Anjuran Sholawat Di Hari Jum'at

37 6 0
                                    

*ANJURAN BERSHALAWAT PADA HARI JUMU'AH*

Dalil tentang hal ini adalah Hadits dari Aus bin Aus Radhiallallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

*" إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة فأكثروا علي من الصلاة فيه فإن صلاتكم معروضة علي ."*

*“ Sesungguhnya hari yang paling utama adalah hari Jumu'ah, kerana itu perbanyaklah membaca Shalawat untukku. Sesungguhnya Shalawat kamu dibentangkan kepadaku. "*

Sahabat bertanya,
يا رسول الله وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت
" Bagaimana Shalawat kami boleh dibentangkan kepada kamu, sedangkan kamu sudah menjadi tanah (di kubur)? "

Baginda menjawab,

*" إن الله تبارك وتعالى حرم على الأرض أَنْ تَأْكُلَ أجساد الأنبياء صلى الله عليهم ."*

*“ Sesungguhnya Allah Ta’ala mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi Shallallahu ‘Alaihim wa Sallam. "*
📚 Hadits *SHAHIH*, _Riwayat Abu Daud 1531; an-Nasaa’i 1373; Ibn Majah 1335._

*~* Hadits ini menunjukkan anjuran memperbanyak shalawat di hari Jumu'ah.
*~* Tidak menentukan jumlah banyaknya, semakin banyak semakin besar pahalanya.
*~* Bacaan Shalawat yang ringkas, seperti lafazh:
*اللهم صل وسلم على محمد*
*~* Tidak perlu ada acara khusus untuk memperbannyak Shalawat di hari Jumu'ah.

*~ _Ustaz Ismail Al-Bakabi_* ✒
slsbl

Gudang Ilmu (Tamat)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang