"Luna Larissa!" jerit Cikgu Lettry apabila menyedari anak murid nya iaitu Luna Larissa sedang lena dibuai mimpi indah.
Luna segera berdiri kerana terkejut mendengar jeritan maut dari cikgunya. Kepalanya terasa pening mungkin sebab dia tidur terus bangun kot.
" Kamu ni bila lagi nak berubah hah! Tak habis-habis nak menyusahkan cikgu kat sekolah ni! Asyik tidur je kerja kamu! Kamu nak sekolah ke nak tidur hah!" sekali lagi jeritan Cikgu Lettry kedengaran di seluruh kelas 5 SAINS TEKNOLOGI.
Murid yang lain ada yang tunduk dan ada yang menahan ketawa dari meletus kerana melihat wajah selamba badak Luna.
" sekarang saya nak kamu keluar dari kelas saya. Duduk kat luar tu diam-diam. Nanti sebelum balik saya nak kamu bersihkan kelas ni faham!"
"faham cikgu."Luna Larissa segera keluar dari kelas tersebut dan berdiri di luar kelas. Rakannya yang lain memandangnya dengan senyuman mengejek.
" apa pandang-pandang... Kau nak jugak ke duduk kat luar ni dengan aku.. "sindir Luna apabila melihat rakan sekelasnya memandang sinis kepadanya. Mereka hanya diam apabila ditegur Luna. Takut pula mereka kena dengan Cikgu Lettry.
***
Tamat sesi persekolahan semua pelajar terburu-buru keluar dari kelas dan menuju ke perhentian bas. Ada yang berlari dan ketawa riang bersama rakan karib,ada yang berjalan bersama dengan pasangan masing-masing.Luna hanya menayang wajah meluatnya apabila melihat dua pasangan sejoli lalu dihadapannya dengan wajah sinis. Mereka tahu itu bukanlah kali pertama Luna kena denda malah boleh dikatakan setiap minggu wajah Luna akan menghiasi hari tamatnya persekolahan mereka.
"Luna... Ingat bersihkan kelas ni... Faham!" Cikgu Lettry menegur Luna yang sedari tadi asyik termenung.
"ye saya faham cikgu!"Luna menundukkan kepalanya apabila Cikgu Lettry berlalu pergi.
Luna masuk kedalam kelas dan merebahkan punggungnya di kerusi dia termenung jauh di luar tingkap mengenang nasib nya. Luna berubah sejak kematian kembarnya Mona Larissa sebulan yang lalu. Kembarnya mati bunuh diri kerana putus cinta. Begitu mudah sekali kembarnya meninggalkannya kerana putus cinta. Luna tersenyum sinis apabila mengingati kejadian tersebut.
"Power of love.... Sebab cinta kau bunuh diri... Bodoh" Luna merebahkan kepalanya lalu terlelap di situ.
YOU ARE READING
TUNGGU AKU (complete ✔️✔️)
Short StoryAuthor xpandai buat sinopsis so hope korang enjoylah eh.. Kalau rasa macam mengarut nak mampus jangan baca.. Kalau rasa xbest jgn baca kalau rasa apa-apalah yg tidak menyeronokkan pun jagn baca... Tapi apa yg pasti cerita ni 100% idea aku jgn copy p...