Bab 1

1.4K 123 18
                                    

Di awal pagi yang cerah, indah dan nyaman kesemua pelajar pergi ke sekolah.

Terlihat seorang pelajar yang menggunakan baju sekolah berwarna biru langit sedang berjalan menuju ke sekolah. Apabila dia sudah sampai dia terus menuju ke arah kedua kawannya yang sedang menunggu di hadapan sekolah.

"Selamat Pagi Blaze Ais!!"

"Selamat pagi Taufan!"-Blaze dan Ais.

Taufan memberikan senyuman yang manis buat kedua kawannya itu.

" Weh, Taufan kau dah siap kerja rumah yang cikgu bagi tak?"-Blaze

"Yang mana satu?"-Taufan

" eh, kita ada berapa banyak kerja rumah ni?"-Blaze memandang Taufan pelik.

"Empat kerja rumah Sains, English, Sejarah dan Bahasa melayu. Kenapa kau tak siap semua ke?"-Taufan

" A...LA...MAK!!!! Aku tak siap semua!!! Macam mana ni Taufan? Huhuhu, dah lah lepas ni Sejarah matilah aku!"Blaze membuat muka takut+cemas.

"Hu, nasib aku ni baik. Nah buat cepat!" Taufan memberikan buku Sejarahnya kepada Blaze membuatkan Blaze melompat gembira lalu memeluk Taufan erat.

"Wow, Terima kasih Taufan kau memang kawan terbaik aku!!!" Dengan cepat Blaze mengambil buku sejarahnya. Manakala Taufan dan Ais hanya menjeling menyampah ke arah Blaze.

Taufan memandang Ais yang sedang manahan diri daripada tertidur. Taufan hanya mengeleng pelahan melihat perangai kawannya seorang ini.

"Ais kalau nak tidur tu tidur je lah"-Taufan.Ais hanya memandang Taufan lama.

" Taufan bagi aku pinjam bahu kau"-Ais

"Suka hati"Ais terus meletakkan kepalanya pada bahu Taufan selepas mendapat kebenaran tak sampai beberapa minit Ais sudah tidur di buai mimpi.

Tiba² sesorang yang menggunakan baju sekolah berwarna hijau putih menegur mereka.

" Selamat pagi Blaze Taufan!!!"

"Selamat Pagi Thorn!"-Blaze dan Taufan.

" awalnya kau datang hari ni"Blaze memandang Thorn sinis ingat nak sindir tapi...

"Awal? Seingat Thorn , Thorn selalu datang masa ni ke Blaze dah tak pandai baca jam?" Thorn memandang Blaze dengan muka polosnya tetapi ayat yang diberikan kepada Blaze cukup pedas.

Blaze hanya mendiamkan diri dan sambung melakukan kerjanya. Manakala Taufan dalam diam mengetawakan Blaze.

Beberapa minit kemudian dua lagi kawan mereka sampai.

"Selamat Pagi Hali Solar!!"-Blaze dan Taufan

" Hmm"-Halilintar

"Asalamualaikum"-Solar

Taufan dan Blaze tersentap sebelum menjawab salam Solar.

" Selamat Pagi Solar 0w0!!!"-Thorn

"Selamat pagi Thorn!" Solar memberikan senyuman manis untuk Thorn membuatkan Taufan dan Blaze menjeling Solar tajam.

Taufan dan Blaze:/dlm hati/ pilih kasih!!!

Selepas Dark dan Gempa sampai mereka pergi ke kelas bersama sama kecuali Gempa kerana kelasnya berada di bangunan C manakala yang lain berada di bangunan A.

Skip~

Masa Rehat~

Selepas membeli makanan di kantin mereka terus pergi ke tempat yang menjadi tempat lepak mereka iaitu di atas bumbung sekolah.

Gempa tiada bersama mereka kerana katanya hendak pergi ke perpustakaan.

Awalnya Dark ingin mengikuti gempa ke perpustakaan tapi selepas dipaksa oleh gempa akhirnya Dark hanya Pasrah.

"Ya, akhirnya rehat juga" Ais terus membuka bekalannya dan makan dengan lahapnya membuatkan yang lain memandang datar ke arahnya.

"Hu, nasib cikgu sains kita takda tadi kalau tak memang berdiri luar lah jawabnya"-Blaze

" Sapa suruh tak siapkan kerja rumah"-Taufan

"Aku bukan sengaja lupa semalamkan aku ada latihan bola sepak"-Blaze

" Alasannya sering kali ku dengar~"-Thorn

"Alasannya sering kali kau ucap~" Thorn dan Taufan ketawa melihat muka Blaze yang mahu marah.

Manakala Trio Cool dan Dark hanya memandang Datar melihat tiga ekor beruk di hadapannya itu.

With Gempa~

Gempa sedang mencari buku rujukan tiba² matanya tertarik dengan sebuah buka yang agak aneh dan menarik perhatiannya.

"Hmm, buku apa ni?" Gempa memandang buku itu lama.

Buku itu kelihatan lama tapi masih cantik tiada langsung kesan koyakan atau contengan. Buku itu berwarna perang keemasan dengan tulisan yang pelik.

"Tulisan apa ni?" Entah kenapa gempa seperti terpukau melihat buku itu tangannya pelahan lahan ingin membuka buku itu.

Tiba² bunyi loceng sekolah berbunyi membuatkan gempa tersedar tangannya berhenti membuka buku tersebut.

Dia memandang lama buku itu. Seperti ada sesuatu yang merasuknya untuk meminjam buku itu.

"Emm, saya nak pinjam buku ni"-Gempa

" eh, maaf buku ni bukan milik perpustakaan ni mungkin ada orang tertinggal buku ini agaknya"-pengawas perpustakaan.

"Oh, takpa lah kalau ada orang cari buku ni cakap saya pinjam ya"-Gempa

" baiklah"-Pengawas Perpustakaan.

Selepas keluar dari perpustakaan gempa berjalan pantas ke kelasnya.

Skip masa balik~

Keadaan menjadi sangat bising ada pelajar yang sudah balik ada yang masih berada di sekolah dan ada yang stay sahaja di sekolah.

Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn, Solar, Dark dan Gempa masih berada di sekolah mereka sekarang berada di bumbung sekolah.

Masing² sedang lakukan kerja sendiri seperti Halilintar dan Solar sedang membaca buku, Ais sedang tidur, Blaze sedang berbual bual bersama Taufan dan Thorn, Dark dan Gempa sedang melakukan kerja sekolah

Tiba² gempa teringat  buku aneh yang dijumpainya di perpustakaan terus sahaja dia mengambil buku itu di dalam begnya.

"Gempa buku apa tu?" Dark kelihatan tertarik dengan buku yang baru di keluarkan oleh Gempa.

"Emm, entahlah Gempa jumpa kat perpustakaan tadi"-Gempa

" wow, cantiklah buku ni!!!"Blaze, Taufan dan Thorn memandang buku yang dipegang oleh gempa.

"Tulisan apa ni?" Hali memandang Tulisan pelik pada buku itu.

"Peliklah aku tak pernah jumpa buku sepelik ni di perpustakaan kita"-Solar

" weh, buka! Jom tengok apa dia tulis!"Taufan sudah kelihatan teruja ingin tau apa isi kandungan buku itu.

Gempa membuka buku itu tiba² keluar cahaya yang sangat terang keluar dari buku itu.

"Aaaaaahhhh!!!!" Semua menutup mata kerana terlalu silau.

Mereka semua disedut masuk ke dalam buku itu dan buku itu pun hilang.




















Siap Bab 1 😊😉. Macam mana?

Friends PowerWhere stories live. Discover now