Luna menjejakkan kaki nya ke library,itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki nya ke library sejak kematian Mona Larissa.
Semua yang berada di library terkejut dengan kehadiran Luna. Bagi mereka Luna seolah-olah di sampuk hantu buku kerana tidak pernah-pernah Luna menjejakkan kaki disitu.
Apa yang mereka tahu buku adalah benda yang paling dia alergi. Tujuan Luna pergi ke library adalah ingin mencari Adrian kerana hanya tempat tersebut belum lagi dia cari mungkin di situ tempat Adrian lepak.
Namun usahanya sia-sia sebab kelibat Adrian langsung tidak kelihatan di library. Hanya satu perkataan yang ada di kepala otak Luna ialah pelik. Luna keluar dari library tersebut dan menuju ke kelas.
"seharian aku cari Adrian tapi tak jumpa.... Kenapa eh... Kalau dia pelajar kenapa aku tak nampak dia... Dia cakap dia belajar dekat library... Bayang pun aku tak nampak apatah lagi batang hidung dia....siapa dia eh..." Luna mengomel sendirian sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
" cop cop cop.... Kenapa aku nak cari dia pulak... Yang pelek nya sekarang aku... Adrian tak ada kena mengena pun dalam hidup aku kenapa pulak aku nak cari... Haaa yang peleknya aku bukan Adrian apalahh... Dahlah fikir pasal dia..." Luna mengutuk diri sendiri. Setibanya di kelas dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia memerhati keadaan kelas tersebut. Luna menuju ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang membawang.
" korang" Luna menegur mereka yang masih lagi rancak berbual.
"ehh Luna... Nak apa" Cecelia terkejut kerana di sapa oleh Luna. Tidak pernah-pernah Luna menyapa mereka mahupun diajak berbual.
"aku nak tanya..." Luna mengatur ayat yang sesuai untuk dia ungkapkan nanti.
"apa dia Luna" Liasa masih lagi setia mendengar di sisi Cecelia.
"korang kenal Adrian" soalan Luna itu berjaya membuat mereka bertiga ternganga.
"korang kenapa pulak ni?" soal Luna lagi. Cecelia segera menarik tangan Luna supaya duduk dengan mereka dan bermulalah sesi membawang.
"aku kenal Adrian.... Tersangatlah kenal... Jap.. Mana kau kenal Adrian?" Cecelia memulakan buah bicara mereka.
"korang ingat tak... Aku kena denda bersihkan kelas..kat situlah aku kenal Adrian.. Kenapa?"
"aku dah cakap mesti Luna nampak.. Mustahil luna tak nampakk" Juwita menepuk meja membuatkan Luna dan yang lain terkejut.
"ish kau ni janganlah buat kita orang terkejut" Liasa mencubit lengan Juwita.
"sakit lah bengong..." Juwita mengusap lengannya yang berdenyut denyut akibat cubitan padu Liasa.
"kenapa dengan Adrian?" soal Luna lagi.
"sebenarnya Adrian tu......." belum sempat Juwita menghabiskan ayatnya Cikgu Fredrick sudah pun masuk kelas tersebut."selamat tengah hari murid-murid" semua pelajar di situ kembali ke tempat duduk mereka masing-masing.
"selamat tengah hari cikgu" dan bermulalah sesi pembelajaran yang membosankan bagi Luna.
***
Selepas tamat sesi persekolahan,Luna segera beredar dari kelas tersebut kerana dia adalah orang terakhirnya yang berada di dalam kelas.
Rakan sekelasnya melihat Luna dengan pandangan yang pelik sebab hari ini Luna tidak tidur di dalam kelas sepanjang sesi pembelajaran Sejarah. Wah boleh berikan tepukan gemuruh kepada Luna Larissa kerana berjaya memecah rekod tidak tidur di dalam kelas.
Luna tidak tidur di dalam kelas kerana satu benda iaitu tak nak berjumpa dengan Adrian sebab dia tahu kalau dia tidur tiada sorang pun kawannya berhati mulia ingin mengejutkan nya jadi dia pasang niat untuk tidak tidur di dalam kelas.
Entah apa silap dia, Luna tersadung dan kepalanya terhantuk pada bucu meja. Dunia Luna kemudian gelap gelita.
***
Terasa tangan seseorang menyentuh lembut dahi Luna. Luna segera membuka matanya, hampir terkeluar jantung apabila melihat Adrian berada di hadapannya sekarang.
"Adrian.."
