3

194 17 1
                                    

Setibanya di sekolah Luna segera menuju ke tempat duduknya. Dia memerhati keadaan sekeliling. Wajah Adrian bermain-main di minda sepanjang perjalanan dia ke kelas.

"tak nampak pun Adrian?"Luna memerhati pintu kelasnya mana tau Adrian datang ke kelasnya.Namun bayangan Adrian langsung tidak kelihatan.

" siapa dia sebenarnya? "Luna mulai ragu dengan perkenalan singkat dia dengan Adrian.

Sedang leka memerhati, Luna di sapa oleh sekumpulan pelajar perempuan sekelas dengan nya.

" wey Luna... Semalam kau balik lewat kan? "tanya Juwita salah seorang sekumpulan pelajar terssbut.

" hmm kenapa? "jawab Luna acuh tak acuh.

" tak ada apa yang pelik ke?"soal Cecelia.

" pelik? "Luna mengerutkan dahinya sambil memandang mereka yang berada dihadapannya.

" yelah sesuatu yang pelik?"tanya Liasa lagi.

" tak ada pun.. Kenapa korang tanya? "

" tak ada eh.. Ouh tak ada apalah sajaa tanya"mereka kemudian beredar dari tempat duduk Luna.

"pelek lah.. Takkan Luna tak jumpa apa-apa" bisik Juwita namun dapat di dengari dengan jelas oleh Luna.Luna memandang mereka dengab penuh tanda tanya.

"yelah kan pelek.. Mungkin sebab Luna tu ais batu atau sebab Luna tak ada perasaan kot."jawab Liasa selamba sambil memandang Luna yang kebetulan memandang kearah mereka.

Liasa segera mengalihkan pandangannya. Cikgu akhirnya tiba dan bermulalah sesi persekolahan yang membosankan bagi Luna Larissa.

***

Sepanjang sesi persekolahan Luna Larissa langsung tidak berjumpa dengan Adrian malah pada waktu rehat pun.

Luna Larissa akhirnya berputus asa mencari Adrian. Kewujudan Adrian di sekolah tersebut tidak dirasai oleh Luna Larissa.

Pada waktu subjek terakhir Luna tertidur di dalam kelas sehinggalah waktu senja. Rakan sekelasnya langsung tidak mengendahkan Luna yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi indah.

"wey bangunlah dah petang ni.. Kau nak tidur sini ke?"terasa bahu Luna digoncang lembut oleh seseorang. Luna segera mengangkat wajahnya.

" Adrian"Luna membulatkan matanya.
"kau ni... Tak reti nak bangun ke.. Asyik tidur jerr" Adrian segera melabuhkan punggung nya di kerusi berhadapan dengan Luna. Luna hanya memerhati gerak geri Adrian.

"kau buat apa kat sini?" Soalan yang keluar dari bibir Luna berjaya membuat Adrian ketawa.

"kau buat lawak apa wey" Adrian masih lagi dengan tawanya.

"aku tak buat lawak oky... Kau buat apa kat sini.. Kan dah petang kau tak balik lagi?" Luna memandang pelik kearah Adrian yang masih lagi dengan tawanya.

"soalan tu sepatutnya aku yang tanya kat kau... Kau buat apa tidur kat sini tak ada rumah ke? Aku macam biasalah belajar kat kibrary" jawab Adrian dengan sisa ketawanya.

"ouh ye... Aku tak nampak pun kau kat kelas or kat mana-mana kelas pun?" soal Luna. Adrian diam dan merenung tajam kearah Luna membuatkan Luna terasa sedikit seram.

"kau kenapa pandang aku macam tu?" tanya Luna sambil memeluk tubuh bagi mengurangkan rasa seramnya.

"aku belajar dekat library." jawab Adrian dingin. Luna hanya menanggukkan kepalanya.

"erk hari dah petang aku balik dulu lah bye" Luna dengan segera bangun dari tempat dudukmya dan ingin berlalu pergi namun dia kembali duduk dikerusinya apabila pergelangan tangan nya ditarik oleh Adrian.

"kau tak nak teman aku?" Adrian memandang tepat ke arah anak mata Luna. Luna menelan air liur nya yang terasa pahit.

Suasana di dalam kelas tersebut terasa seram membuatkan bulu roma Luna meremang.

"kau tak jawab pun soalan aku tadi" Adrian masih lagi memegang tangan Luna.

"ke.. Kenapa a.. Aku nak te..man kau pulak?"

"kau kenapa.. Takut dengan aku?" soal Adrian dengan pandangan yang menyeramkan bagi Luna.

"tak adalah kau lelaki aku perempuan.. Tak baik kalau berdua macam ni... Lagipun mak ayah aku mesti tunggu aku kat rumah kan..." Luna ingin melepaskan genggaman tangan Adrian namun tidak berjaya.

"ouhh i see" Adrian masih lagi memandang ke arah Luna yang kelihatan gelisah.

Adrian melepaskan tangannya dan tanpa membuang masa Luna segera bangkit dari kerusinya melangkah menuju ke pintu kelas.

"aku balik dulu jumpa lagi" Luna berlari anak menuju ke pintu pagar sekolah.

"kenapa Adrian macam seram je aku tengok" Luna melepaskan nafas lega kerana berjaya melarikan diri dari Adrian.

"menyeramkan" Luna akhir selamat tiba di rumahnya. Bayangan Adrian yang berlegar-legar di mindanya segera diusir agar tidak mengganggu tidurnya malam nanti takut termimpi-mimpi.

TUNGGU AKU (complete ✔️✔️) Where stories live. Discover now