siapkan sarapan. Lepas makan baru diorang pergi. Aileen tengok jam, sudah jam 7 pagi tapi kelibat Darren pun dia tak nampak.

Aileen terdengar ada orang mengetuk pintu. Siapa yang datang pagi-pagi ni???

Tok!!

Tok!!

Tok!!

Aileen cepat-cepat pergi membuka pintu. Ingatkan siapa lah yang datang rupa-rupanya si Dani dgn Edward.

"Cari Darren ke???" Soal Aileen

"Darren kata dia nak pergi Itali kan harini.. kitorang kena lah ikut sekali" kata Dani sambil jalan masuk ke dlm rumah.

"Mana Darren??? Tak bangun lagi ke??? Janji kul 7:30 tapi mana dia??" Dani mengintai tingkat atas.

"Dalam bilik dia kot..." Kata Aileen

"Dalam bilik dia??? Korang tak tidur sebilik ke???" Soal Edward

Ha sudah, tu lah kau Aileen cakap main lepas je kan dah kantoi. Apa nak jawab nih?? Aileen sudah kehilangan kata-kata.

DARREN ZAVIER [ C ]Where stories live. Discover now