"kau pengsan tadi.. Lama jugaklah kau pengsan nasib baik aku jumpa kau.... Alamat sampai subuhlah kau kat kelas tu" Adrian kemudian membubuhkan ubat pada luka Luna. Luna memerhati keadaan sekelilingnya.
'ini bukan kelas aku ni?'
"kau kat bilik rawatan" jawab Adrian. Dia seolah-olah tahu apa yang bermain di minda Luna.
"bilik rawatan? Kenapa kau tak bawak aku pergi klinik tak pun hospital?" tanya Luna sambil memegang dahinya.
"aku tak larat nak angkat kau... Sini je dekat" jawab Adrian selamba.
"kenapa tak mintak tolong pakcik guard?" soal Luna lagi.
"kau patut berterima kasih dengan aku sebab aku tolong kau... Kau lebih percayakan pakcik guard tu berbanding aku ke?" herdik Adrian. Luna terkejut apabila Adrian mengherdiknya. Kenapa Adrian marah dengan nya sedangkan apa yang dikatakan Luna betul.
"tak adalah pakcik guard kan jaga keselamatan pelajar-pelajar kat sini... Sebab tu lah aku rasa..."belum sempat Luna menghabiskan ayatnya Adrian memotong.
" percaya dengan dia. " Adrian tersenyum sinis.
" jangan mudah percayakan orang Luna" Adrian kemudian membasuh tangan nya. Luna mencebik.
"kalau macam tu aku tak patut percayakan kau lah kan." bebel Luna namun dapat di dengari oleh Adrian. Adrian kemudian berpaling dan menuju ke arah Luna. Luna tidak selesa dengan suasana tersebut dan ingin balik.
"erk Adrian.. Lagipun hari ni dah nak malam... Aku rasa aku nak pulang..." Luna memandang tepat kearah anak mata Adrian.
"kau tak nak stay sini ke?" soalan Adrian itu mebuatkan Luna terasa pelik. Siapa nak stay kat sekolah kot gila ke.
"buat apa aku nak stay kat sini pulak... Aku nak balik rumah nak tidur belakang aku ni sakit semacam kepala aku pulak pening ni aku nak tidur..." jawab Luna dan ingin bangkit dari katil tersebut namun lengan nya di sambar oleh Adrian.
"teman aku kat sini" Adrian memandang tepat ke arah anak mata Luna.
Pandangan Adrian seolah-olah meminta simpati supaya Luna menemaninya pada petang itu.
"kau tak balik rumah ke Adrian?" soal Luna. Kesian pulak Luna pada Adrian.
'Adrian ni tak ada rumah ke?' soalan itu hanya mampu diluah di dalam hati takut nanti menguris hati Adrian.
"aku belajar kat library" jawapan dari Adrian membuatkan Luna terlopong.
"aku tanya lain.. Kau jawab lain..." Luna menepuk dahi.
"kau nak belajar apa dah nak malam ni hah..." Luna kemudian bangun dari duduk.
"aku... Cuma nak kau teman akuu kat sini" Adrian menundukkan wajahnya.
"pelik lah sini sekolah bukan rumah... Adrian..." jawab Luna. Dia tak mahu mengalah siapa nak mengalah ni sekolah bukan tempat hiburan kot.
"please teman aku... Malam ni jer" Adrian menagih simpati Luna. Luna memandang Adrian pelik.
'Kadang-kadang Adrian ni seram lepas tu lawak ni pulak sedih aku tengok' omel Luna dalam hati. Dia memandang sekeliling.
'takkan nak stay kat sini kot.. Aduhhh dia nii...' Luna kemudian berjalan menuju ke arah Adrian.
"yelahhh aku teman kau belajar kat library... Cepat lah" akhirnya Luna mengalah. Adrian tersenyum riang dia kemudian menarik tangan Luna dan menuju ke library.
Adrian mengambil beberapa buku dan nota. Luna hanya memandang segala gerak geri Adrian. Luna akhirnya terlelap disitu. Adrian mengangkat wajahnya apabila terdengar dengkuran halus dari bibir Luna. Dia mengukir senyuman dan meneruskan aktivitinya.
YOU ARE READING
TUNGGU AKU (complete ✔️✔️)
Short StoryAuthor xpandai buat sinopsis so hope korang enjoylah eh.. Kalau rasa macam mengarut nak mampus jangan baca.. Kalau rasa xbest jgn baca kalau rasa apa-apalah yg tidak menyeronokkan pun jagn baca... Tapi apa yg pasti cerita ni 100% idea aku jgn copy p...