"Dani aku nak kopi.. kau suruh Maisarah pergi bagitahu Aileen" kata Darren sambil matanya memandang laptop
"Okay"
Dani memanggil Maisarah yang berada tidak jauh darinya.
"Ye.. kenapa panggil saya???" Soal Maisarah
"Darren nak kopi.. kau pergi bagitahu Aileen lepastu suruh dia hantar"
Maisarah mengangguk faham. Dia berlalu tinggalkan Dani. Dia pergi dkt Aileen yang tengah duduk dkt meja yang disediakan dalam office itu
Aileen yang tak tahu nak buat apa hanya duduk sahaja. Darren tidak menyuruh dia berbuat apa-apa lagi. Tunggu Darren minta kopi?? Hanya tengahari sahaja. Pagi Darren tidak minum kopi sangat sebab tu dia relax je ni.
"Aileen.. encik Darren nak kopi" kata Maisarah
"Selalu pagi-pagi dia tak minum kopi.. jarang pulak tu dia suruh buat kopi pagi-pagi"
"Setahu kak Mai.. sebelum boss datang kerja dia pergi breakfast dulu sebab tu dia tak minta sangat air kopi.. harini mungkin dia tak pergi breakfast sebab tu dia suruh Aileen buatkan kopi.. untuk hilangkan mengantuk"
"Ouh.. baru Aileen tahu yang makan dulu sebelum pejabat"
Aileen buat kopi dkt Darren. "Tadi kat rumah dia tak breakfast pun.. dia terus keluar pergi pejabat" kata Aileen dalam hatinya
"Dani mana kopi aku??? Lama betul huhuhu.. dah 5 minit dah"
"Cuba kau sabar.. kau ingat Aileen tuh dah pandai sangat ke guna mesin kopi tuh"
Darren picit kepalanya yang sedikit pening. Mana tak peningnya kalau malam keluar pagi baru balik lepastu tidur berapa jam je.
Dani letak Panadol dgn air kosong dkt meja Darren. Dia tahu yang Darren pening kepala.
"Darren makan ubat tuh"
"Nak makan lah ni" Darren terus menelan ubat. Fuhhh.. rasa peritnya hanya orang yang makan ubat sahaja yang tahu. Nasib baik dia jenis tak takut ubat. Gila ke mafia takut ubat
"Dah okay ke???" Soal Dani
"Dah okay dah sikit.. pening tuh dah berkurang"
Aileen mengetuk pintu bilik Darren. Berdebar dia takut Darren marah kerana lambat menghantar kopi. Dia bukan sengaja cuma mesin kopi tu buat hal.
"Masuk"
Aileen masuk dlm bilik Darren lalu meletakkan cawan dkt atas meja Darren.
"Sorry lambat.. tadi mesin kopi tu buat hal"
"Mesin kopi tu buat hal atau kau termenung???" Darren memandang Aileen tajam
"Saya tak termenung.. betul mesin kopi tu buat hal"
"Sei licenziato" ( kamu dipecat )
Darren sahaja mahu bergurau. Dia cakap bahasa Itali pun bukan Aileen faham"Encik cakap apa???" Soal Aileen blur
"Forget it.. sekarang pergi buat kerja kau sebelum kau pergi aku nak cakap yang harini kau kerja separuh hari je.. nanti balik.. balik dgn aku"
Aileen senyum, dia terus keluar dari bilik Darren.
"Aku ingat kau betul-betul nak pecat dia tadi" kata Dani
"È pazzesco se lo licenzio" ( gila kalau aku pecat dia )
Darren minum air kopi yang dibuat oleh Aileen. Not bad, Darren sambung buat kerjanya.Dani menggeleng kepala mendengar kata-kata Darren. Dia faham sangat apa yang Darren cakap tuh. Setiap kali pergi ke markas mesti dia akan bercakap bahasa Itali.
YOU ARE READING
DARREN ZAVIER [ C ]
Action⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan mempunyai syarikat tersendiri, dia jugak mempunyai dua pekerjaan iaitu sebagai CEO dan ketua Mafia. P...