7

157 15 5
                                    

Luna Larissa akhirnya sedar dari pengsan. Dia memandang sekeliling. Dia kemudian bangkit dari pembaringan.

"macam stor je aku tengok?" Luna melangkah ke pintu.

"asal tak dapat bukak pulak ni... Ish.." Luna mengalah lalu menyandar pada pintu. Dia duduk memeluk lutut. Dia takut, takut untuk bersendirian.

"Adrian pergi mana... Kenapa tinggal aku sorang-sorang kat sini..." Luna menangis sambil matanya meliar melihat keadaan di stor tersebut. Lama kelamaan Luna pun tertidur sambil ditemani air mata.

*****

"mama... Duduk lah dulu.." Papa cuba menenangkan Mama yang dari tadi asyik gelisah.

"macam mana saya nak duduk pa.. Anak kita hilang... Dari semalam tak balik saya risaulah pa.. Takut nanti jadi apa-apa macam mana?" Mama masih lagi berdiri sambil menggigit kukunya. Dia risau akan keselamatan anaknya Luna. Sejak semalam Luna tak balik rumah.

" awak ni... Janganlh fikir bukan-bukan mana tau dia tu tidur rumah kawan dia ke.. Kita tak tau kan" Jawab papa tenang.

"ish awak ni... Boleh pulak dia jawab macam tu... Macamlah awak tak kenal Luna tu macam mana.. Sejak Mona tak ada dia jadi anti sosial.. Saya tak nak hilang anak lagi wak.. Cukup lah Mona.. Saya tak sanggup lagi nak hadap" Mama menangis lalu duduk di sebelah papa.

Papa memeluk Mama untuk menenangkan Mama. Dia turut risau dengan keselamatan anaknya. Namun dia berusaha untuk tidak berfikir bukan-bukan. Siapa tak sedih kalau anak hilangkan.

"jum pa.. Kita report polis.." cadang Mama sambil menikam anak mata Papa.
"yelah.. Kita report polis" Papa mengalah lalu bersiap untuk pergi ke balai polis.

****

Adrian masuk ke bilik tersebut. Dia memandang sayu wajah Luna. Dia tahu walaupun mustahil untuk bersama dengan Luna tapi dia tak sanggup untuk berpisah dengan Luna. Adrian mengusap pipi Luna. Luna terbangun kerana merasa pipi nya di usap.

"adrian.."

"Luna... Aku mintak maaf sebab buat kau macam ni.. Aku sayang kau..." sayu sekali wajah Adrian. Adrian menunduk tak sanggup melihat wajah Luna.

Luna memegang kedua belah pipi Adrian dan menyuruh Adrian untuk memandang nya.

" Tapi sejak bila?" tanya Luna untuk meminta penjelasan dari Adrian. Yelah dia sendiri tak kenal Adrian. Dia pindah pun Adrian dah tak de. Macam mana boleh kenal, pelik.

"aku suka kau sejak aku jumpa kau kat library... Time tu kau dengan kembar kau belajar sama-sama... Sejak hari tu aku selalu perhatikan kau..." jawab Adrian dia kemudian memegang tangan Luna.

"setiap hari aku selalu perhatikan kau Luna... Tak ada satu pun aku terlepas... Sampaikan satu hari tu... Waktu kembar kau mati... Kau berubah.. Senyum kau.. Gelak kau.. Takde lagi... Aku rindu kau yang dulu Luna... Aku beranikan diri untuk muncul depan kau... Sebab nak kau rasa... Aku sentiasa ada untuk kau Luna" sambung Adrian lagi. Luna terkedu mendengar penjelasan dari Adrian. Luna akhirnya mengeluh.

"tapi kenapa kita ditakdirkan bertemu pada waktu yang salah Adrian.." air mata Luna tumpah. Perlahan-lahan mengalir di pipi.

"walaupun takdir tidak menyebelahi kita.. Tapi kita dapat mengubah takdirkan" Adrian memandang Luna dengab penuh harapan.

"tapi Adrian mustahil untuk aku bersama dengan kau.." jawab Luna. Dia kemudian menarik tangannya dari pegangan Adrian.

"tak ada yang mustahil Luna.."

"dunia kita berbeza Adrian.. Tersangatlah berbeza Adrian..." Luna memandang kearah anak mata Adrian. Berharap agar Adrian faham.

"aku sayang kau Luna...kau faham takk aku sayang kau... Aku tak nak berpisah dengan kau!" jerit Adrian. Hatinya panas apabila Luna menolak keinginan nya untuk bersama dengan Luna. Terhinjut bahu Luna apabila Adrian menjerit.

"Adrian..."

"kau aku punya Luna.. Tak ada sesiapa boleh pisahkan kita!" Adrian bangkit lalu meninggalkan Luna begitu sahaja. Luna akhirnya menangis semahu-mahunya.

Mustahil baginya untuk bersama dengan Adrian. Dia berharap agar ada yang menyelamatkan nya. Dia sendiri tak tahu dia berada dimana. Satu tingkap pun tak ada kecuali pintu tersebut.

"Mama papa.. Luna takut.. Luna nak balik..." Luna menangis sambil memeluk lutut. Adrian pula pergi tinggalkan Luna sendirian. Dia pun tak tahu Adrian pergi mana. Author pun tak tau Adrian pergi mana HAHAHAHAHAHA.

TUNGGU AKU (complete ✔️✔️) Where stories live. Discover now